Emma termenung sendirian di jendela rumahnya. Terimbas kembali peristiwa saat di lamar Faizrul di dalam kereta tempoh hari. Selepas dia berpura-pura tidak mendengar lamaran lelaki itu, terus Faizrul diam seribu bahasa. Langsung tak mahu bercakap dengannya. Bukan takat tak nak bersembang, malah waktu makan di tempay istimewa yang di tempah khas oleh Faizrul pun lelaki tu langsung tak mahu pandang wajahnya.
Mengingat kembali tempat makan yang dibawa Faizrul, Emma mengeluh. Suasananya romantik, damai dan tenang. Emma tahu ada benda yang ingin disampaikan Faizrul tapi dek kerana Emma membisu saat dilamar sekali gus menolak lamaran itu, makan tengah hari mereka hanya sekadar makan.
Sedang masing-masing nenikmati lunch yang dipesan Faizrul, seorang pelayan menghampiri Emma. Di tangannya ada sejambak bunga bewarna ungu dan dikelilingi dengan teddy bear yang sungguh comel. Emma tergamam. Dia memandang lelaki yang berada di hadapannya. Wajah Faizrul beku tak beriak.
"Ambillah," Faizrul menutur kata senada. Dia mengelap bibirnya dengan napkin sambil mata merenung Emma yang jelas kebingungan.
"Err.. Terima kasih?" teragak-agak Emma menuturkan kata sambil sebelah tangannya mencapai bunga yang dihulurkan dek pelayan lelaki tadi. Faizrul senyum segaris.
"Kenapa?" tanya Emma bila suasana di meja makan itu kembali sunyi. Faizrul yang memasukkan stik ke dalam mulutnya terhenti. Dia memandang Emma yang memerhatikannya. Kening dikerutkan tanda tak faham dengan soalan yang diajukan.
"Apa yang kenapa?"
"Makan kat tempat mewah? Bunga? Kenapa awak buat semua ni?" tanya Emma inginkan penjelasan. Faizrul mencapai air yang terletak berhampiran pinggannya sebelum meneguk perlahan. Sambil itu dia memikirkan idea untuk menjawab soalan gadis itu. Nak terus terang atau tipu? Kalau terus terang, dah konfem-konfem dia reject aku macam dalam kereta tadi.
"Sengaja," pendek saja jawapan yang keluar dari mulut Faizrul akhirnya. Emma diam tak puas hati. Dia tahu ini bukan 'sengaja'. Tak ada orang yang akan bawa kau makan dekat tempat mewah, layan kau macam puteri dan bagi bunga sejambak besar dengan warna faveret kau atas alasan 'sengaja'. Mesti ada benda yang tersirat.
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...