8 : Jalan Kembali

4.5K 125 1
                                    

Faizrul melintas jalan berhati-hati. Dia mahu menuju ke kedai kek miliknya di seberang jalan. Dia baru saja selesai melaqat tapak projek syarikat di kawasan berhampiran jadu tak salah rasanya kalau singgah minum sekejap. Lagipun siapa nak marah, diakan bos.

Telefon bimbitnya berbunyi perlahan menandakan ada mesej masuk. Takut kalau-kalau itu merupakan mesej dari syarikat atau orang penting, dia memutuskan untuk melihat seketika telefonnya di sisi jalan. Langkah dihentikan untuk memeriksa mesejnya. Baru saja dia menekan skrin untuk membalas mesej dari Anne, PA nya, bunyi deruman kuat mematikan pergerakannya.

Faizrul angkat muka. Fairlady Z menderum laju menghampiri ke tempat dia berdiam. Faizrul cemas, air liur ditelan kesat. Dia tahu apa yang bakal terjadi seterusnya tapi entah kenapa dia tidak mampu melarikan dirinya. Kakinya terpasak kemas di atas jalan. Langsung tidak mampu bergerak walau setapak.

Kereta itu meuncur laju. Bila jaraknya kurang 1 meter dari Faizrul, dia serta merta melompat ke belakang mengelak dari menjadi magsa langgar lelaki di dalam kereta itu. Fairlady z itu berhenti tidak jauh darinya. Dari cermin sisi, Faizrul nampak senyuman sinis yang dilemparkan lelaki itu sebelum kereta itu menderum laju meninggalkan dia sendirian.

"ALLAH...ALLAH...ALLAH..." bisik Faizrul. Tak sangka senekad ini lelaki itu. Sehingga sanggup membunuh! Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Faizrul bukak dengan degupan jantung yang sangat laju.

'Itu baru sikit. You never know what I can do'

Faizrul telan liur baca mesej dari Ben. Kakinya lemah tiba-tiba. Digagahkan diri untuk melintas jalan dan masuk ke dalam bakery miliknya.

"Faiz, are you alright?" Tegur satu suara merdu sedikit cemas. Terasa ada tangan lembut memeluk pinggang dan menahan bahunya dari terjatuh. Faizrul pandang wajah Emma yang jelas menunjukkan riak kebimbangan.

"I'm alright, dear. Just...something happened. Benda kecik je," Faizrul beralasan. Emma pandang lelaki itu penuh curiga. Takkanlah benda kecik sebab muka Faizrul jelas pucat tak berdarah. Tak masuk pekej gigil dan bibirnya yang terketar persis orang ketakutan.

"Emma bawa bos masuk bilik dia," arah Haida bila lihat keadaan Faizrul yang jelas membimbangkan mereka. Emma mengangguk. Tubuh sasa Faizrul dipapah perlahan-lahan menuju ke bilik kerjanya yang terletak berhampiran dapur.

"Duduk dulu. Saya ambilkan air," Emma keluar dari bilik. Fikirnya hendak mengambil air untuk membantu Faizrul bertenang. Biar oksigen dalam badan Faizrul kembali normal. In shaa ALLAH Faizrul akan tenang selepas itu.

Sewaktu keluar dari bilik Faizrul, Emma berselisih dengan seorang lelaki. Fikirnya budak penghantar kek yang bekerja di kedai itu. Emma buat tak endah. Dia perlu ke dapur untuk ambil air buat Faizrul, itu lebih penting. fikirnya.

***

"How is it, sweetheart? Seronok? I dah kata jangan ingat I akan bersenang lenang lepas apa yang you buat," Emma terkedu bila dengar suara itu. Dia kenal lelaki yang ada di bilik Faizrul itu. Ben! Apa mahunya?

"Leave me alone, Ben. Enough is enough," marah Faizrul lemah. Kekuatannya masih belum pulih. Dia masih lagi terkejut dengan perlanggaran yang hampir dicetuskan Ben sebentar tadi.

"You ingat I bodoh? Nak lepaskan you macam tu je? I akan buat you menderita macam mana you buat I kecewa bila you tinggalkan I," erk!! Emma terkedu. Mak aii, horror kot bila gayboy putus cinta. Lagi parah dari orang normal.

Mr BisexualWhere stories live. Discover now