17

2.8K 83 0
                                    

Emma mengeluh kuat. Dia buntu untuk membantu Faizrul. Amarah Puan Indah jelas terngiang di telinganya. Sayu bila teringat air mata Faizrul yang mengalir lebat membasahi pipinya.

"Mama tak sangka macam ni Iz rupanya. Apa yang kurang lagi mama bagi sampai Iz jadi macam ni? Mama tahu mama berdosa pada Iz tapi macam ni ke hukuman yang Iz berikan pada mama?" kuat teriakan Puan Indah buat Emma terkedu. Dia tahu selaku ibu pasti hancur luluh hati Puan Indah melihat gambar-gambar yang telah jatuh dilantai itu.

"Ibu didik Iz dengan ilmu agama, ibu bagi Iz didikan yang ibu rasa cukup sempurna tapi kenapa ini yang ibu dan mama dapat daripada Iz?" suara Puan Isma perlahan tapi jelas kekecewaan di hati wanita itu.

"Luluh hati kami Iz. Hancur jiwa kami bila tengok gambar-gambar ni. Apa semua ni Iz, mana iman Iz?" Emma memandang lelaki yang masih beku disisinya. Hanya air mata yang mengalir menjawab persoalan dan pertanyaan mama dan ibu saudaranya itu.

"Ma, ibu... Iz boleh terangkan," Faizrul bersuara perlahan. Puan Indah menggelwng laju. Dia tidak mampu menerima apa-apa penjelasan saat ini. Dia masih terkejut dengan gambar-gambar yang dihantar kepadanya.

"Keluarlah dulu Iz. Mama dan ibu tak boleh nak terima apa-apa penjelasan sekarang," Puan Isma bersuara bagi pihak kakaknya. Melihat Faizrul yang terkaku, Emma menarik lembut bahu lelaki itu mengajaknya keluar dari rumah semi-D itu.

***

Emma menekan loceng ingin memberitahu kehadirannya kepada isi rumah semi-D dua tingkat itu. Dia menanti seketika sebelum kelibat ibu saudara Faizrul dilihat disebalik pintu utama.

"Assalamualaikum mak cik," tegur Emma penuh sopan. Puan Isma kerut kening memerhatikan gadis itu. Raut wajahnya macam pernah dia lihat, tapi tidak pula dia ingat di mana.

"Waalaikumussalam. Anak cari siapa ya?" balas Puan Isma penuh hemah. Emma tersenyum nipis. Dia sudah menjangka yang dirinya tidak diingati. Yalah, datang ditengah-tengah kekecohan, siapa pula yang sempat nak mengecam wajahnya.

"Saya Emma, kawan Faiz," mendengar nama anak saudaranya disebut, wajah kebingungan Puan Isma terus berubah ceria. Terus pagar dibuka menjemput Emma masuk ke dalam rumah.

"Minta maaf, mak cik tak cam kamu. Yalah semalam kelam kabut dengan keadaan tu," sayu suara Puan Isma diakhir ayatnya. Emma sekadar tersenyum manis menenangkan hati Puan Isma.

"Siapa datang, Mah?" tanya Puan Indah dari muka pintu dapur. Emma mengalih wajah ke arah Puan Indah bersama senyuman manis.

"Kawan Iz, kak. Emma," Puan Isma memperkenalkan Emma. Senyuman terukir dibibir Puan Indah sebaik saja nama Emma disebut. Huluran tangan Emma disambut gembira. Lebih lebar senyumnya bila Emma mengucup tangannya.

"Iz tak ada di rumah. Emma tahu ke mana dia pergi? Seharian tak balik," keluh Puan Indah lemah. Emma tersenyum. Amarah seorang emak, dalam marah, tetap risau keadaan anaknya.

"Dia tidur di cafe, mak cik. Dia okey je, tak ada apa-apa," beritahu Emma. Puan Indah dan Puan Isma mengangguk memahami.

"Kenapa Emma ke sini? Faiz suruh ke?" tanya Puan Isma berhati-hati. Risau mengguris hati teman anak saudaranya itu.

"Eh, taklah mak cik. Saya datang sebab... Saya nak... Err... Tengok keadaan mak cik," tergagap Emma tiba-tiba bila disoal dua wanita dihadapannya itu.

"Jujur je, Emma. Mak cik berdua tak marah pun," Puan Indah tergelak melihat kekalutan gadis di hadapannya itu. Emma terasa wajahnya panas, malu.

"Mak cik, sebenarnya... Tu semua gambar lama," Emma memberitahu selepas dia mengumpul kekuatannya. Puan Indah dan Puan Isma berpandangan.

"Maksud kamu?" tanya Puan Isma bagi pihak kakaknya yang hanya mendiamkan diri.

"Saya tahu saya tak sepatutnya masuk campur. Saya tak ada hak pun nak masuk campur tapi... Saya kesiankan Faiz. Dia dah berubah mak cik. Dia dah taubat. Dah lama dia tinggalkan dunia gelap tu. Gambar tu gambar lama," bicara Emma lagi. Wajah dua wanita dihadapannya dipandang mengharap pengertian.

"Mak cik terkilan. Mak cik tahu mak cik berdosa sebab musnahkan zaman remaja dia tapi mak cik tak sangka Iz boleh jadi macam tu, " tangis Puan Indah. Puan Isma memeluk erat bahu kakaknya.

"Mak cik yang buat Iz jadi macam tu. Mak cik buat dia jadi memendam perasaan. Dia tak ada tempat nak meluahkan perasaan. Mak cik tahu dia rapat dengan Ben tapi mak cik tak ambil peduli. Mak cik sibuk dengan terapi, mak cik serahkan semua pada Isma. Mak cik lupa Isma banyak tanggungjawab. Mak cik langsung tak pedulikan Iz, kalau dia balik pun mak cik tak ambil berat pasal dia," esak Puan Indah. Emma rasa tubir matanya basah. Dia pandang dua wanita di hadapannya sebelum perlahan-lahan dia menghampiri dan menggenggam erat tangan dua wanita itu.

"Mak cik tak salah. Tiada orang yang bersalah dalam hal ini. Faiz... dia muda, dia ikut hawa nafsunya. Itu yang buat dia jadi macam tu. Dunia gelap tu pilihan dia. Bukan salah mak cik," pujuk Emma pada dua-dua wanita itu.

"Saya tahu Faiz dah berubah, mak cik. Saya saksinya. Saya yang bawa Faiz jumpa kawan saya, saya tahu perkembangannya. Mak cik jangan risau, in shaa Allah Faiz dah tak dekat dengan dunia tu lagi. Dia pun dah laam tak contact Ben," panjang lebar Emma berbicara. Puan Isma tersenyum. Baik sungguh hati gadis ini, sanggup menjelaskan keadaan yang sebenarnya bila penjelasan Faiz langsung tak mahu mereka berdua dengar.

"Kenapa?" tanya Puan Isma tiba-tiba. Emma kerut kening. Dia pandnag Puan Isma dan Puan Indah bergilir-gilir. Apa yang kenapa?

"Kenapa, apa?" tanya Emma kebingungan.

"Kenapa Emma sanggup susah payah untuk Faiz?" soalan Puan Isma pada Emma menimbulkan senyuman dibibir Puan Indah.

"Sebab... Sebab... Sebab saya kawan dia," tergagap Emma menjawab pertanyaan tiba-tiba itu. Puan Indah sembunyi senyum manakala Puan Isma tergelak kecil.

"Ya ke kawan? Ke Emma ada hati dengan anak mama?" soal Puan Indah nakal. Memerah wajah Emma mendengar pertanyaan itu. Lebih merah jadinya bila dengar Puan Indah bahasakan dirinya mama.

"Tak... Tak adalah... Mana ada, mak cik," Emma menepis soalan itu kalut. Terhambur gelak dari mulut dua beradik itu. Puan Indah dan Puan Isma berbalas pandang.

"Kalau ya pun apa salahnya, kami lagi suka. Sekurang-kurangnya kami kenal perwatakan Emma," usik Puan Indah lagi. Suka dia melihat wajah Emma yang bertukar warna.

"Lagi satu, panggil mama dan ibu tau. Kalau Emma panggil mak cik, kami tak tahu Emma panggil siapa," sambubg Puan Isma bersama gelak kecil. Suka benar hati mereka berdua.

Emma gigit bibir bawah. Ya Allah, malunya. Tapi dalam diam dia suka melihat wajah dua wanita itu dihiasi senyum dan gelak tawa.

***

1046 word! Yay!!

Perghh, lamanya tak update story... Ada yang menunggu ke? Hahaha... Maaflah sibuk, sangat busy dengan kerja yang tak menentu.

Saya akan cuba untuk update sekerap mungkin. Doakan kelapangan dan idea saya melimpah ruah ya...

Feel free to comment and vote.. Thank you in advance.. 😘😘😘

As always, TBC..

Mr BisexualWhere stories live. Discover now