Perjalanan ke KL sunyi. Hanya bunyi radio yang kedengaran. Kalau tadi ada juga suara si kecil Faid bercakap-cakap mengajak mama dan papanya berbual. Tapi bila si kecil itu mula dapat botol susunya, mata pun lelap la. Faizrul dan Emma pula lebih suka layan perasaan sendiri daripada berbual. Bukan tak nak bercakap antara satu sama lain, tapi...entahlah, lidah macam kelu. Terlampau banyak persoalan yang belum tentu jumpa jawapan.
"Malam ni tidur rumah mama?" tanya Faizrul memecahkan suasana sunyi dalam kereta. Emma yang termenung terus laju mengalih pandang ke arah pemandu kereta itu.
"Tak nak!"
"Habis tu nak tidur mana malam ni?"
"Lepas jumpa Ben, hantar saya ke hentian bas. Saya nak balik terus," Faizrul yang mendengar kerut kening. Wanita disebelahnya dijeling sekilas.
"Nak hantar awak naik bas? No way. Mati hidup balik pun saya tak benarkan awak balik naik bas. Macam mana kalau jadi apa-apa dalam bas tu?"
"Saya tahu jaga diri saya. Before this, elok je saya ke hulu dan ke hilir naik bas," Emma bertegas.
"Itu sebelum ini, tapi sekarang saya tak benarkan. Sekarang ni pun dah nearly pukul 12 tengah hari, kalau kita direct pergi jumpa Ben dalam pukul 3 baru sampai hospital. Entah berapa lama bincang dengan dia, maybe akan balik dalam pukul 5 atau 6 petang. And awak fikir saya nak benarkan awak balik, naik bas berjam-jam dalam tu, entah-entah tengah malam baru sampai destinasi? Saya tak gila lagi nak benarkan, Emma," panjang lebar Faizrul membebel. Dia dengar Emma merengus marah.
"I'm not asking for your permission. I'm stating it!" bidas Emma geram.
"No. Saya tak nak hantar,"
"Fine, tak nak hantar tak pe. Teksi ada. Grabcar, uber lagi la berlambak. Saya boleh pergi sendiri," bentak Emma.
Faizrul menahan sabar. Stereng kereta dihentak kasar membuatkan Emma sedikit tersentak tapi langsung tak ditunjuk riak takut atau terkejut dengan riaksi Faizrul. Dia lebih rela menjaga egonya dari menunjukkan riak terkejutnya. Tak mahu buat Faizrul rasa lelaki itu menang.
"Emma, tolong la dengar cakap saya. Kenapa keras kepala sangat ni? Mana Emma yang dulu? Yang selalu fikir perasan orang sebelum buat keputusan?"
"Emma dulu dah mati! Awak yang bunuh dia, Faizrul. Awak yang buat saya jadi macam ni!" kereta mewah itu terasa bahangnya walaupun aircond berfungsi dengan baik.
Emma mengalih pandang menghadap tingkap memerhatikan jalan raya diluar. Malas mahu melihat riaksi mahupun wajah Faizrul. Sebal, geram dengan kata-kata lelaki itu.
Faizrul makin dirasuk amarah. Pedal minyak ditekan kuat, menghemburkan semua rasa amarahnya. Melunjur laju kereta mewah itu ditengah jalan raya itu.
Bunyi erengan dari tempat duduk belakang menyedarkan Faizrul. Sedar ada satu nyawa lagi yang ada bersama mereka di dalam kereta itu. Sedar yang anak kesayangannya ada di tempat penumpang. Walaupun didudukkan di dalam carseat tapi kalau kemalangan berlaku, boleh jadi juga nyawa anak kesayangannya itu menjadi taruhan. Serta merta, kakinya diangkat dari menekan pedal terlalu kuat.
Faizrul memandang ke belakang dari cermin tengah. Dia tersenyum sendiri. Sayang anak papa, bisik hatinya perlahan.
***
"Emma, duduk la. Kenapa tercegat je tu. Rumah mama ni belum nak roboh lagi," tegur Puan Indah berlucu bila perasan Emma berdiri tak ubah bagai tiang bendera di dapur rumah miliknya. Emma yang ditegur, tersenyum manis. Dia menarik kerusi meja makan dan melabuhkan duduknya. Bawang yang baru dikupas kulit, dihiris halus.
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...