4 : Jatuh

6.5K 157 0
                                    

Emma letak mangkuk berisi fondant yg baru diulinya itu ke meja. Fikirannya tak habis-habis membayangkan wajah Faizrul seminggu yang lalu. Bagai terbayang-bayang pula kat ruangan mata macammana kacaknya wajah lelaki itu bersama bibir yang tersungging senyuman sinis dan mata biru yang merenungnya tunak. Cair secair-cairnya.

"Oi!" Sergah Sarah. Bahu Emma menaik tanda terkejut.

"Nak bagi aku mati ke apa ni?" Tanya Emma selamba. Dah seminggu kerja, mulutnya sudah mula melupakn insuran nampaknya. Selamba saja bercakap lepas. Lagi-lagi kalau bercakap dengan Sarah. Macam sekarang ni.

"Jauh benar termenungnya. Dah sampai kutub mana kau?" Sarah langsung tak ambik kisah dengan bicara Emma. Dia lagi memerli adalah. Yelah, dari tadi dia perasan gadis itu seakan berada di dunianya sendiri. Fondant diuli tapi seakan tidak semangat seperti selalu. Entah apa agaknya yang dia fikirkan.

"Mana ada termenung la. Aku biasa je," Emma balas tak semangat. Sarah cebik bibir. Ya la tu. Percaya sangat aku.

"Ke... kau teringat dekat bos kita tu?" Sarah bertanya membuatkan mata Emma membulat. Pekej, Sarah siap naik-naikkan kening lagi. Betul-betul nak mengenakan dia nampaknya.

"Ish, minta dijauhkan dari ingat dia tu," tipu Emma. Tak mahulah Sarah tau yang sebenarnya boleh kata setiap hari dia ingat lelaki hensem tu. Dah la badan sado, muka pula macam Captain America gitu. Aww, tergoda I tau.

"Ye la tu, tak ingat. Aku perasan la masa first time kau nampak dia tu macam mana terujanya muka kau. Bukan aku tak nampak betapa bercahayanya muka kau masa tu. Kalau bilik ni blackout masa tu, riak wajah kau dah cukup nak menyinari bilik ni tau," Sarah bersuara penuh perasaan. Emma ternganga. Amboi Sarah, kau punya hiperbola, memang melampau-lampau.

"Amboi, muka siapa yang bercahaya sangat tu? Sampai dapat menerangi bilik ni kononnya?" Tanya Haida yang kebetulan melangkah masuk ke dapur itu. Sarah tersengih tunjuk gigi sambil angkat kening pandang Emma. Emma pula bulat mata, petanda suruh Sarah diam. Tapi kalau dah namanya Sarah...

"Emma ni kak, punya berseri muka dia bila nampak Mr. Bos hari tu. Kalah spotlight padang bola tu,"

"Bahasa kau ni... dulu BM kau mesti A+ kan? Especially bab penulisan. Ko punya imaginasi memang sangat hebat la," sempat Emma mengutuk kawannya itu. Tapi ada Sarah kisah? Lagi dia bantai gelak adalah. Sudahnya Emma juga yang kegeraman.

"Kau ni Sarah, tak sudah-sudah mengusik orang. Bahagia benar hatikan?" Haida bersuara sambil tergelak dengan telatah teman kerja yang sudah dianggap bagai adiknya itu.

"Memang tengah bahagia la kak. Kan tak lama lagi kompang bakal bunyi. Tu yang suka sangat tu. Tak sabar la tu," giliran Emma pula mengusik buat Sarah tersipu malu.

"Apa yang tak sabar? Amboi Emma, pandai ekk sekarang cakap yang tak sepatutnya," suara garau tiba-tiba menyapa pendengaran mereka bertiga yang elok bergurau senda di dapur kedai. Masing-masing hala pandangan ke muka pintu pemisah. Faizrul di situ sambil berdiri santai bersandar di jenang pintu.

Emma telan liur, kesat. Aduh, kenapalah time macam ni dia nak muncul. Mahu kena bahan lagi aku dengan si Sarah ni.

"Entah Emma ni, otak tu fikir bukan-bukan la tu," Sarah mula mengusik. Senyuman nakal disembunyikan tapi dapat ditangkap Emma.

"Eh mana ada fikir bukan-bukan. Maksud aku, kau tak sabar nak duduk atas pelamin, tu je!" Emma bersuara mempertahankan dirinya. Tak sanggup jadi mangsa usikan Sarah dan Mr. Ddg. Kak Haida cuma berdiri macam patung cendana je tengok adegan usik-mengusik yang berlaku sekarang ni. Bukan nak tolong pertahankan dia. Paling kuat pun, Kak Haida tumpang sekaki tolong gelakkan dia.

"Aku tak sabar naik pelamin ke kau yang tak sabar? Aku tengok muka tiba-tiba merah je tu?" Serta merta Emma pegang kulit mukanya. Panas! Oh my, dah kenapa ni?

"Aah, kenapa muka you merah ni? Tak sihat ke?" Soal Faizrul lagak perihatin. Dia sembunyi senyum melihat Emma yang mula kalut.

"Eh, saya...err...saya sihat je. Tak de apa. Mungkin panas kut," serentak itu Emma kipas-kipas wajahnya, konon-konon kepanasan.

"Kau ni nak menipu pun agak-agaklah, Emma. Kedai ni fully aircond. Tang mana panasnya? Akak ni dah nak mati beku dah kat kedai ni, kau boleh kata panas?" Haida bersuara keanehan. Nak kata aircond dapur mati, elok je dia terasa sejuk di sini.

"Panas la kak. Pembakar ada depan mata, kan?" Sarah ambil alih tugas mengusik. Emma getap bibir. Dia tahu pembakar yang Sarah maksudkan. Bukannya oven tapi Mr. Ddg!

"Pembakar? Oven tu dekat hujung sana. Pembakar apanya ada dekat sini?" Faizrul blur. Dia pandang Sarah yang sudah menggigit lidah menahan gelak.

Sarah angkat kening pandang Emma. Emma balas dengan jegil mata. Tak mahu Sarah cakap apa-apa yang tak sepatutnya. Walaupun baru seminggu kenal Sarah, Emma tahu macam mana perangai gadis itu. Kaki mengusik memang nombor satu. Tak pasal-pasal, kang dia kata Emma syok pada Faizrul. Tak ke naiya tu?

"Yang main jegil-jegil mata tu dah kenapa? Terkeluar dari soket nanti, baru tahu," Faizrul bersuara bila perasan pandangan mata mereka berdua. Emma tayang sengih pandang Faizrul. Sarah pula buat muka tak bersalah.

"Pening la akak layang korang ni. Baik akak pergi depan, jaga kaunter. Lagi elok," pamit Haida berlalu ke ruangan depan kedai. Tak mahu ikut campur urusan di dapur.

"Kak, nak ikut," Sarah menjerit sebelum mengekori langkah Haida meninggalkan Emma terpinga-pinga sendiri. Bila sel otaknya mula berhubung, dia tak sempat nak buat apa-apa. Tahu-tahu tinggal dia dan Mr. Ddg je kat dapur ni.

Menutup gugup, Emma ambik fondant yang siap diulinya tadi dan berlalu ke mesin peleper. Berhati-hati dia lalukan fondant antara penggelek tu. Dia buat kerja umpama tak ada Faizrul di dapur tu.

"Cantik," bisik Faizrul sambil matanya tak lepas pandang gadis yang leka dengan fondant itu.

"Sorry?" Emma bertanya bila dia rasa macam dengar suara tapi tak pasti apa yang lelaki itu katakam.

"Nothing. Err... macam mana kerja dekat sini?" Faizrul tukar topik. Dia mendekat ke meja yang meletakan penipis fondant, tempat Emma buat kerja sekarang ni.

"Kerja okey je," balas Emma pendek. Tak pandai nak berbual dengan lelaki ni.

"Seronok?" Tanya Faizrul makin menghampiri gadis itu. Emma angguk menjawab pertanyaan majikannya itu.

"Minat baking ke?" Faizrul bertanya lagi. Tapi dari nada suaranya bukannya dia betup-betul nak tahu, cuma nak memanjangkan perbualan saja.

"Minat," jawab Emma sepatah. Terkejut dia bila sedar lelaki tu dah ada di belakang dia. Bergerak sikit je, konfirm mereka berlanggar. Emma telan liur, lelaki ni nak buat apa? Nak apa-apakan dia ke?

"Err... Bos..." panggil Emma perlahan. Tepi bibir digigit lembut.

"Ermmm," balasan Faizrul buat Emma telan liur. Mak, takut! Jerit hatinya.

"You smell just like a fondant. Nice, sweet and make me craving for more," bisik lelaki itu betul-betul di telinga Emma. Faizrul kemudian menghidu tepi leher Emma sedalam-dalamnya sebelum menjauhi gadis itu dan berlalu keluar dari dapur.

"Huhh..." Emma lepas nafas yang ditahan sedari tadi. Oh my, I'm finished! Kalau terus-terus macam ni, konfirm dua hari lagi dia minta MC. MC sebab hatinya jatuh. Jatuh pada Mr. Ddg a.k.a Mr. Sweet-talker a.k.a Mr. Bisexual. Stressnye nak sebut perkataan akhir tu! Arghh!!

----
Done part 4 ! 1166 words..

Mcm biasa, TBC (To be continued).. so, wait for the next entry, ya..

Thanks for reading.. me love you 😘

Mr BisexualWhere stories live. Discover now