Sebulan sudah semuanya berlaku, hubungan Emma dan Faizrul masih baik. Bertambah baik sebenarnya. Setiap minggu Faizrul akan ajak Emma balik ke rumah mamanya dan setiap minggu jugalah Emma akan bermalam di sana. Mula-mula tak mahu juga Emma tapi lama-lama suka pula dia. Sudah lama dia tak rasa kasih sayang dan belaian manja ibu, jadi dengan Puan Indah dia terasa disayangi.
Puan Isma juga rajin ke sana menjenguk kakaknya. Sejak kematian suaminya kira-kira 2 tahun lalu, hanya kakak dan anak buahnya itulah tempat dia bermanja. Nak harapkan anak-anaknya sendiri, masing-masing jauh diseberang. Anak lelakinya sudah 5 tahun tidak pulang sejak berpindah ke Manchester dan anak kembar perempuannya masing-masing sudah berkahwin dan mengikut suami bertugas di luar daerah.
Seperti biasa hari ini Faizrul sudah bersedia untuk berjanji temu dengan Emma. Oh lupa nak bagitahu, Emma dah berhenti kerja di bakeri milik Faizrul. Dia dah pun dapat kerja di sebuah syarikat swasta yang memerlukan tenaga kerja berkelayakan sepertinya. Sejak Emma berhenti sampailah sekarang, boleh dibilang dengan jari berapa kali saja Faizrul muncul di bakeri. Selebihnya dia serahkan urusan bakeri itu pada Haida.
Bunyi deringan menandakan ada mesej masuk mematikan lamunan Faizrul. Dia mencapai iPhone 6s miliknya sebelum membuka whatsapp yang diterima.
Wajah Emma menyapa tubir matanya. Caption yang dihantar Emma, dibaca bersama senyuman manis.
Dah siap dah ni. Cepat la, dah bosan tunggu. 😣
Siap ada emoticon comel lagi. Faizrup tergelak-gelal. Hailah Emma, perangai selamba kau je yang boleh buat hati ex-bisex ni cair. Ommo, aku dah jatuh cinta ke? Faizrul tergelak kecil bersama gelengan kepala. Segera dia berlalu keluar. Niatnya mahu cepat, tak mahu Emma membebel pula.
Sampai depan grill pintu utama, Faizrul berhenti sekejap. Dia belum lagi balas whatsapp Emma tadi. Seketika, telefon bimbit diangkat tinggi. Kamera depan difokuskan dan... Klikk! Boleh tahan hensem aku, puji Faizrul perasan.
Sekejap ya cik Emma. I baru keluar pagar ni. Can't wait to see you baby girl... 😉😉😉
***
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...