Hujan masih menitik lebat. Emma merenung keluar dari tingkap dapur. Gelapnya! Pakej dengan kilat petir lagi. Ah sudah, macam mana dia nak balik ni?
Tepat pukul 6.30 petang, Haida menghampiri Emma. Wajah kerisauan Emma dipandang dengan senyum nipis.
"Kenapa Emma?" Haida bertanya prihatin.
"Hujan lebat tu, kak. Lambat la saya balik macam ni. Kedai pun dah nak tutup," perlahan Emma menjawab. Matanya masih memerhatikan hujan yang semakin lebat turun ke bumi. Pakej dengan kilat dan petir lagi.
"Emma tunggu la sampai hujan reda dulu. Ni kunci akak tinggalkan," kunci diserahkan pada Emma.
"Tapi esok Emma kena datang awal la. Kalau tak macam mana nak buka kedai," Haida tergelak kecil diakhir katanya. Emma sengih tunjuk gigi.
"Tu yang tak nak tu," balasnya bergurau. Haida geleng kepala bersama gelak kecilnya. Macam-macam sungguh la si Emma ni.
"Dah, ambik kunci ni. Nanti hujan dah berhenti baru balik. Jangan lupa kunci pintu sekali. Akak nak hantarkan kau, akak pun dijemput suami,"
"Tak apa, kak. Tak payah risaukan saya. Tahu la saya balik kejap lagi," Emma menenangkan Haida yang sudah serba salah. Bunyi hon dihadapan kedai buat bicara Haida dan Emma terhenti.
"Ha, tu husband akak dah sampai. Pergilah balik. Jangan risau, nanti saya kunci pintu," Emma bersuara seakan menghalau wanita itu pulang. Haida yang berat hati nak tinggalkan Emma sendirian memandang gadis itu berkali-kali.
"Akak jangan risau, saya tak rompak kedai ni punya," Emma bergurau. Cuba menutup kegusaran hati Haida. Jelingan yang Haida hadiahkan, dia balas dengan bunyi tawa.
"Mula la tu dia merepek. Kita risaukan keselamatan dia, dia ingat kita takut dia nak merompak pula," bebel Haida kuat. Dalam pada itu, dia mencapai handbag dan berlalu ke pintu kedai.
"Ei akak risau la awak sendiri macam ni. Hujan pun tak tahu pukul betapa berhenti," sekali lagi Haida bersuara. Pintu utama kedai dipegang dengan riak wajah penuh kerisauan.
"Don't worry, kak. In shaa ALLAH tak ada apa-apa," Emma bersuara tenang tak mahu menambah gusar di hati Haida.
"Kenapa ni?" Suara garau menegur mereka berdua. Haida dan Emma kalih pandang.
"Bos, buat apa kat sini?" Haida bertanya aneh. Yelah mahunya tak aneh, dah dekat pukul 7 malam kot. Selalu bos akan datang waktu lunch atau pagi hari, bukan waktu kedai dah tutup. Nak buat inspection pun, takkanlah malam-malam begini.
"Tak boleh ke saya datang?" Faizrul bertanya aneh. Haida tayang barisan gigi. Tak tahu nak bagi jawapan apa untuk soalan bosnya itu.
"Dah-dah-dah... Haida, pergi balik sana. Kesian Zoul tunggu dari tadi. Nasiblah penyabar, kalau tak buat naiya je," bebel Faizrul pada pekerjanya itu. Haida mengangguk. Baru dia nak menapak, dia kembali memandang Emma yang mula pucat, takut la tu nak tinggal berdua dengan bos hensem diorang ni.
"Bos, Emma..."
"Saya hantar dia balik," belum sempat Haida bersuara, Faizrul dah potong dulu. Dia pandang gadis yang berdiri di muka pintu itu tunak.
Emma yang mendengar kata-kata berupa arahan yang keluar dari mulut Faizrul tetdiam. Serentak dia pandang wajah Faizrul yang leka merenung dirinya. Entah kenapa mereka berdua bagai hanyut dengan dunia ciptaan sendiri.
"Ehem...bos, kalau macam tu saya balik dulu la ye. Bos jangan lama-lama tenung anak dara orang. Tak baik," usik Haida sebelum berjalan laju meninggalkan pasangan itu. Untung Emma, dah la bos tu hensem, kaya pula tu. Fikir Haida. Kau tak tahu pula yang bos kau tu Mr. Bisexual.. huhuhu..
YOU ARE READING
Mr Bisexual
RomanceHighest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan utk 1st timer mcm sy...) Pertemuan pertama buat Emma kaku. Lelaki tu hensem tapi.. GAY?? Aduh, sedaya...