20

3.2K 70 0
                                    

Nah! Sambungan semalam.. Hehehe, harap enjoy la ye..

Emma celik mata tiba-tiba. Kepalanya dipegang. Sakit, berdenyut yang sangat kuat. Rasa seakan berdengung otaknya.

"Aku kat mana ni?" soal Emma bila sedar persekitaran seakan asing buatnya. Emma cuba bangun dari pembaringan namun baru separuh jalan dia berhenti. Emma terasa nafasnya sesak.

"Ya Allah," hanya itu yang mampu Emma ucapkan bila sedar dirinya hanya ditutupi selimut tebal hotel tanpa seurat benang. Air matanya mengalir laju.

Terasa ada gerakan di kirinya, Emma memandang kearah itu. Terkedu dia dengan raut wajah yang berkerut menahan sakit dengan tangan memegang kepalanya.

"Fa... Faiz... " panggil Emma tersekat-sekat. Air mata masih lagi laju membasahi pipinya. Faizrul yang kebingungan mengalih pandang ke arah Emma. Terbeliak matanya bila sedar Emma di sisinya.

"Emma... Apa... Kenapa??" Faizrul kehilangan kosa kata. Dia pandang gadis itu minta penjelasan. Air mata Emma yang mengalir menambahkan kebingungannya.

Tersentak Faizrul bila tersedar yang Emma hanya memegang erat selimut. Bahu Emma yang sedikit terdedah membuatkan Faizrul yakin yang gadis itu tidak berpakaian di dalamnya. Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Hati Faizrul mula gelabah. Mindanya bercelaru membuatkan dia menekan kepalanya mengawal kesakitan.

"Emma, kita tak... " Faizrul tak mampu meneruskan ayatnya. Wajah Emma yang lencun dengan air mata dipandang meminta jawapan.

"Sakit... " desis Emma perlahan membuatkan Faizrul seakan lupa cara untuk bernafas. Perkataan sakit yang keluar dari mulut Emma dan gaya tubuh Emma yang menahan kesakitan bawah pusatnya cukup memberitahu dia apa sebenarnya yang terjadi.

"E... Em... Emma... "tergagap Faizrul menyebut nama gadis itu. Melihat Emma yang mula menangis, Faizrul menghulur tangan untuk menyentuh gadis itu.

"Don't touch me!" perlahan Emma bersuara tapi cukup untuk sampai ke pendengaran Faizrul.

"What have you done, Faiz?" suara Emma tenggelam bersama esak tangisnya. Selimut tebal masih dipegang bagi menutup dirinya yang terdedah dari atas hingga ke bawah.

Faizrup telan liur. Dia sendiri tidak pasti apa yang terjadi semalam. Dia tak mengingati apa-apa, sedar-sedar dia sudah berada di katil ini bersama Emma dalam keadaan yang sangat memalukan.

"Emma, saya tak tahu apa-apa, " perlahan Faizrul bersuara.

"Stop, Faiz. I don't want to hear anything," air mata Emma makin laju membasahi pipi. Dia tidak sanggup membayangkan apa yang terjadi. Maruahnya sudah diberikan pada lelaki yang tidak ada ikatan dengannya. Hak milik bakal suaminya sudah dirampas orang lain. Apa yang perlu dia lakukan kini?

"Go Faiz. Just go!" Emma menghalau lelaki itu. Seboleh mungkin dia tak mahu melihat wajah lelaki itu lagi. Tidak dia sangka, lelaki yang dia percayai sanggup melakukan perkara terkutuk ini semata-mata mahukan dia sebagai isteri? Ya Allah, tak mampu Emma memikirkannya.

"Emma... " Faizrul bersuara lemah. Tak mampu dia bila melihat Emma begini. Tak sanggup dia melihat Emma menangis seteruk ini.

"I said go away. I don't want to see your face! I hate you!" akhirnya Emma menjerit kuat. Air mata yang merembes keluar makin laju. Dia masuk ke dalam selimut dan menutup seluruh tubuhnya, menangis teresak-esak. Sekwtika kemudian, Emma yerasa ada pergerakan disisinya.

"Saya akan siasat apa yang berlaku Emma. Dan kalau perlu, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya pada awak," melihat tiada balasan dari Emma, Faizrul segera melangkah keluar dari bilik hotel yang diduduki mereka. 

Mr BisexualWhere stories live. Discover now