S.1

162K 1.6K 6
                                    

" Jangan sentuh dia. " terkeluar sebuah cerkahan yang melampaui suara sebenarku.

" Sakittt!! " kata seorang wanita yang terbaring di hadapan aku. Sambil kedua-dua belah tangannya dipegang oleh seorang lelaki. Tak henti-henti dia meraung kesakitan.

Tikaman demi tikaman dilepaskan ke atas dadanya. Darah merah pekat miliknya juga memenuhi segenap ruang. Aku kaku pada masa yang sama aku juga takut. Mungkin nasib aku juga bakal seperti dia. Siapa tahu lebih teruk daripada apa yang dihadapinya.

Air mataku tidak henti mengalir sehingga mata terasa amat bengkak. Tidak lama selepas itu, cecair merah pekat juga mengalir keluar dari rongga hidungku. Kepalaku pusing lantas tubuh milikku terkulai di atas tanah.

💎💎💎

" Tidakkk! "

Aku meraut wajahku untuk beberapa kali. Ya. . ianya sebuah mimpi. Walaupun ianya sebuah mimpi cecair merah pekat itu tetap berada pada rongga hidungku. Ini bukan kali pertama aku mengalami hal sedemikian rupa tetapi rasa gabra tu tetap ada.

Sekuat hati aku memaksa tubuhku yang lemah dan kepala aku yang sakit untuk bangun. Aku perlu ke tandas untuk membersihkan diri. Tak sampai 1 jam azan subuh bakal berkumandang di bumi UK ini.

" Heyyyy! Awal bangun. " suara itu menyapa aku tatkala aku masih lagi dalam keadaan memaksa diri. " Meh sini aku tolong kau. Dah berapa kali aku suruh pergi check hospital kau tak nak. Degil! " tambahnya lagi. Ini bukanlah omelan biasa ya.

" Can you just shut up? I'm tired and I'm sick. " mukaku yang keletihan ditambah dengan marah. Aku sendiri tak dapat bayang.

" I'm sorry girl but . . "

" No more but just HELP me. " sengaja perkataan help itu aku tekankan tanda aku benar-benar perlukannya, menghendakinya, memaksudkannya. Banyaknya '-nya'.

Dia ini ialah sahabat aku. Nur Ain nama yang diberi oleh ibu dan bapanya.

💎💎💎

Bonjour! Support-me-please!
Vote and comment! TQ 😉


S E P H I AWhere stories live. Discover now