S.25

36.3K 625 11
                                    

Tak sangka majlis resepsi yang temanya dirahsiakan daripada aku cukup cantik. Semuanya inspirasi dan ideal Faris. Walaupun agak memakan masa untuk aku pujuk dia sebab dia terus-terusan salahkan diri dia ke atas apa yang terjadi. Majlis dan tempat yang sangat indah dihadiahkan kepada aku.

" Faris. . Cantiknya! " bisik aku sambil jalan beriringan masuk ke dalam dewan utama hotel tersebut. Bertambah handsome si Faris ni bila mengenakan suit berwarna baby blue.

Manakala aku memakai dress labuh berwarna baby blue juga. Tudung aku ditaja oleh Ain, yang baru sahaja memulakan bisnes tudungnya. Apapun Ain still sebagai pengapit aku. Selain Faris si pengapit dia ni ja aku tak pernah tengok. Handsome semacam ja! Jangan tenggelam encik suami aku sudah.

" You suka? "

" Mestilah suka. "

Dia tersenyum manis mendengar aku berkata sedemikian.

💎💎💎

Malam itu kami bermalam di hotel tersebut. Jauh nak balik ke rumah Faris, kalau rumah parents aku lagilah jauh. Faris okay ja kalau nak kena drive balik rumah kitorang tapi aku yang menolak.

" Sayang. . Pukul 9 hantar I pergi KLIA boleh? "

Aku masih bermalas-malasan di atas katil. " KLIA buat apa? You bukannya kerja pilot dah. "

" I kena pergi Singapore untuk 2 hari. I janji habis ja kerja I balik. Sign contract then tengok tapak projek tu ja.. "

" Yelah. . I hantar! Tapi janji 2 hari? "

Dia duduk di sebelah aku dan menepuk pahaku beberapa kali. " Janji! You takut rindu ka? "

" Rindu? You? Eh tak kot. "

" Tak perlulah nak rindu semalam dah dapat. " dia tersenyum nakal sambil mata kirinya dikenyit.

" Ishhh dia ni kan. " aku terus bangun untuk bersiap.

💎💎💎

Faris berborak dengan seorang lelaki. Mereka membelakangi aku, jadilah aku tunggul seorang diri. Susuk tubuh lelaki yang bersama Faris itu macam familiar.

" Sephia? " tegur lelaki tersebut.

" Ya. "

Dia memicit bahu Faris dan mereka berdua tersenyum kepada aku. Aku membetulkan tudung aku seolah-olah macam nak interview kerja la pula.

" You're so lucky man. Your wife cantik sangat-sangat. Semalam sebab makeup harini tak makeup pun dah lawa. I'm jealous. . " kata lelaki tersebut.

" Sayang ni pengapit I semalam. Rashdan! Merangkap P.A. I. " Faris memaut bahu dia. Dah macam bromance.

Dah agak sebab macam familiar. " Patutlah macam pernah tengok. "

" Memanglah pernah sebab semalam you tengok I. " dia memandang Faris sekilas. " Sumpah aku jealous. " tambah dia lagi.

Faris terus tumbuk perut dia. Pecah ketawa mereka berdua. Aku yang di situ hanya menjadi tukang pemerhati dan senyum sikit-sikit.

" Aku tunggu kau dekat sana. " kata Rashdan pada Faris sebelum melambaikan tangannya pada aku. Mamat ni poyo dan selamba semacam betul lah.

" Abaikan dia. Harap muka ja handsome perangai tak beradab. "

Ketawa aku masih berbaki. " Tak apa. I okay! "

Faris menarik hidung perlahan. " I'll miss you. Take care. "

" I love you Faris. " aku mencium tangannya.

" I love you too. Ingat pesan I duduk rumah ibu dengan walid. Apa-apa call Abang Syakir atau Ain. "

" Okay husby. "

Berat nak lepaskan dia pergi tapi 2 hari ja pun. Aku terus melambaikan tangan padanya sehingga tidak kelihatan bayangnya.

💎💎💎

2 hari agak lama nak berlalu. Yelah orang baru kahwinlah katakan. Hari kedua aku balik ke rumah kitorang. Aku sudah call Mak Cik Timah untuk datang ke rumah teman aku. Dalam perjalanan pulang aku telefon Mak Cik Timah. Dia kata dia dah ada dekat rumah.

Mak Cik Timah ada kunci rumah itu, jadi sebab itu dia boleh masuklah. Sampai sahaja dekat rumah aku terlihat kasut Faris di situ. Maknanya dia dah balik lah. Gembira yang teramat sangat.

Mak Cik Timah berada di dapur mungkin kerana tak nampak kelibat dia di ruang tamu pun. Aku terus menapakkan kaki naik ke atas. Pintu bilik tidur kami, aku buka. Faris tiada bilik itu kosong ja. Di dalam bilik air pun tiada orang. Aku silap kot, mungkin Faris ada banyak kasut yang sama jenis.

Aku turun ke bawah mencari Mak Cik Timah. Dia sedang memotong Red Velvet Cake. " Wow. Ada kek lah! Nak! " macam anak kecil pula gayaku.

Mak Cik Timah tersenyum dan menghulurkan aku kek tersebut yang dipotong lawa lalu diletakkan di atas piring. Cepat saja kek tersebut masuk ke dalam mulut aku.

" Ermmm sedapnya. Mak Cik Timah beli dekat mana? "

" Faris yang beli. "

Aku meletakkan sudu di atas piring itu semula. " Dia tak ada pun dekat bilik. "

" Dia ada dekat bilik dia. "

" Maknanya yang sebelah bilik kami tu lah? "

" Yelah Sephia oiii. " katanya sambil ketawa.

Aku masih lagi binggung kenapa dia guna bilik itu? Pintu bilik itu terkunci pula tu. Apa dia buat? Ada girl lain ka? Eh tak logiklah.

💎💎💎

Bonjour!!
Apa Faris buat weh? Siapa boleh teka?
Vote and comment!
I nak minta maaf I tak pandai bab kenduri/majlis kahwin ni. 😂

I akan update sambungan dia. Korang jangan gerun tau.

S E P H I AWhere stories live. Discover now