S.39

22.1K 468 18
                                    

Jam di dinding menunjukkan tepat 05.50 pagi. Maknanya subuh dah masuk, nyenyak gila tidur semalam. Aku toleh ke sebelah kanan jarak muka aku dan Faris hanya tinggal seinchi. Patutlah nyenyak aku tidur di atas lengan dia.

" Apalah kau ni Sep kata merajuk still tidur dekat dengan dia ni. . " bentakku sendiri.

" Dia tu siapa? Suami you juga. " mata dia masih terpejam tapi senyuman sudah terukir.

" Eiiiiii. FARIS NI!!! "

" YA SAYA! " jawabnya macam aku cikgu dia murid.

" Hm. . dah subuh! " balasku sambil menatap wajahnya yang semakin pulih.

" Pergi mandi! Kita solat sama-sama. "

Aku bangun perlahan-lahan, mana mungkin bangun selincah dulu. Perut sedang meninggi ni. Lenganku dipegang oleh Faris. " Morning kiss I mana? " baru mulut dia bersuara.

" Tak ada. "

" Kenapa tak ada? "

" Semakin pudar rasa, semakin hilang ciuman itu. " balasku padu. Aku terus meloloskan diri daripada disoal lagi oleh dia.

Setelah selesai mandi dan memakai telekung. Aku tunggu Faris di atas tikar sejadah. Tak lama selepas itu kami mula menunaikan solat subuh.

Salam ke 2 dilafazkan, seperti selalu dilakukan Faris akan menghadap aku untuk membacakan doa. Hatiku ni dah bengkak menanah tersangat-sangat. Habis saja doa aku terus membuka telekungku. Faris menghulurkan tangan kanannya untuk aku salam.

Aku menghadiahkan dia sebuah pandangan kosong. Tak rasa nak bersalaman dengan dia pun pada waktu itu.

" Sayang. . you tak nak mulakan pagi you dengan restu suami you ka? "

Malas nak membalas dengan kata-kata tangannya aku sambut dan aku salam dekat pipi.

" Sejak bila salam dekat pipi? " dia tak lepaskan tanganku. Mahu aku salam betul-betul la tu. Aku buat hal lagi salam dekat dahi.

" Dahi pulak? " senyuman dia sudah mula nakal.

" K! " aku mencium tangannya. Itulah yang aku lakukan setiap hari dan siap.

" Sayang you sangat-sangat. "

Aku hadiahkan dia sebuah senyuman sinis. Walaupun aku tak pasti aku benci sikap dia, kata-kata dia, kesilapan dia. . atau dia. Faris!

💎💎💎

Aku lapar tersangat-sangat, terus aku bersiap. Memakai dress berwarna pink dan tudung berwarna kuning air. Tapi ada satu masalah bila mana aku tak boleh nak ikat tali dress ni. Tali dia dekat belakang, struggle banyak kali masih tak boleh.

" Meh sini. " dia merapati tubuhku. Faris pun sudah lengkap memakai kameja kuning air dan jeans hitam. Dia yang mengikat tali tersebut.

" You nak ke mana? " soalku.

" You pun nak kemana? " balasnya sambil mengenyitkan matanya.

" I nak pergi jumpa boyfriend. "

Dia menarik hidungku. " Pergi jumpa boyfriend atau bawa boyfriend jalan-jalan? "

" Hah? "

Faris terus tersenyum girang dan meraih kedua-dua belah tanganku. " Doktor you call dia cakap we will get a baby boy. "

" What? SERIOUSLY? " kerana terlalu gembira aku terus peluk Faris.

Tiba-tiba aku tersedar sesuatu iaitu aku sedang merajuk dengan dia. " Eh silap. Pergi jauh-jauh. "

" Nak merajuk lagi ka? "

" Entah. " tanpa sebarang perasaan aku jawab.

Tudung bawal aku yang tak berapa nak muncung ni dibetulkan oleh Faris. " I tahu benda yang I buat tu tak layak dimaafkan. Tapi I harapkan kemaafan you. Suatu hari nanti you akan tahu kebenarannya. Sekarang bukan masa yang tepat nak cerita semuanya. So I'm sorry. " pipiku disentuh lembut.

" I maafkan you. Benda tu dah lepaskan tapi ya. . I agak terkesan. I minta maaf juga sebab biadap dengan you. "

" You emo ja. . kan baby? " perutku diusap.

💎💎💎

Dalam perjalanan ke kedai makan, kami berbual seperti biasa macam tak ada masalah. Ya aku rasa aku perlu maafkan Faris. Zoey? Tahu la aku nak ajar dia. Daripada kafirun tu kalau boleh dekat aku masuk Islam terus.

Sekali lagi telefon Faris berbunyi, ada panggilan daripada seseorang. Private number!

" Hello? Waalaikumussalam. "

" What? Kau biar betul Rashdan? "

" Aku dekat Perak. "

" Apa ni? "

Riak muka Faris macam ada masalah besar saja. Aku cuma yakin yang call dia itu Rashdan. Apa yang terjadi itu aku tak pastilah. Dia selesai menjawab panggilan tersebut.

" Kenapa husby? "

" Zoey buat hal. " kereta dihentikan di tepi jalan. Dia meraut wajahnya. " Dia pergi rumah kita. Dia cederakan Mak Cik Timah sebab tak nak cakap kita ada dekat mana. "

" Mak Cik Timah dekat mana? "

" Dekat hospital! Rashdan dah tolong settlekan urusan Mak Cik Timah. Isu sekarang apa masalah Zoey ni I pun tak tahu. "

" Dia betul-betul suka kan you. " jawabku sayu.

" Ni bukan soal suka tapi soal obses. Berapa banyak lelaki yang dia enjoy tapi kenapa I juga yang dia nak bergantung. " Faris meletakkan dahinya pada stereng kereta.

Aku menggosok belakang badannya. " Mungkin sebab you tak macam orang lain. "

" Apa maksud you? " dia terus tegak dan pandang aku.

" You're not normal. Perhaps she knows about that. "

" I don't think so. "

" Hmmmm. " aku mengangkat kening.

Kami teruskan saja tujuan utam tadi hendak pergi makan. Percutian masih diteruskan, Faris tak nak balik sebab dia kata Rashdan ada untuk uruskan hal Mak Cik Timah. Lagipun aku call Mak Cik Timah, dia sendiri cakap dia okay dan luka sikit dekat siku.

Aku tak izinkan Mak Cik Timah ke rumah kami. Dia boleh berehat di rumahnya untuk beberapa hari.

💎💎💎

Bonjour!
Vote and comment!
❤❤❤

S E P H I AWhere stories live. Discover now