" Husby? Faris? May I in. . ? " sambil aku mengetuk pintu bilik tersebut.
" NOOOO! Pergilah Sephia. Jangan ganggu I. " jerkahnya dari dalam bilik.
Hati mana tak terguris dengar orang yang kita sayang cakap macam itu. Air mata yang hendak membasahi pipi cepat saja aku sekat. Malas nak berlebihan.
" Faris? You okay ka tak? "
Dengan nada penuh geram dia membalas. " Just take care of yourself.!! "
Haah! Semakin laju air mata ini, kononnya malas nak berlebihan. Apa salah aku? Sebelum dia pergi, kami tak gaduh apa-apa pun. Apakah ini Faris?
Aku bersandar pada dinding sebelah pintunya. Mata memerhati pintu bilik tersebut semoga terbuka. Rantai yang Faris bagi dekat aku juga entah kemana. Aku rasa dia dah ambil kembali, kenapa sampai aku tak boleh tahu apa yang ada dalam fikiran dia?
Tangisan ini aku tak jumpa penghujungnya. Puncanya Faris dan sudah pasti Faris saja yang mampu menghentikannya.
💎💎💎
Faris's POV
Mungkin percakapan aku terhadap dia agak kasar. Tapi aku tak tahu macam mana nak menghalang dia daripada berjumpa dengan aku. Bukan sebab benci, sesungguhnya aku juga merindui dia sangat-sangat. Nak ja aku peluk dia erat-erat tapi bukan sekarang.
Pintu bilik aku buka perlahan-lahan setelah tidak mendengar esakkan daripada Sephia. Aku tak tahan telinga dengar dia menangis. Nak saja pujuk dia tapi aku tak mampu.
Tiba-tiba aku terlihat sekujur tubuh yang aku rindui sedang tidur bersandar pada dinding. Mesti sebab letih menangis. Sorry sayang. .
Aku menggangkat tubuhnya lalu dibaringkan di atas katil di dalam bilik kami. Sephia kalau tidur, gorilla jatuh atas bumbung rumah pun dia takkan terjaga dah. Aku selimuti tubuhnya, tak nak dia kesejukkan.
Dia bergerak sedikit akibat aku menarik hidung dia. Pipinya aku kuis beberapa kali. Tak lama selepas itu, perut lapar lah pula.
Aku tutup pintu sebelum itu aku lihat wajah Sephia sambil tersenyum kelat. Kesian pula mendera hati dia, pada hakikatnya aku juga mendera hati aku. Sekurang-kurangnya aku sudah biasa didera.
💎💎💎
Aku turun ke bawah, Mak Cik Timah berada di dapur sedang mengemas.
" Mak Cik Timah. . " aku tersenyum kepada dia.
" Senggih ni mesti sebab lapar. " duga dia padaku.
" Nak red velvet cake yang Faris beli tadi. Lapar! " sambil menggosok perutku.
" Ada lagi sepotong ja. Yang lain semua Sephia dah makan? "
" HAH? SEPHIA? MAKAN RED VELVET CAKE? " dalam hati aku mula berkata kenapa dengan isteri aku ni? Sejak bila makan kek? Sepanjang aku kenal dia mana dia makan kek pernah sekali bagi makan terus muntah.
" Yelah. Takkan Mak Cik Timah nak tipu pula. Mata ni sendiri yang tengok dia makan. " dia menunding jari ke arah matanya.
" Sephia tak makan kek sebelum ni. " sambil aku mula menjamah kek tersebut.
" Dia tak makan? Tapi tadi dia makan eh. . "
" Tu yang Faris pelik. "
" Faris. . Jangan-jangan kamu dah nak jadi ayah. " katanya sambil tersenyum, gembira mungkin.
" Takkanlah baru nak masuk 2 minggu kami berkahwin. "
Mak Cik Timah menuangkan aku segelas jus oren. " Rezeki Faris. . Kita mana tahu. "
" Betul juga kan. " aku masih berfikir wanita kalau pregnant benda yang dia tak suka dia akan suka ka? Macam mana pula dengan benda yang sebelum ni dia suka? Kang dia benci aku pula.
💎💎💎
Aku nekad apapun jadi aku nak masuk juga bilik Faris. Sebab tadi aku call Rashdan dia kata Faris cuti seminggu. Pasal number Rashdan! Aku suruh Mak Cik Timah curi dalam telefon Faris.
Tapi aku teringat kata-kata Mak Cik Timah. " Kalau Sephia masuk jangan terkejut tau. Jangan apa-apa kan Faris pula. "
" Kenapa Mak Cik Timah? Faris buat benda apa? "
" Sephia tengoklah sendiri. "
Berkobar-kobar semangat aku nak tengok apalah yang Faris ni buat. Pintu bilik itu aku buka, tak sangka dia tak kunci pula pagi ni. Atas katil tiada orang. Dengar bunyi air mesti tengah mandi.
Tak sampai 7 minit dia keluar bertuala pada paras pinggang macam selalu. Hanya tuhan sahaja yang tahu aku punya terkejut tengok dia.
" Faris? Apa dah jadi dengan you? " aku menghampiri dia. Seluruh tubuh sasanya aku tilik.
" Macam mana you boleh masuk? Keluarlah! "
" You mana kunci pintu bilik. " aku cuba menyentuh wajah dia. Tangan aku menggigil.
Faris memegang tanganku seperti menghalang. " I tahu you geli. "
" Mana ada! "
" Kalau tak you takkan ketar-ketar macam ni. "
Aku cuba mempertahankan diri. " Logiklah I terkejut. . ni first time I tengok keadaan you macam ni. I tak geli lah. "
" Boleh percaya? "
Faris cuba menduga aku ka macam mana ni? Yarhh, muka dia teruk sangat kot bersisik, berdarah, melupas dekat pipi.
" Yep. . you kena percayakan I. Macam mana boleh jadi macam ni? "
" Sebab matahari kesayangan you dekat Singapore terlalu kejam dekat I. I pergi tapak projek then balik sini. Tak lama lepas tu terus jadi macam ni. I tak nak you tengok muka I yang hodoh ni. " katanya dengan satu nafas. Kah hebat pula suami aku ni.
Kalau tak silap penyakit tu nama dia. . phytophotodermatitis. Kalau tak silaplah. Kesian gila kot dekat Faris, the best part ever jadi dekat muka ja tempat lain tak.
" Ada ubat ka tak? Akan pulih ka tak? I risau! "
" Nanti legalah. . I kan vampire mana boleh hodoh lama-lama. " sebuah senyuman manis dihadiahkan untukku.
" Sebab ni lah you kurung diri dalam bilik? "
" Hehehe. "
" Ermmm. " aku buat muka menyampah. " Kalau setakat hodoh macam ni tak boleh nak buang rasa sayang I dekat you lah. "
" Tak. . I risau you akan takut dengan I. "
" Mulanya I ingatkan you. . "
" Apa? " dia merenung tajam mataku.
" I ingat you monster. " aku terus berlari keluar dari bilik.
" SEPHIAAAA! " walaupun dia jerkah aku tahu dia sedang ketawa pada masa yang sama.
💎💎💎
Bonjour!
Abang handsome dah jelik! 😂😂
Vote and comment!
YOU ARE READING
S E P H I A
RandomWarning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.