S.40

24.2K 482 19
                                    

Faris's POV

Seharian aku bawa Sephia pergi jalan-jalan, langsung aku tak pedulikan bala yang bakal menimpa kulitku. Balik ja dekat resort Sephia punya mak nenek tu lain macam sangat. Siap suruh letakkan ubat la apalah. Aku turutkan saja kata dia, tapi aku dapat rasa lawak disebalik caring dia tu.

Habis saja menunaikan Isyak secara berjemaah, dia sudah terkulai di atas katil. Tak berbantal pula tu. Aku angkat dia perlahan-lahan, lapik kepala dia dengan bantal. Dia bergerak sedikit lalu aku baringkan tubuh di sebelah dia. Selimut aku tarik tapi hanya menutupi tubuh Sephia.

Suhu bilik itu mungkin sejuk bagi Sephia tetapi tidak untuk aku. Lama sangat terdedah kepada matahari buat aku tak rasa sejuk langsung malam itu. Aku mengangkat sebelah tanganku berada di atas kepala.

Otak aku ligat bermain dengan nama Zoey. Apa perempuan ni nak? Kenapa dia perlu tahu aku dekat mana? Apa yang dia tahu tentang aku? Dan yang paling aku pelik. . kenapa dia perlu bermadu kasih dengan bapa dia sendiri?

Bukan itu sahaja yang aku khuatiri, tetapi termasuk bayi yang berada dalam kandungan Sephia. Aku toleh ke arah Sephia dan menongkat kepala. Walaupun sedang tidur wajah itu cukup indah untuk dipandang dan hilangkan stress aku.

" Baby boy. . adakah dia akan jadi macam I? " bisikku.

Sebelum Abang Syakir pergi meninggalkan kami semua dia ada berkata sesuatu. Hanya aku yang tahu hal ini. Hal yang cukup berat untuk aku terima dan lalui. Bayangkan kalau anak lelaki aku macam aku!? Diri sendiri pun susah aku nak kawal apatah lagi orang lain. Emosi orang macam aku ni susah sangat nak kawal.

Rambut Sephia yang diikat satu itu aku lepaskan perlahan-lahan. Rindu tengok rambut paras bahu itu terjuntai.

Kesan syampoo rambut Sephia yang aku sentuh tadi, seperti melekat di jari jemari aku. " Wanginya sayang. . " ligat rambut itu menjadi mainan aku.

Sesekali Sephia bergerak sedikit, mungkin kerana tak selesa. Aku dapat lihat mulutnya muncung. " Husby. . . " rengeknya seperti anak kecil.

" Yup? "

" Janganlah. . kacau I mengantuk ni! " dia cuba untuk mengiring ke arah lain.

" Main rambut ja pun sayang. " aku merapatkan mukaku padanya. Aku geselkan hidungku pada hidung dia yang cute itu.

Dengan dukacitanya Sephia terus bersin. Aku terus ketawa! Buat pertama kalinya aku buat macam tu dia bersin. Jab-jab dia demam ka apa ni? Aku meletakkan belakang tanganku pada dahi dan leher dia. Tak panas pun!

" You okay ka tak ni? " soalku selepas itu aku kucup dahinya.

" Flu rindu ni. " mata dia sudah terbuka luas.

" Rindu? "

" Yes. . I miss you. " Sephia terus menarik wajahku. Bibir kami saling bertautan, hebat juga isteri aku ini. Tadi cakap mengantuk ni dah jadi kes lain ni.

Semakin berbunga sebuah cinta, semakin hangat asmaranya. -Anon


💎💎💎

Loceng bilik berbunyi, siapalah main loceng pula ni. Nak kata Faris sengaja mengusik tak mungkin sebab dia sedang terbaring di sebelah aku. Malasnya nak bangun. .

" Husby.  . wake up and please open the door. " aku mengoyangkan tubuhnya. " Hey. . !!! "

Dalam penuh rasa mengantuk, dia bangun untuk bukakan pintu. " Hahhhh noooo! " dengar dia jerkah dan tutup semula pintu.

Dia menuju ke arah aku. " Sayang you pergi masuk bilik air. "

" Why? "

" You're naked. . and Ain dah sampai! " katanya tegas.

" What? Mana Ain tahu kita dekat sini? "

" Itu tak penting. . go now! "

" Okay. . ! "

💎💎💎

Faris's POV

Tak sangka langsung Ain boleh tahu kitorang ada dekat situ. Sehari suntuk juga kitorang kena usik dengan minah ni. Nak jadi mak bapak orang still berhoneymoon! Buka pintu tak jemput masuk! Macam-macam lagilah.

" Adik diam lah. . suka ungkitkan dia ni. " aku tarik tudung dia sampai herot.

" Apa abang ni. . hodohlah tudung orang. Nanti kalau jodoh lalu macam mana? "

" Kalau dia betul jodoh kau dia akan terima even hodoh. " sampuk Sephia.

Aku dan Sephia terus ketawakan Ain. Biar dia tahu rasa.

Telefon aku berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk.

From : Zoey

Baby?

Yes bitch!?

Bitch? Hahahaha kalau you nak anak you dengan Sephia hidup lama. Belajar cintai I Faris.

AKU DAH CAKAP BANYAK KALI JANGAN GANGGU HIDUP AKU DENGAN SEPHIA. AKU TAK HADAP PEREMPUAN MURAHAN MACAM KAU.

Tanpa berfikir panjang aku terus mengemukakan rancangan aku. Tak semena-mena aku mencelah topik wanita berdua ini.

" Ain. . Abang nak bawa Sep balik UK. Baby kitorang akan dilahirkan dekat sana. Kalau tak ada apa-apa halanganlah. "

" What? " kata mereka berdua serentak.

" Yes. . dah lama I rancang semua ini sayang. . "

" Bila kita pergi? " soal Sephia.

" ASAP! "

" Tapi kenapa tiba-tiba ni abang? "

Aku tersenyum dan menjawab. " Bukan tiba-tiba tapi kejutan. " aku ketawa kecil bagi redakan keadaan.

💎💎💎

Bonjour!
Vote and comment!
Sempat ka diorang ke UK? ADAKAH LARI DARIPADA MASALAH itu jalan terbaik?

S E P H I AWhere stories live. Discover now