Ketika pintu bilik dibuka, aku pura-pura tidur. Siapa lagi kalau bukan Faris. Hanya aku dan dia dalam rumah ini.
" Sephia tidur ya. . sayang. " bisiknya di telingaku. Silap aku juga tidur mengiring kalau tak, tak payah mamat ni bisik-bisik dekat telinga aku.
Aku meletakkan tanganku pada wajahnya. Tak betah nak berlakon tidur lagi.
" Tak! I dah bangun. "
Faris memberikan aku sedikit ruang untuk bangun dan duduk.
" I have something special for you. " dia hulurkan aku sebuah teddy bear.
White teddy bear. Sumpah cute sangat! Tapi aku cuba mengawal diri daripada terlalu gembira. Kang dia kata aku suka sangat-sangat.
Aku mengambil teddy bear tersebut dan meletakkan di atas riba aku. Mata aku masih lagi pada teddy bear tersebut.
" Thank you Faris. "
Faris ketawa kecil mendengar kataku. " So you nak letak nama apa? "
Mata aku masih lagi ligat melihat teddy bear itu. " Tell me your full name? " kataku pada Faris.
Faris duduk menyandarkan belakang badannya pada belakang badan aku. " Syed Faris Idraki! "
" Syed Faris Idraki? Why Ain tak ada Sharifah? "
" Cepatlah you nak letak nama apa teddy tu? "
Adakah dia sedang mengubah topik? Semakin rapat dengan dia ni semakin banyak tanda tanya yang wujud.
" I nak letak nama Idraki. "
" Sebab? "
" Ada Idraki pada Faris. . Dan ada Faris pada Idraki. "
" Alamak! Akak lawyer ni sweet juga erk. . "
Aku tidak membalas apa-apa, aku menundukkan badan untuk mencium Idraki si teddy bear yang berada di atas riba aku.
Tiba-tiba rambutku yang paras bahu ini ditolak sebelah supaya berada di bahagian depan bahu kiri. Faris mengeselkan hidungnya beberapa kali pada rambutku.
" Arghh! " responku. Setelah Faris menggigit leherku. Hendak saja aku hamun dia tapi aku takut dengan emosi dia. Aku terus menggigit bahagian bawah bibir aku.
" Look at me not your new Idraki. . Kiss me not your new Idraki. Because Syed Faris Idraki is starting to miss you. " bisiknya di telingaku.
Tambahnya lagi. " I hope you will hug me like you did to Idraki. "
Tubuh kecilku terus dibaringkan di atas katil. Dia terus naik ke atas tubuhku. Aku memejamkan mata tak sanggup nak melihat apa yang bakal terjadi.
Sebelah tangan Faris memegang kedua-dua belah tanganku di atas kepala. Lama juga kami dalam keadaan sebegitu. Perlahan-lahan aku membukakan mata.
Faris sedang menanti aku dengan sebuah senyuman.
" Kenapa pejam mata? Takut!? " soalnya.
" Hmm . . Ha'ah! "
Hati aku tak keruan apabila melihat Faris yang tersenyum manis berada di atas tubuhku.
" You tak nak kiss I ka harini? " katanya lagi.
Pecah ketawa aku! Mana taknya. . takkan aku nak mengaku aku nak cium dia.
" Akhirnya sayang I gelak juga. Cantik apa kalau you selalu senyum, ketawa macam ni. You tak perlu takut dengan I. I janji Encik Vampire akan datang bila diperlukan sahaja. I takkan cederakan you lagi macam haritu. "
YOU ARE READING
S E P H I A
De TodoWarning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.