S.31

26K 549 18
                                    

Faris's POV

Sampai sahaja di unit kecemasan hospital milik mertua aku ni, terus saja Sephia dirawat. Hampir 2 jam aku menanti hasil pemeriksaan tersebut. Dalam hati tak henti-henti aku mengutuk diri sendiri.

" Faris apa dah jadi? Ibu dah call abang dengan walid. " sambil dia memegang bahuku.

" We ate pizza. . ibu then kitorang adalah argue sikit. Tapi Faris tak buat apa-apa yang boleh mencederakan Sephia. " aku berdehem beberapa kali. Sudah serak teruk suara aku. " Apapun jadi Faris takkan maafkan diri Faris. "

" Dah la jangan macam tu. Lepas tahu hasil pemeriksaan Faris ke bilik ibu ya. . ni ibu nak kena pergi wad kejap. "

" Ha'ah nanti Faris pergi jumpa ibu. "

Ibu bangun dan meninggalkan aku sendirian menanti di situ. Walid dan Abang Syakir dalam perjalanan. Mujurlah ibu bertugas malam ni kalau aku mesti aku dah lupa nak call Abang Syakir dengan Walid.

" Waris kepada Sephia Az-Zahra? " soal seorang doktor cina lingkungan 30an.

" Ya saya. " aku bangun.

" Baby tak mengalami masalah yang teruk. Cuma berlaku pendarahan sedikit pada rahim Puan Sephia. Tapi saya harap Puan Sephia tak diberikan tekanan yang teruk dan kurangkan melakukan kerja berat. Encik dibenarkan jumpa pesakit. Saya minta diri dulu ya. . "

" Thank you. "

Dia menganggukkan kepala dan membuka aku pintu bilik tersebut. Aku hanya membalas dengan angukkan juga. Masuk saja aku merapati katil Sephia, mukanya masih pucat.

Tangannya aku genggam dan aku perasan terdapat kesan lebam di nadi dia. Ni mesti kerja Alif lagi. Perasaan marah waktu itu terlalu memuncak.

" Assalamualaikum. " kata Walid dan Abang Syakir.

" Waalaikumussalam. "

" Macam mana dengan Sephia? "

" Belum sedarkan diri walid, abang. " aku terus menyuarakan permintaan aku. " Faris tinggalkan Sephia dengan walid dan Abang Syakir kejap. . sebab nak jumpa ibu. "

" Haa boleh ja. "

💎💎💎

" Assalamualaikum ibu. " aku menutup semula pintu yang aku buka itu.

" Waalaikumussalam. . duduk Faris. " pelawa ibu sambil menunjukkan ke arah kerusi di depannya.

Aku melabuhkan punggungku dan otak masih lagi buntu. Apa yang aku patut cakap sebagai pembuka bicara?

" Faris. . Sephia ada cakap apa-apa tak? "

Aku memandang wanita itu lama. " Tentang apa ibu? "

" Mimpi ka? Jumpa someone pelik dekat mana-mana ka? "

Aku meraut wajahku beberapa kali. " Baru ni Sephia mimpi jumpa dengan seseorang ni. . dia suruh Sephia pilih antara Faris dengan anak kitorang yang mana Sephia pilih. " aku matikan bicara.

" Apa yang Sephia pilih? " ibu meletakkan pen yang dipegangnya di tempat letak pen.

" Faris. "

Report pesakit yang terbuka tadi ditutup oleh ibu mertua aku ini. " Ada kebaikan ada keburukkan tak kisah apa yang Sephia pilih. "

" Can you make it clear? I couldn't understand. "

" Okay. . listen. Ibu harap Faris takkan sesekali tinggalkan Sephia macam mana papa kamu buat dulu. Dia ingat dengan tinggalkan mama kamu. Mama kamu akan selamat. "

Aku mengangkat pandangan aku melihat wajah Ibu. Telinga aku pasang teliti.

" Ibu tak nampak lelaki yang Sephia panggil Alif tu. Ibu tak tahu pun rupa dia macam mana. . kalau Sephia dah pilih Faris risiko anak kamu untuk jadi macam kalian berdua tak ada. Cuma selagi tempoh 9 bulan 10 hari ni belum habis baby tu dalam bahaya. Tak kisah dalam apa situasi pun. "

" Tadi sebelum datang Faris nampak dia ada dekat rumah kitorang. Tapi Faris tak sempat nak buat apa-apa sebab Sephia terus bleeding. Masuk saja tengok Sephia lepas doktor check. Pergelangan tangan dia lebam. "

Ibu tersenyum tawar. " 9 bulan 10 hari Sephia takkan terkesan dengan Alif tapi baby tu yang akan mengalami keguguran. "

Tubuh aku terus disandar pada kerusi ini. Teramat lemah pula rasa badan ini. Aku harus bersemangat demi Sephia.

💎💎💎

" Kenapa kau ikat tangan aku? Lepaskan aku? Tolonglah! " rayu aku kepada seorang lelaki yang berpakaian semua hitam itu. Aku hanya dapat melihat bayang-bayangnya sahaja.

Bilik itu hanya ada aku dan dia, berteman satu lampu mentol bulat. Mana mampu lampu itu menjelajah ke seluruh bilik. Penglihatan aku samar-samar.

" Faris atau anak korang? " pisau diletakkan di leherku.

" Apa ni? "

" Faris atau anak korang? "

" Aku tak tahu! "

Leher aku dikelar. . Mulut aku terus menjawab " Faris! "

Terus sahaja perut aku ditikam bertubi-tubi. Sakit yang teramat sangat, darah terlalu banyak mengalir keluar. Aku tak bermaya.

Aku terus bangun, peluh mengalir dari dahi ke leher. Mata aku mencari Faris tapi yang ada hanya walid dan Abang Syakir.

" Adik are you okay? "

Soalan hanya tinggal soalan tanpa sebarang jawapan. Ini kali kedua aku mimpi yang sama. Jawapan aku masih sama. Iaitu FARIS!

💎💎💎

Bonjour!
Vote and comment!
Lepas ni akan berlaku 1 kematian. . Siapa erk? 😈
I kembali lagi dengan sebuah kebahagian. Acecece!
Takziah ke atas typo. 😂

S E P H I AWhere stories live. Discover now