S.32

26.8K 535 26
                                    

" Sayang. " sambil pipi aku disentuh oleh Faris. Sudah menjadi tabiatnya bermain dengan pipi dan hidungku.

" Ya husby. "

" Esok you balik dengan Abang Syakir kay. . sebab I kena pergi Seremban but don't worry kali ni I akan balik cepat-cepat. " dia tersenyum manis, sepasang mata kelabu tu sering saja memberikan aku ketenangan.

" I okay ja macam mana pun. " pandangan aku campakkan kepada suasana bilik wad ini. 2 hari dekat sini 2 hari jugalah dapat bunga dari Faris ni. Sebelum ni susah juga dia nak bagi bunga sampai beberapa hari berturut-turut.

" You nak makan? "

" Sayang? " hidung aku ditarik.

" Haa apa? "

Dia muncungkan sedikit mulutnya. " Berangan ke mana? Ke syurga cinta kita? " dia terus saja ketawakan aku.

" Tak berangan pun cuma terfikirkan sesuatu. "

" Fikir apa? " kening kirinya di angkat lama. Curious benor encik suami aku ni.

" Entahlah sejak semalam lagi I rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa. . ya. . harap tak ada apa la. "

Faris mengenggam tanganku dan masih tak lekang dengan senyuman manisnya. " You're always in my thought. Take care and keep smiling for you and our baby. Your smile is my addiction. "

" Addiction la sangat you ni. . "


💎💎💎

Aku sudah lama bersiap dan sedang menunggu kedatangan Firaun kesayangan. Semalam dia kata dia habis kerja pukul 8.00 ni sudah pukul 9.00 ! Aku dekat hospital tempat dia kerja so kesesakkan lalu lintas bukan sebuah alasan yang terbaik.

" Adikkkkk! "

" Firaun muah muah. . "

Dia terus memeluk aku, wajahku berada di dadanya sekarang ini. Sepanjang aku kahwin tak pernah abang peluk aku lagi. Mungkin dia rindu, aku balas peluklan dia sekuat hati. Tiba-tiba aku rasa macam tak nak lepaskan dia saja. Tapi terpaksa dileraikan juga kalau tak macam mana nak balik.

" Adik duduk kejap. " dia mengarahkan aku duduk di atas katil.

Aku tak membantah lalu duduk saja. Abang Syakir berdiri jadi aku harus mendonggak melihat dia. Ni spesis Faris juga ni galah-galah belaka.

" Abang risaukan adik. . risau sangat-sangat. Adik lepas ni jagalah diri elok-elok. Baby. . jangan lupa jaga mama untuk daddy. " ya daddy sejak aku mengandung dia dah cakap anak kitorang akan panggil dia daddy.

" Alarh. . Daddy kan ada nak jaga mama. Baby kata bukan adik. " aku ketawa kecil.

" Daddy tak selalu nak ada dengan mama awak ni. Sebab dia nakal, dia banyak cakap, dia lah segala-galanya. Dia lah kaca, dia jugalah permata. Abang sayang adik. " dia menghadiahkan aku sebuah senyuman yang agak asing bagi aku hari ini. " Dah jom. "

Beg aku dipegangnya. Aku hanya berjalan tanpa membawa apa. . bawa diri sahaja.

" Sebelum lupa. . Faris kirim salam. "

" Waalaikumussalam. "

Kami sudah berada di tempat parkir kereta. Ibu sedang duduk bertenggek di keretanya yang diparkir sebelah Abang Syakir. Aku terus menuju ke arah ibu dan bersalaman dengan ibu.

Seronok berbual-bual dengan Ibu tiba-tiba ada lipas lalu di antara aku dan ibu. Aku terkejut dan terundur ke belakang.

" Sephiiiiaaaaaaaa. " tengking Abang Syakir.

Tangan aku ditarik sehingga berada dalam dakapan ibu. Tapi Abang Syakir terdorong ke depan akibat daripada menarik aku kepada ibu, dan dia dilanggar oleh kereta tersebut.

Ibu terus menanggkat kepalanya berada di atas paha ibu. Darahnya sudah mula mengalir daripada kepala dan hidungnya. Ibu mana tak menangis melihat keadaan anaknya begitu.

" Sep. . ibu. . abang minta maaf kalau ada buat salah. . dan silap. Ampunkan abang. . minta maaf bagi. . pihak abang dekat Faris dan walid. You're the best. . family and I'm grateful a lot. Jaga baby adik baik-baik. Kebumikan abang dekat kampung dengan atok. "

" Syakir. . jangan cakap macam ni. Syakir. . Syakirr ! " ibu terus memeriksa nadinya di leher dan pergelangan tangannya.

Ibu menggelengkan kepala. Aku? Tak tahu nak cakap apa yang aku rasakan. Setitis pun air mata aku tak mengalir, aku langsung tak terkesan.

💎💎💎

Perak | Faris's POV

Sejak aku sampai aku belum ada betul-betul ruang untuk temankan Sephia. Aku turut sama mandikan jenazah, kebumikan jenazah, gotong-royong masak untuk tahlil pada sebelah malam. Tapi aku sempat bertanya kepada ibu Sephia macam mana? Ibu kata dia tak makan hanya minum, bercakap pun benda penting saja.

Tahlil pada malam pertama itu sudah selesai. Pukul 11 malam baru semuanya selesai dan semua tetamu pulang. Aku masuk ke dalam bilik, Sephia sudah berada di dalam bilik. Ini kali pertama aku di kampung dan duduk di kampung. Mujurlah rumah opah Sephia ni bukan rumah kayu kalau tak apalah nasib aku. Boleh dikategorikan sebagai banglo la juga.

Aku baringkan tubuh aku yang terasa azab teramat ini. Dari KL ke Seremban dan dari Seremban terus ke Perak. Habis saja mensyuarat, Rashdan aku arahkan dia balik dengan train. Aku memilih untuk drive sendiri ke sini. Kesiankan Rashdan pula, dia ada mempelawa diri untuk temankan aku tapi aku menolak.

Tubuh aku mengiring ke tepi, Sephia lebih selesa tidur melentang. Aku tatap wajah itu, matanya belum berhenti mengalirkan air mata. Aku mengambil bantal peluk yang berada di antara kami ini. Bahu Sephia aku raih, perlahan-lahan aku mengiringkan sedikit badannya kepada aku. Bantal itu letakkan di belakang badannya. Aku tak nak dia sakit pinggang.

Dahinya aku kucup lama. Aku tahu dia sedang kehilangan orang yang dia amat sayang. Lelaki itulah yang bersama dia ketika membesar. Lelaki itu yang menjaga dia sebelum aku menjadi yang sah.

" Take your time sayang. . I akan sentiasa doakan you supaya kekal cekal dan berjaya mengharungi ujian ini. "

Sepasang mata itu terbuka luas melihat aku. " I can't sleep. . "

" I temankan you. . sampai you boleh tidur. " mata yang sudah sembab itu aku sentuh perlahan-lahan. " Sephia. . I love you. "

Sephia terus pejamkan matanya, aku tahu memang sukar untuk tidur kalau kita teringatkan seseorang. Aku meletakkan tapak tangannya di dadaku. Dan perlahan-lahan aku menepuk tangan itu. Aku mahu dia rasakan kehadiran aku. Sebelah tanganku sudah menjadi bantal buatnya.

" Good night Sephia. . "

" Good night husby. "

💎💎💎

Bonjour!
Vote and comment!


S E P H I AWhere stories live. Discover now