Tak pasti rancangan apa yang aku tengok dekat televisyen ini. Tonton tanpa perasaan dan nafsu. Aku dengar pintu rumah dibuka. Baru pukul 12.00, aku terus ke ruang tamu utama.
" Hi sayang. . " kata Faris sambil melambaikan tangannya.
" Husby? You dah balik? "
" Ha'ah kerja dekat pejabat sikit ja. . settlekan dan I terus balik. Sayang pergi siap! Packing barang kita pergi jalan-jalan. "
Terbuntang mata aku. " Tiba-tiba? "
" Yup. . lama dah kan kita tak bercuti? Jomlah. " dia menuju ke arah aku dan memimpin tanganku seperti anak kecil.
Lepas zohor kami mulakan perjalanan, aku tak pasti ke mana Faris nak bawa aku. Tanya tapi dia tak cakap sama ja perangai dia dengan Ain. Yelah dua beradik ni serupa ja perangai diorang. Beberapa hari lepas Ain teman aku shopping. Dapat juga jumpa businesswoman yang busy tu.
💎💎💎
Faris's POV
Sengaja aku tak nak cakap dekat Sephia ke mana kitorang nak pergi. Best apa kalau sekali sekala buat suprise padahal aku yang excited nak ke tempat yang kami tuju ini. Tak lama memandu perut mula menyanyi lagu opera pula. Aku lupa yang aku tak sempat breakfast, mesti Sephia pun lapar ni.
Aku singgah di RNR, sejak Sephia mengandung sudah menjadi tabiat aku untuk kejut dia tidur dengan menggosok perutnya. " Sep. . baby. . jom lunch? I lapar lah. "
" Tak larat nak jalanlah. . " katanya sambil memuncungkan mulutnya. Ya Allah manjanya, nasib sayang kalau tak aku tak layan dah.
" Muncunglah mulut tu I kiss kang. . you nak makan apa? Kita makan dalam kereta ja! "
" Donut! " dia tersenyum girang dekat aku.
" Donut ja? " sebelah kening aku angkat.
" Ya! "
" Yakin? "
" Yes. . yakin! "
💎💎💎
Hampir 10 minit jugalah Faris keluar beli makanan. Maklumlah cuti sekolah mesti orang ramai. Dalam hati aku masih lagi tak senang duduk ke manalah dia nak bawa aku ni. Kelibat dia muncul lalu dia masuk ke dalam kereta.
" Yours! " hulurnya.
" Thank you husby. "
" Most welcome dearest wife. "
" You makan apa? " soalku.
" Kebab. Nak? "
" Tak nak. "
Aku dengan Faris mula menjamah makanan sambil berbual kosong. Ada sesekali dia akan menarik hidung aku andai aku membantah kata-katanya. Lama duduk di situ kereta yang memakir juga silih berganti. Sebuah kereta Honda CRV diparkir pada arah bertentangan dengan Volkswagen Jetta milik Faris.
Lelaki di dalam kereta itu memang tak dikenali tetapi wanita yang bersama dia itu.
Faris meletakkan semula kebabnya ke dalam plastik. " Zoey! "
Aku memerhati raut wajah Faris, dari wajahnya jelas kelihatan dia terkejut. Aku pun terkejut, Zoey memakai skirt pendek dan baju yang hanya bertali satu halus. Sebelum turun dari kereta mereka sempat bermadu asmara macam suami isteri.
" Husby. . tu husband dia? "
" Tak! Dia belum kahwin. Tu ayah dia kalau I tak silap. "
Aku menampar bahu Faris. " You ni agak-agaklah takkan dia buat benda tu dengan ayah dia. "
" Tak pastilah I. Biarkan dia. Semakin terus dia punya gila seks. "
" Gila seks? "
" Yeahh. Zoey tu gila seks. . Rashdan pun dia pernah goda. Nasib iman mamat tu kuat. " katanya sambil ketawa dan minum air kotak.
" You? Pernah dia goda. "
Terus tersedak suami aku tu. Aku cepat-cepat menggosok belakang badannya. " Eh you ni! "
" Kalau dia goda I dah lama I tampar muka dia. "
" Yelah tu! Entah-entah menerima ja tadahan. "
" Sep. . you tak percayakan I ka? "
" Entahlah. Kita nak pergi mana ni? " sengaja aku menyoal mana lah tahu dia akan terlepas cakap dengan keadaan macam ni.
" I tak mudah tewas. . just wait and see. Kalau nak tidur silakan. Papa tak nak baby letih. "
" Sayang baby jelah? " dugaku.
" Kalau tak sayang mama mana mungkin bakal ada baby. " dia ketawa lagi.
💎💎💎
Perak
" Jom turun! " Faris mengajak aku turun di sebuah kawasan perkuburan. Macam dia tahu-tahu ja aku rindukan Abang Syakir.
Aku meraih lengannya, mata aku sudah berkaca kerana sebak dengan sikap suami aku yang terlalu memahami. " Thank you. I bersyukur sangat dapat suami macam you. "
Dia mengesat air mataku. " I tak pernah ada abang. . dan I bersyukur dapat berkahwin dengan you sekurang-kurangnya walaupun sekejap I rasa juga kasih sayang seorang abang. He was a nice man and his heart full of sincerity. "
" Yarh. . " aku menangis sambil berdengus.
" I tak nak anak I lupa yang diorang pernah ada daddy macam Abang Syakir. Ya diorang tak sempat tengok tapi kita bagi peluang untuk diorang rasa kewujudan dia. Doakan dia. "
Kami sama-sama membacakan yassin di pusara Abang Syakir. Pada waktu itu matahari taklah terlalu terpacak di atas kepala kerana sudah mahu menjengah ke senja. Ada beberapa orang sudah ke surau sebelah kawasan perkuburan ini, kerana lagi sejam azan maghrib.
Setelah selesai kami berdiri bersama-sama. Mata masing-masing belum lekang memerhati pusara tersebut. Aku tak tahu apa yang Faris fikir kerana aku lupa hendak memakai rantai yang dia beri.
" I love you abang. " -Sephia
" Faris dah janji dengan abang dulu untuk jaga Sephia baik-baik. Doa Faris untuk abang takkan pernah lekang kerana abang Sephia masih berdiri sihat di hadapan Faris. Terima kasih Abang Syakir. " -Faris
💎💎💎
Bonjour!
Vote and comment!
Tkasih atas sokongan kalian yang padu. Sayang korang. 😍
I tak pasti otak I akan sampai ke mana tapi I akan cuba sebaik mungkin.Follow my ig : thenasyh
YOU ARE READING
S E P H I A
De TodoWarning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.