S.21

43.1K 697 21
                                    

" Sayang. . Good morning! "

" Good morning! Erm.. Faris you janganlah ganggu minda I malam-malam ni. "

" Eh. . Tadi you jawab good morning bukan good night. Tepat 6.00 pagi! Sekarang! "

" So what? "

" Sephia sayang! Jom solat subuh sekali. "

" Sorry! Menses! "

" Opss sorry. Tidurlah sayang. "

Kedengaran dinding bilik ditepuk oleh Faris beberapa kali. Faris berada di bilik sebelah bilik aku. Kami hanya dipisahkan oleh sekeping dinding simen konkrit apa bala tu. Sorry aku bukan budak arkitek atau juruukur bahan.

Aku terjaga daripada tidur jam menunjukkan tepat 8.30 pagi. Hari ini aku kena keluar beli barang untuk majlis yang tinggal lagi 2 minggu sahaja. Majlis apa? Majlis bertunang + akad nikah.

Ya sekaligus. Memang itu niat ibu kalau anak gadis dia nak kahwin. Majlis pertunangan dan akad nikah pada hari yang sama. Apa motif? Aku tak tahu.

" Faris! "

Tak disahut!

" Ohhh my husby! "

" Tu yang I nak dengar. Sejak balik Malaysia you tak pernah panggil I husby lagi. Sebelum ni selalu ja. "

" I dah siap! "

" I pun! Tapi naik apa ni? "

" Kereta I lah Faris handsome. I drive. . "

" You power ka drive? "

" Mestilah padu! "

Kami turun ke bawah bersama-sama. Tak sangka handsome terlebih pula Faris dengan hanya memakai t-shirt lengan 3suku dan jeans. Rambut dia yang perang tu. Ohh tuhan lemahnya imanku.

Aku masih teringat ibu tanya pasal rambut dia. Samaada asli atau tak? Memang rambut asli dia warna macam itu dah.

Masuk saja dalam kereta Mini Countryman. Faris dah mula rasa cuak. Ni mesti kes tak yakin dengan aku.

" Jab you tak nak betulkan tudung ka apa dulu ka? " soal Faris.

Sepasang mata kelabu milikknya itu aku renung lama. Mahu menzahirkan kerinduan yang memuncak. Rindu nak peluk nak kiss nak macam-macam seperti dahulu kala. Dahulu kala refer kepada 3 tahun lepas.

" Encik Faris boleh la kalau nak ikat tali kasut ka apa ka boleh berbuat demikian sekarang! Jelas kelihatan you tak yakin I boleh drive. Nak I tunjuk lesen ka? "

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Eh. . Mana ada! Drive safe sayang. "

" Husby. . Macam mana you boleh power bertaranum bagai? I nak tanya dah banyak hari. "

" Dulu I sekolah. .  " dia berbisik.

Aku tak dapat tangkap dia kata apa. " Ulang sekali lagi! Sekolah mana? "

" Erm. . aga. . ma! "

" Ya tohan biar benar ini? Hahahahahahahahahahaha! " ketawa paling besar sekali pernah aku ada aku luahkan.

" Best gelakkan I? "

" You're my awesome man. " mataku fokus kepada pemanduan.

" Yarhh. . ! " dia tersenyum kepada aku. Manisnya!!

" When will you be my vampire again? " soalku.

" Selepas kahwin. So better you bersiap sedia. "

" Ehh. Gerun pula I. "

💎💎💎

Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri kepada Syed Faris Idraki bin Syed Iskandar. Tapi sayang sekali aku tak sempat nak tengok keluarga mertua aku kerana mereka telah kembali kepada-Nya.

Apapun, keluarga mertua susuan aku ada. Ain berada di sisi aku sebagai seorang sahabat baik dan juga adik ipar. Aku seusia dengan dia sudah berumah tangga dengan abang dia pula tu.

Majlis bertunang x akad nikah tu berjalan dengan lancar. Ramai kawan dan adik beradik ibu dan walid yang turut hadir. The best part bila mak cik si Faris ni kawan sekelas yang merangkap kawan baik Ibu waktu zaman sekolah dulu. Dah macam reunion pun ada.

Malam menjengah, majlis resepsi akan berlangsung lagi 4 hari. Kami adakan pada satu hari sahaja. Kedua-dua belah pihak pada satu hari di hotel pilihan Faris.

Walid dah bagi arahan ikut Faris balik rumah Faris. Ish walid ni halau pula orang. Katanya tak baik tinggalkan suami. Aku kena turutkan juga.

Jarak rumah parents aku ke rumah Faris tak ada lah jauh sangat. 20 minit macam tulah.

" Sayang dah bisu ka? "

" Kenapa you tanya macam tu? "

" Yelah diam ja. "

" I nervous! "

" Kenapa ni. .? " Faris mengenggam sebelah tanganku.

" Tak ada apalah. " aku tersenyum hambar.

💎💎💎

Sampai sahaja dekat rumah aku terus mandi dan pakai baju cepat-cepat. Jadi macam tak biasa pula tidur sebilik dengan dia. Padahal kami selalu ja dulu tidur sebilik. Awkward!!

Aku bermain telefon manakala Faris sedang mandi. Hati aku berdegup kencang tersangat kencang.

Aku dapat dengar pintu bilik air itu dibuka. Walaupun tangan memegang telefon. Mata aku pada sekujur tubuh yang tegap dan basah itu. Ditambah dengan hanya tuala yang menutupi paras pinggang dan ke bawah. Ini pertama kali aku melihat Faris sebegitu.

Sebelum ni kalau mandi dia guna bilik lain. Bibir aku gigit sekuat yang mungkin. Malu tapi suka. Rambutnya yang tak terurus dan basah itu lagi menyerlahkan lagi ketampanan dia.

Aku terus meniarap badan dan wajah aku menghadap kepala katil. Tak lama selepas itu Faris turut berbuat begitu.

Malah tangannya mula memainkan peranan. Menyelinap masuk ke dalam baju tidur yang aku pakai ini. Menyentuh belakang badan aku. Ini kelemahan terbesar aku.

Dia terus melentangkan tubuhku dan perlahan-lahan merangkak naik ke atas tubuh aku.

" Sekarang? " soalku.

" Yuup! "

Faris hanya memakai seluar pendek. Menguji betul!

Bibir kami saling bertautan. Rambutnya yang separa kering itu menjadi mainan aku. Tak lama selepas itu dia melarat ke leher aku.

" Arghhh! " terasa dia menyedut darahku keluar.

Dahiku aku dikucup. " Good night! I tahu you letih. I pun letih. " mata kirinya dikenyit.

Terus dia baring di sebelah aku. Seperti selalu wajah aku akan disembamkan pada dadanya. Tangannya melingkari tubuhku.

💎💎💎

Bonjour!
K dah kahwin. Settle! And wait for a lot of tragedies.
Vote and comment!
💜💜

S E P H I AWhere stories live. Discover now