Faris's POV
Buku ini yang tadinya aku ambil, aku letakkan kembali di tempatnya. Gambar itu juga begitu berada di tempat asalnya dalam buku tersebut. Sehingga ke malam aku di sini. Boleh la aku anggap yang aku dah tenang.
Aku menuju ke bilik aku. Bilik yang menjadi tempat sembunyi aku. Lampu aku buka tetapi kelihatan Sephia tidur di atas katil tersebut. Aku tak pasti kenapa dia ada dalam bilik itu. Dalam akal fikiran aku mungkin dia gunakan laptop aku lagi. Aku menghampiri dia.
" Apalah sayang ni tidur pun tak berbantal. " aku membetulkan kedudukkan dia dan meletakkan kepalanya di atas bantal.
Skrin laptop masih menyala. Dia sedang berhubung melalui emel dengan seseorang. Emel itu bukan daripada syarikat dia yang aku sedia maklum. Aku terus sahaja membaca isi kandungan emel tersebut.
Rupa-rupanya Sephia akan mula berkerja berdekatan dengan aku. Berkerja bersama walid. Mengikut kontrak yang dihantar ini Sephia akan mula berkerja di pejabat selepas dia lahirkan anak kitorang. Tapi dalam tempoh dia mengandung gajinya tetap diberikan.
Sephia bergerak sedikit dan berada betul di pahaku. Terasa jari jemarinya yang halus berada di pahaku.
" Rindu you sayang. . " aku bermain dengan pipinya yang mulus itu.
Daripada pahaku tangannya beralih ke perutnya. Dia menekan perlahan-lahan perutnya. Sah dia lapar!
" God, aku lupa nak masaklah. Sejak pregnant Sephia mana boleh masak. Mesti dia lapar. " aku meraut wajahku beberapa kali.
Aku terus memegang bahu Sephia. " Sayang. . sayang! "
Matanya belum terbuka. " Hmm apa Faris? "
" Jom dinner? "
Dia membukakan mata dia perlahan-lahan. " I lapar. . " Sephia bangun dan bersila di atas katil ini.
Aku usap perut dia dari atas ke bawah beberapa kali. " Kesian anak papa. . mesti lapar. Sorrylah papa lupa nak masak harini. Anak papa nak makan apa? "
Tak sangka langsung cepat mood isteri aku ni berubah. Yelah daripada marah-marah dekat aku tiba-tiba sahaja girang balik.
" Erm. . Nak pizza? " ala-ala manja dan comel ujarnya.
" You're too cute sayang. . I tak mampu nak menolak. "
💎💎💎
Pizza delivery jelah malam-malam ni. Takkanlah Faris nak keluar pula kan. Sayang sekali dia tak tahu buat pizza kalau tak mesti best. Aku hanya menatap pizza tu. Tak rasa nak makan la pula.
" For you. " dia hulurkan padaku piring berisi pizza.
" Not in mood to eat. " aku menongkat daguku dengan kedua-dua belah tanganku. Jari-jari aku mendarat di pipi gebuku ini.
" I suapkan nak? Kesian lah dekat baby tu. "
" You suapkan? Nak-nak. "
Banyak pula aku makan sambil bila Faris suapkan. Mula timbul rasa bersalah aku dekat dia. Yelah aku tak dengar penjelasan dia pun.
" Husby. . Please forgive all my wrongdoings. "
Dia meletakkan pizza di atas piring kembali. Hidung aku ditarik perlahan seperti selalu. " You tak salah. I yang salah! I tak ada apa hubungan dengan Zoey. Tadi dia tiba-tiba ja pura-pura jatuh atas I. Tak sangka you datang. "
" I percayakan husband I lebih daripada orang lain tapi baby ni hah suruh mama merajuk juga dengan papa. " aku ketawa dengan ayat aku sendiri.
" Salah baby juga! Padahal mama yang nak merajuk. " katanya lalu dia merapatkan kerusi kami. Tangannya dilapkan pada tisu.
Dia menyentuh pipiku. " No more tears. You're mine and I'm yours forever. "
" Faris. . " aku memeluk dia.
" Choose the right one or you'll regret. Set me as your last options. Remember that okay!? "
" You're the first. " aku mula dirundung kesedihan.
" Our child? "
Aku mengangkat wajah dan merenung sepasang mata kelabu itu. Apa yang dia cuba sampaikan? Dia akan tinggalkan aku? Dia nak pergi mana?
" Apa sebenarnya ni? " aku terus bangun dan meninggikan sedikit suara aku.
Dadanya aku tampar bertubi-tubi. " Apa ni Faris? You nak tinggalkan I dengan bakal anak kita? "
" Tak. I tak berniat macam tu. "
" Habis tu apa? "
" Apapun jadi I ada dengan you Sephia. I dah janjikan! "
" So jangan cakap yang bukan-bukan. I benciiii. "
Semakin deras air mata aku mengalir. Aku rasa sesuatu yang kurang enak bakal berlaku.
" Arghhh Faris. " tanganku sudah berada dia kawasan bawah perutku.
Cecair merah pekat mula mengalir dan mencecah ke lantai. Dress putih yang aku pakai ini sudah berubah warna.
" Kita pergi hospital. "
" Sakit Faris. " sebelah lagi tanganku mengenggam tangannya. Mengharapkan sokongan.
Faris terus mengendong tubuhku. Dalam situasi itu, mata aku terpandang pada satu arah. Melihat susuk tubuh yang gelap sedang memandang kami berdua.
Tetapi sakit ini tak dapat diatasi sehingga aku tak mampu nak berkata apa-apa kepada Faris.
💎💎💎
Bonjour!
I'll busy for a couple days.
Hmm anggap I pergi cari ilham yelah nak mendalami watak Zoey dan Alif. Kgurau ja.
Vote and comment!
😘😘😘
YOU ARE READING
S E P H I A
RandomWarning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.