Bayangkan kami baring bertiga di atas katil. Ain di sebelah kiri, Faris di sebelah kanan manakala aku ditengah-tengah. Demi keselamatan aku diorang arahkan aku berada di tengah. Masing-masing menyandarkan badan pada hujung katil sambil melayan The Fate of the Furious (FF8).
Ain mula bersuara. " Tadi kan Sep ada orang mengadu dekat aku. . "
" Mengadu apa? " langsung aku tak toleh ke arah dia. Tangan kanan aku dan tangan kiri Faris saling berpelukkan.
" Mengadu wife dia tak buat latihan matematik dah 3 hari. . so aku diupah untuk ingatkan kau. "
Terus terburai ketawa aku, ya aku lupa. Selalunya sekurang-kurangnya 20 soalan matematik aku kena siapkan dalam sehari. Bak kata Faris for our baby's sake.
" Eleh poyo jelah encik laki aku ni. " lengan Faris aku cubit halus.
" Ain dan Sephia sayang. . diam dan tengok tv elok-elok. Susah nak fokus lah korang ni. Ain pun satu time ni lah nak bebel. "
" Abang yang bebel. Ain cakap sikit abang yang lebar. "
Ain dah mula merajuk la tu. " Bukan kau tak kenal Faris. " kataku.
" Faris ngek. " Ain tersenyum kambing.
Faris hadiahkan dia sebuah jelingan maut. Aura yang menyatakan dia nak ketawa terus padam. Filem ditonton sambil menikmati kitkat dan air soya. Itu saja persamaan kami bertiga yang lain. . SASAR!
" Abang dengan Sep dah ada nama baby? " Ain menyoal taktkala melihat aku dan Faris saling berpandangan.
Faris mengalihkan pandangan kepada dia. " Belum. Kitorang baru ja tahu gender baby. "
" Hm. . prince or princess? "
" A prince from a handsome king and. . a gorgeous queen ! "
" Idrakis. . sudah ada pewaris la. Good job abang. First try and already got it. . " dia menepuk tangan macam Faris menang award la pula.
" Thank God. " Faris mengangkat kening kirinya.
Aku di tengah-tengah hilang topik. Ya. . Aku tahu harta dia banyak sebab tu dia nak anak lelaki dan lega dia dapat. Tapi terlalu awal nak berbual-bual tentang harta dan pewaris. Baby belum dilahirkan lah.
" Nak suggest nama? Boleh? "
" Nama apa? " kataku dan Faris serentak.
" Faiz or Syamel? "
" Thanks adik. . at least you bagi kitorang idea. "
" Adik nak say thank you dekat Sephia Az-Zahra a.k.a. kakak ipar yang cantik di dunia ni. Sebab sudi terima abang adik yang banyak kekurangan dia. Kau lengkapi abang aku Sephia. Thank you sayang. " dia kiss pipi aku.
" Aku pun bersyukur dapat Faris sebagai suami aku. Terima kasih juga sebab jaga abang kau sebelum dia menjadi jodoh aku. " aku kiss pipi Ain balik.
" Kiss berdua ja? " nada seperti merajuk. Merajuk Ain tadi sudah berada pada Faris.
Ain turun daripada katil dan pergi ke arah Faris. " 1. . 2. . 3 ! " Ain kiss pipi kanan manakala aku kiss pipi kiri Faris.
" Hahahaha. So sweet my ladies! " dia peluk bahu kami berdua. Dahi Ain dikucup dahulu. " I love you adik. You punca abang jumpa Sephia balik. "
Dahiku pula menjadi giliran. " Sephia. . I'm lucky having you as mine. "
💎💎💎
" Hey Sephia. . Hey baby! " tangan aku diikat dan tubuh aku ditolak kuat ke atas katil. Sakit henyakkan itu tak tergambar.
" Disebabkan kau pilih Faris, baby ni takkan sempat tengok dunia pun. Aku akan pastikan itu. "
Air mata aku terus mengalir, aku sayangkan kedua-duanya. Dia menghampiri tubuhku dengan sebilah pisau juga. Tengok pisau itu lagi menambah ketakutan aku.
" Aku tikam Sephia. "
Perut aku ditikam bertubi-tubi, tersembur darah memenuhi cadar putih yang menghiasi katil ini. Muka aku dicakar dengan kuku tajam dia.
" Alifffff. . aku sakit! " rontaku.
" Tolongggggg ! " aku menjerit sekuat hati. Tak lama selepas itu aku rasa mengah sangat-sangat.
" Sep kenapa ni? "
" Sayang okay? "
" I sakit. . I sakit. " selimut yang menyelimuti kami bertiga aku selak. Darah mengalir keluar membasahi paha dan betisku.
" Abang darah! " kata Ain dengan terkejut.
" Dekat mana hospital? " Faris mengajukan soalan.
" I'll call ambulance. " Ain bangun mendapatkan telefonnya.
Tubuh aku terasa lemah lalu aku sandarkan pada tubuh Faris. " Kejap eh sayang. . " kata Faris.
" I tak tahan dah ni husby. . I nak baby kita selamat. Tu jaa! I love you Faris. "
" Sayang. . bertahan please. "
💎💎💎
Faris's POV
Sephia masih lagi dalam bilik pemeriksaan. Ain pula asyik mundar-mandir di hadapan aku. Aku sandarkan tubuh di kerusi, kepala aku donggak ke atas. Apa perlu aku buat? Aku ada dengan Sephia pun Alif boleh buat macam-macam. Bila dia muncul? Kenapa dia tak pernah berhadapan dengan aku?
Telefon aku capai, aku perlu selesaikan benda ni cepat tapi sebelum itu. " Ain. . ikut abang balik UK nak? Say yes or I'll do something towards you. " ugutku.
" Yes. " katanya teragak-agak.
To : RashdanBro, 3 tickets;Edinburgh. ASAP!
Okay, nanti gua inform the details.
Aku menarik dan menghembuskan nafas beberapa kali. Aku dah sesak dada fikir semua ini. Otak aku ligat memikirkan cara nak settle semua benda ini. Kalau aku belum kahwin dah lama aku bunuh diri.
💎💎💎
Bonjour!
Vote and comment!
What will happen next? I don't know. Hahahahaha. 🙈
YOU ARE READING
S E P H I A
RandomWarning! 🔞 SETIAP MANUSIA, SIAPA PUN DIA MEMILIKI TITIK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.