S.38

22.2K 474 11
                                    

Air mata aku perlahan-lahan mengalir. Tak tahan dengan cara Faris memaut bibirku. Tiada langsung rasa kasih sayang, hilang seorang yang penyayang.

Tanganku dilepaskan dan bibir direngangkan. " Sebab I sayangkan you. . I layan you baik-baik. Sebab I sayangkan you. . I tinggalkan semua kerja tak senonoh I. I tinggalkan tabiat yang tak patut disebut satu per satu. I tinggal sayang. . demi you. Kejadian I dengan Zoey tu diluar kawalan I. I tak tahu macam mana I boleh mabuk. Bila masa I pergi club. . I tak tahu. " bisiknya di telingaku.

Lepas itu mata kami saling berpandangan, tapi aku tak betah nak hadap mata itu lama-lama. Aku menoleh ke tepi kini pandangannya ada pada pipiku. Geram! Sakit hati! Semua ada sekarang ni.

" Sephia. . say something. "

Aku teruskan membunuh dia dengan berdiam diri. Sebelum ini aku terlalu lembut sehinggakan dia buat macam ni dekat aku. Waktu tu kami dah pun jadi pasangan kekasih. Tapi still benda tu terjadi. Kuat sangat ka nafsu dia ni, sampaikan buat benda tu dengan Zoey. Zoey!!!! Perempuan yang tergila-gilakan dia tahap nak mati tu.

" Sayang. . I'm sorry! "

" Sayang. . "

Dia bermain-main dengan rambut aku, sebelah tangannya menjadi penahan. Dia berada di atas tubuhku. Perut aku yang memboyot ni asyik bersentuhan dengan body dia ja. Tiba-tiba baby bergerak di dalam perut. Faris merasa pergerakan tersebut.

Kini tangannya beralih ke perutku. " Детка, я люблю тебя. "

Walaupun aku curious dengan apa yang dia cakap. Aku tetap buat bodoh malas nak berkata-kata dalam minda sebab dia akan tahu. Aku kosongkan minda dan menolak dada dia perlahan.

" Pakai baju. . jangan ganggu I. "

Faris bertindak mengikut arahan, setelah usai mengenakan pakaian. Dia keluar duduk di balkoni. Aku mengambil telefon dan menyumbat earphones ke dalam lubang telinga. Lagu I know you like me dimainkan.

Pada satu malam, aku berada di dalam kereta bersama dengan Faris. Kami menuju ke supermarket hendak beli barang dapur. Aku sedang seronok menyanyikan lagu Attention. Faris hanya ketawa mendengar kegirangan aku.

" Sayang. . "

" Yes husby. " aku sambung semula menyanyi.

" You nak lahirkan baby dekat mana? "

Aku terus berhenti menyanyi. " What do you mean husby? Wow! Soalan SPM tak susah macam ni. " aku ketawa.

" I tanya you nak lahirkan anak kita dekat mana. Malaysia ka? UK ka? Paris? "

" I dilahirkan dekat Malaysia. . you dilahirkan dekat Singapore. . So I tak kisah pun mana-mana asalkan baby selamat dilahirkan. Tak ada yang specific. "

" I tanya ja sebab wife kepada business partner I lahirkan anak diorang dekat oversea oooo. "

" Fuyoooo. . "

Aku dan Faris ketawa, dia mengenggam tanganku dan meletakkan di dada sebelah kirinya. " I hope that we will get a baby boy so I dah ada pewaris untuk syarikat I dekat Malaysia, UK dan Russia. "

Aku mengangkat kening kepada dia. Dan dia menyambung bicara lagi. " Kalau dapat baby girl pun best juga. I'll hold her hand proudly like she is my little girlfriend. "

" Kalau macam tu doakan kita dapat baby kembar. Girl! And boy! " aku senyuman semanis-manisnya.

" Sayang. .  "

" Yes. "

" Anak dara kita mesti cantik macam you. Senyuman manis. . yarhh senyuman yang buat I tak tentu arah kalau tak tengok walaupun sehari. "

S E P H I AWhere stories live. Discover now