Laju sahaja Hana berjalan ke arah dapur.Puan Yoon yang sibuk menekan butang oven segera menegur anak gadisnya.
"Abang kamu mana?"Jari telunjuk Hana segera mengarah ke atas.Dalam bilik agaknya.
"Bahagia anak mama hari ni.Ada apa-apa ke?"Hana yang masih tersenyum segera menunjukkan bekas mangkuk tingkat yang berisi pelbagai hidangan.
Satu-persatu mangkuk disusun elok di atas meja makan.
"Ini mesti jiran sebelah kita,Puan Kim.Betul tak?"Hana mengangguk sekali lagi.
"Nanti mama bagi dia pula.Kamu hantar ya."
"Abang kan ada."Anak gadisnya hanya mencebik.Perasaan malas Hana mula datang.
"No excuse.Orang dah penat-penat bagi,kita bagi tangan kosong saja.Tak elok macam itu."Nasihat Puan Yoon didengari dengan baik.
"Hurm.Nanti Hana tolong ya mama."Pinggan serta mangkuk disusun sebelum rapi berikutan waktu makan malam hampir tiba masanya.
"Sebentar ya.Mama panggil abang kamu."
"Yoon Doojoon!"
"Ye mama!Joon turun ni."Pantas kakinya menapak turun di anak tangga.
********************************
Sibuk sungguh Puan Yoon menjawab panggilan telefon daripada tadi.
Hana pula duduk di atas sofa sambil kedua-dua matanya tepat memandang kaca televisyen.
"Apa yang hebat sangat lelaki itu daripada aku ni?!Jawab!Aku kata jawab,Hana!"
Tangan kanan wanita tersebut ditarik kasar.Tidak henti air matanya daripada mengalir.
"Sebab awak..."
"Sebab aku apa?!Sampai hati kau curang dengan aku.Tak cukup ke perhatian aku bagi pada kau selama ni?Apa salah aku?Uhaha.."Perasaan bercampur baur yang hanya dapat dirasai oleh lelaki tersebut.Buat pertama kali tunangnya menangis di depan matanya.
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...