"Hana."Ditatap wajah isterinya yang pucat lesi.Dicium ubun-ubun Hana dengan matanya terpejam rapat.
"Bangunlah,sayang.Saya rindu awak yang dulu."Jari jemari Hana disentuh lalu dimainnya.Tuala kecil dicelup ke dalam besen berisi air.Dilap tangan serta muka isterinya dengan lembut.
"Awak..maafkan saya."Sedang sayu Seokjin berbicara,mesin jangka hayat mula berbunyi nyaring yang kuat.
Tit.Tit.Tit!Tit!
"Hana!"Dada isterinya mula naik dan turun seperti seseorang yang sedang sesak nafas.
"Cik!Sila tunggu di luar ya."Dibawa Seokjin ke luar wad peribadi yang menempatkan Hana yang masih terbaring di atas katil.
"Hana~Maafkan saya."Ditenung Hana dari kaca pintu wad.Isterinya yang masih memakai alat bantuan pernafasan serta wayar yang berselirat di dada dipandang sayu.
Sudah letih untuk dirinya menangis lagi.Doktor yang merawat Hana berjalan keluar dari wad itu segera ditahannya.
"Doktor.Macam mana dengan isteri saya?"Wajah doktor itu seakan tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima.
"Pesakit cuma terkejut saja tadi.Tak ada apa-apa yang serius berlaku."
"Dia dah sedar?"Doktor Seo hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.Seokjin terus terduduk di atas kerusi menunggu di depan pintu wad.
Dia seakan sebak dengan keadaan Hana yang masih tidak sedarkan diri.Isterinya yang terbaring di atas katil hospital terus didekati.
"Bila awak nak bangun,sayang?"
********************************
"Hana,okay?"Seokjin sekadar menggeleng perlahan.Malas untuk menjawab buat ke berapa kalinya.
"Herm.Tak tahulah,mummy."
"Apa maksud kamu?"
"Dia hampir sedar.Tapi,doktor kata itu cuma kejutan biasa yang dialami pesakit lepas pembedahan atau koma."Digenggam tangan Hana yang masih dicucuk jarum iv.
"Jin.Dah tak tahu nak buat apa dah,mummy."
"Kesian dekat Eunmin dengan Eunhwa."Seokjin sedikit sebanyak sudah menerima anak kembarnya.Setiap hari,Seokjin cuba untuk mengenali sikap anaknya.Lelaki itu mula merasai pengalaman seorang bapa.
"Kamu jangan cepat putus asa,Jin."Bahu anaknya diusap perlahan.
"Mummy yakin Hana akan sedar tak lama lagi.Kamu jangan putus berdoa."
"Hana selalu cakap pada mummy.."
"Jadi kuat bila kita lemah.Itu yang dia selalu pegang."Sambung ibunya dengan senyuman nipis di bibir.
"Tapi,Jin selalu buatkan dia jadi seorang yang lemah.Jin menyesal sebab tinggalkan dia seorang diri dulu,mummy.Memang patut pun kalau Hana bencikan Jin daripada dulu lagi."Menyesal dengan perbuatannya dulu.Seokjin mula mengusap wajahnya kasar.
"Hei,kamu jangan nak mengarut.Mummy yakin,Hana mesti sayangkan kamu.Dia tak pernah lawan cakap kamu kan?"
"Eung.Sampai Jin rasa diri Jin terlalu ego,mummy."
"Dah,kamu jangan fikir sangat.Nanti stress,kamu pula yang tempah katil sebelah Hana."
"Mummy ni..Orang tengah serius,dia boleh bergurau pula."Puan Kim segera menampar bahu anak lelakinya.
"Takkan nak serius memanjang saja,bukan datangkan faedah pun.
"Seokjin!!"Jeritan seorang lelaki terus memeranjatkan mereka berdua.Puan Kim segera menahan Dojoon dari berbuat apa-apa pada anak lelakinya.
"Abang Dojoon.."Seokjin mula menyuruh ibunya duduk di dalam wad menemani Hana.Dojoon dan Seokjin terus berbincang di luar hospital.
Gedebuk!
"Kau buat apa dekat adik aku?!"Belum sempat dia menjelaskan apa-apa,ditumbuk kuar pipi kirinya sehingga merah.
"Saya..saya..maafkan saya."Ucapnya dengan bibir yang sudah berdarah.
"Maaf?!Hoi,budak mentah!Adik aku..takkan jadi macam tu kalau kau tak biarkan dia duduk sorang dalam rumah tahu tak?!"Terbayang wajah Hana yang masih terbaring dengan mata gadis itu masih terpejam.
"Saya faham.Saya tahu salah saya.Maafkan saya,abang!"Seokjin terus melutut di depan Dojoon.Biarlah orang di sekeliling hendak mengata apa,asalkan Dojoon sanggup memaafkan dia kembali.
"Kau nak minta maaf..kau pergi rempuh pintu ICU tu,lepastu pergi melutut depan adik aku.Minta ampun dengan dia!Kau tahu tak.."Dojoon tidak sanggup memandang ke bawah melihat Seokjin yang masih melutut di kakinya.Marahnya masih tersisa di jiwa.
"..setiap hari,setiap jam,Hana sebut nama kau.Tapi,aku tak pernah marah dia bila dia buat semua tu.Bila aku suruh dia tinggalkan kau..dia tak nak.Dia sayangkan kau,cintakan kau.Sampai dia sanggup berjanji akan jaga kau walaupun kau dah tak sempurna seperti dulu.Tapi,masa kau patah kaki dengan tangan..dia jaga kau kan??"
Jin pantas menggangguk perlahan.
"Tapi..kau balas dia dengan apa??"
"Kau cemuh dia..kata bukan-bukan.Dia sedih tapi dia tahan.Sebab dia terlampau sayangkan kau dia sanggup tepis perasaan sedih tu setiap masa."Suara Hana yang selalu menangis keseorangan di bilik terngiang-ngiang di kotak mindanya.
"Kalau adik aku mati..aku,aku takkan pernah maafkan kau untuk selamanya."Dia segera melangkah pergi.Seokjin mula mengetuk lantai dengan kuat sambil tangisnya mula kedengaran.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...