29=스물 아홉-Dress labuh

51 3 0
                                    

"Ada ke suruh saya pakai dress ni?"Gadis itu tidak henti merungut tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya.Sudahlah labuh,agak longgar tetapi masih menampakkan bentuk perutnya yang sedang mengandung lima bulan.

"Jangan banyak merungut.Saya ada surprise untuk sayang malam ni."Lelaki itu sudah memberitahu isterinya supaya memakai busana yang ditempah khas semasa awal perkahwinan mereka.

Namun,Seokjin memberinya pada petang tadi.Mana tidaknya,Hana mula merungut.

"Tada!"

Dekorasi ala Inggeris bertemakan warna putih serta persekitaran seakan taman cukup mengagumkan Hana yang masih berdiri sambil menekup mulutnya.Suasana malam yang dihiasi bintang seakan turut dirancang.

"Wah..sempat pula awak buat semua ni."Huluran tangan Seokjin disambut mesra sambil dirinya masih tersenyum.Hana terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang turut dihias.Lelaki itu masih berdiam sehingga mengucapkan sesuatu.

"Demi awak,Hana.Semuanya akan jadi sempat,sayang."

Serta merta,senyuman Hana mula terukir dengan air mata bahagianya mula mengalir perlahan.Suaminya tersentak dengan perubahan isterinya yang tiba-tiba menangis.Tangannya pantas mengusap pipi Hana.

"Kenapa ni,sayang?Saya buat salah ke?"

"Eh,tak.Saya terharu.Gembira awak masih sempat buat kejutan macam ini untuk saya."

"Saya ingatkan saya ada buat salah tadi.Takut kalau awak tak suka.Mari,makan."

"Saya nak pergi tandas sekejap."

"Boleh.Saya tunggu dekat sini ya,sayang.Hehe."

********************************

Cermin di dalam tandas bawah ditenung Hana.Sudah beberapa kali dia mengelak dari mengalirkan air mata.Akhirnya terluah jua apa yang terbuku di jiwa.

"Awak,saya tak patut fikirkan pasal mesej tu.."Telefon dipegangan tangan yang memaparkan imej Seokjin dipeluk oleh seorang perempuan makin menyakitkan hatinya.Mahu saja dibaling ke sungai telefon itu.

"..saya teringin nak tanya,tapi saya takut..kita akan bertengkar."Walaupun itu gambar semasa suaminya sekolah menengah dan universiti.Namun gambar yang diterima menunjukkan perempuan yang sama.Mana tidaknya,Hana menyangka Seokjin menyulam cinta dengan orang lain dibelakangnya.

Kerana kepercayaan dirinya terhadap Seokjin dia sudah tidak hairan dengan mesej yang sudah berlambak dalam telefon.Tetapi,rasa sakit hati itu masih ada.

"Kenapa benda ni berlaku masa kita dah bahagia,awak?"

"Ehem!Hana,kau..kena lupakan pasal perkara tu.Itu fitnah.Palsu!"Selesai tenangkan diri dalam tandas,Hana perlahan-lahan berjalan ke halaman rumah semula.Seokjin mula menegur isterinya.

"Sayang..Lamanya awak pergi tandas."

"Rindu?"Duganya dengan sengaja.Lelaki segera setuju.

"Saya baru pergi sekejap,kalau saya pergi lama nanti,macam mana awak nak teruskan hidup seperti biasa tanpa saya?"Ingin juga dia tahu isi hati sebenar suaminya.

"Kenapa awak cakap macam itu?Awak betul-betul teringin nak tinggalkan saya ke?"

"Mana ada.Syok makan sorang."Dia mula menukar topik perbualannya.

"Habis awak tak tinggalkan baby.Keseorangan saya di sini."

"Awak buat lawak ke?Macam mana saya nak tinggalkan dia?Takkan saya nak tinggalkan perut sendiri setiap kali pergi tandas?"Rungutnya tidak puas hati.Mana tak bengang.Orang tengah serius,dia boleh buat lawak ke der lagi.

"Ahaha.Memang taklah nak terjadi benda macam itu.Duduklah.Kita story-mory pula."Ditarik tangan Hana supaya duduk di atas kerusi yang menghadapnya.

"Mummy ada telefon tadi.Saya terpaksa pergi ke China bulan depan.Meeting seminggu."

"Alah,asyik duduk sorang dekat rumah saja.Bosan."

"Sayang.Dengan keadaan awak yang mengandung,tak tergamak saya nak biarkan awak tinggal di rumah seorang diri.Duduk rumah mummy tau."Disentuh tangan milik Hana lalu diusapnya lembut.

"Saya setuju kalau awak dah cakap macam tu."

"Sayang?"Hana mula memandang suaminya.

"Kenapa sayang banyak diam selama dua tiga hari ni?"

"Hana..hana banyak kerja dekat office.Itu yang banyak diam.Fikir kerja bertimbun dekat atas meja."Sudu serta garpu dipegang semula namun seakan mahu terlucut dari tangan ketika Seokjin berbuat sedemikian.

"Jangan fikir sangat.Stress nanti.Awak boleh jatuh sakit.Tak elok untuk anak papa ni.Kan?"Perut Hana yang jelas bulatnya disentuh lalu dikucup lama.Terasa geli tapi ditahan.

"Saya makin sakit setiap kali fikirkan mesej yang saya dapat setiap petang."Rasa sakit hati yang menikam jiwa cuba dibendung sedikit demi sedikit.Setiap kali dia pulang dari kerja,ada saja mesej beserta foto muncul.

"Sayang?Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?"Lamunannya terhenti.Seokjin dipandang lalu dibalas pantas dengan gelengan kepala.

"Hah?Aha.Hana dengar tadi."


ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now