"Encik Mingyu.Isteri..awak,pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki ke sebelum ni?"
Seokjin sebenarnya bingung mengapa dia sendiri mengajak suami Hana keluar minum petang bersama-sama.
"Er..ada.Tapi,suami dia ceraikan dia sebab dia tuduh wife saya curang belakang dia.Padahal,semua tu bohong.Wife saya sendiri cerita semua tu dekat saya.Sebab saya cintakan dia.Saya buat keputusan untuk berkahwin dengan dia."
Terangnya dengan nada tidak puas hati.Bertambah geram dirinya dapat mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.
"Saya..bekas isteri dia."Terasa ingin terkeluar lalu bergolek ke bawah bola matanya ketika mendengar Seokjin berkata begitu.
"APA?!"
"Bekas suami dia."Gagap lelaki menyebut perkara sebenar.
"Apa awak kata?!Walaupun ada kesilapan teknikal tadi,aku rasa nak marah sekarang ni!"
"Tapi,itu silap saya.Saya tak patut buat perkara ini terburu-buru.Saya menyesal."
"Baru sekarang?!Baru sekarang..awak nak menyesal encik Seokjin?"
"Saya.."Buntu dirinya mencari jalan untuk meredakan marah Mingyu.Dilayangkan satu tumbukan tepat di muka Seokjin.
Buk!
"Encik Mingyu!Maafkan saya."Terjerit dirinya sendirian di atas katil.
"Ha..hah..ha.Mimpi rupanya."Tercungap-cungap nafasnya sekarang.Walaupun dia tidur menggunakan pendingin hawa,namun peluh masih banyak di dahi.
"Kenapa aku nak minta maaf pada dia pula?"Hatinya mula merasa berat dan seakan pelik macam mana Hana boleh ada kaitan dengan Mingyu.
"Laparnya.Mesti Hana tengah masak sekarang ni."Dia mula berangan untuk mengusik isterinya di dapur.Menyanyi gembira dirinya semasa masuk ke dalam tandas.
"Sayang!Awak.."Turun sahaja dia dari tangga,dia mula merasa pelik.Seingatnya,Hana sudah beberapa minggu disyaki hilang kerana silapnya sendiri.Seokjin mula tersedar sendiri.
"A..aa.Apa aku ni?Dia mana ada.Perasan."Dahinya ditepuk lalu meja makan yang kosong ditenung sayu.
"Kalaulah..aku boleh putarkan masa balik."
"Nak keluar rumah pun tak ada orang cakap selamat jalan."Semasa dia menyarungkan kasut di kaki,dipandang halaman rumahnya.
********************************
"Selamat jalan."Hana mula melambaikan tangannya menyambut pemergian Mingyu.
"Awak ni.Mengada-ngada.Ada ke suruh saya cakap macam itu setiap pagi?"Mingyu dipandangnya dengan senyuman lebar.
"Saja.Saya tak kisah kalau awak tak nak."
"Alah,Mingyu.Saya gurau sajalah.Itu pun nak merajuk."Dia mula menyiku lengan lelaki itu seakan memujuk.Lelaki mula tersengih.
"Ehehe.Saya pun tengah bergurau."
Krik..krik..
"Oh,okay.Saya pergi dulu."Kerana jenakanya tidak terlayan,dia mula serius kembali.Perut Hana menjadi sasarannya.
"Baby~~"
"Papa Mingyu pergi dulu.Jaga mama baik-baik.Bye,awak."Hana mula terbayangkan seakan suara Seokjin yang sedang berbicara sekarang.Hana mula mengusap perutnya.
"Bye."
"Jangan lupa sarapan."Pesanan Mingyu dibalas dengan anggukan.
"Ya.Saya tahu."
********************************
"Kakak Hana."Hana yang sibuk menyusun cawan di rak selepas dicuci.Lap tangan mula dicapai untuk mengesat tangan yang basah.Dua orang remaja mula menerpa kearah Hana.
"Eh,Minguk..Minjoo."
"Kakak tak ada perasaan setiap kali pandang abang gyu ke?"Hana mahu sahaja tertawa kuat disitu.Sudah pasti dia tidak mampu untuk menukar cinta hatinya.
"Mingyu..tak."Gadis hamil itu pantas menggeleng laju.Biskut di dalam balang jernih diambil lalu dibuka Hana.
"Sikit pun?"Minguk beria-ia menanyakan soalan itu pada Hana.
"Sikit tu..mana boleh.Tapi,kamu berdua faham-fahamlah.Akak,isteri orang.Mana boleh jatuh cinta dengan lelaki lain selain suami sendiri.Betul tak?"
"Hurm.Minjoo faham."Mereka berdua segera bersetuju dengan Hana.Ada benarnya dan logiknya di situ.Memang mustahil untuk Hana mencintai orang lain selain suaminya sendiri.
Jika tidak,takkan muncul bukti cinta mereka yang hanya menunggu waktu untuk melihat dunia.
"Guk pun.Kitaorang minta maaf sebab tanya soalan macam itu pada kak Hana."Hana sekadar menunduk faham lalu menyambung mengigit sekeping demi sekeping biskut cip coklat.
"Tak mengapa."
"Lagipun,kitaorang tanya sebab semalam kitaorang dengar abang mengigau panggil nama kak Hana.Itu yang kita berdua pelik."
"Serius?"Jatuh rahangnya ketika mendengar perkara itu.Hana mula tertawa kecil.
"Seriuslah kak.Yang kak Hana gelak kenapa?"
"Geli hati bila fikirkan macam mana gaya abang korang mengigau pasal akak."
"Kami pun rasa nak tergelak masa itu lagi-lagi bila kejut dia.Muka cuak habis."
"Haha!"
Hari petang mula dihiasi dengan gelak tawa mereka bertiga.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...