18=열 여덟-Demam

85 4 0
                                    

"Kau tak pergi kerja ke hari ni?"Tangan lelaki itu tidak berhenti daripada mengurut dahi sendiri yang berdenyut-denyut.Rasa ingin pitam pun ada.Dia sekadar menjawab pendek pertanyaan Hana.

"Pergi.Emm.."

"Kau okay tak ni?Pucat semacam muka kau.Pasal mabuk teruk semalam ke?"Bimbang juga Seokjin tidak dapat menahan kesan daripada minuman tersebut.

"Hurm,agaknya.Salah kau sebab buatkan aku terjebak sekali minum tahu tak??"Hana terus dituduh tanpa usul periksa.Bagi dirinya,kalau tidak mengenangkan akan pertolongan daripada Namjoon,sudah tentu dia tidak terbaring lagi seperti ini.

"Siapa suruh join?Joonie suruh kau teman aku.Jadi,salah kau sebab tangan tu gatal sangat nak pegang cawan."Hana mula membalas balik dengan ayat seakan panahan halilintar.Lelaki itu mula tidak senang duduk kerana dia pula dituduhnya.

"Eh??Aku?Kau salahkan aku?Hei,dah melebih ni."

"Apa??Apa??Ada karang orang sarapan makan lempeng,kau sarapan telan selipar pula."Selipar ditayangkan tepat di muka Seokjin yang terbaring di atas sofa di ruangan tamu.Sungguh tidak berdaya untuk dia bangun.

"Haish!Malaslah gaduh dengan kau ni.Buang masa,buang tenaga.Mana pinggan?"

"Ambil sendiri.Tadi,elok pakai tangan,jalan pakai kaki.Silakan."

"Tolonglah,aku rasa macam nak demam hari ni."Belakang tapak tangan segera diletakkan di dahi untuk meminta simpati gadis itu.Namun,tidak berjaya mengumpan gadis itu berbaik dengannya semula.

"Tadi berlagak,cakap tak demam.Tiba-tiba,aku nampak kau sihat pula.Ambil.sendiri!"

"Kau ni.."Belum sempat dia berjalan semula ke meja makan,lelaki itu sudah terbaring di atas lantai dan terbatuk kuat.Pinggan pada pegangan tangannya sudah terlepas dan pecah berderai kacanya.

Prangg!

"Jin!"

"Hana..aku dah tak lama dah ni.Maaf..kan aku."Hana segera menerpa ke arah lelaki itu dengan kepala Seokjin dipangku di atas ribanya.Pipi Seokjin mula ditampar perlahan berulang kali.

Uhuk!Uhuk!

"Apa kau ni?!Tak lawaklah!Bangunlah pakcik!"

"Jin.."Sedang Hana masih untuk melakukan perkara apa,Seokjin mula membuka matanya semula lalu menarik Hana ke dalam dakapannya.Dia mula tergelak kuat ketika memandang wajah Hana yang masih terlampau risau akan keadaannya.

Ahahaha!Hahaha!

Kepala lelaki itu dipukul geram.Sakit hati apabila dibohong hidup-hidup.

"Hish!Kurang asam punya pakcik!Berani kau tipu aku!"

"Adui!Alala!Sakitnya.Aku minta maaf,Hana!Adui!Sakitlah!"Tidak henti tangan Hana memukul kepalanya menggunakan sudip untuk mencedok nasi.

"Ini balasan sebab prank aku tadi!Rasakan!Sedapnya~"Lengannya dipulas kuat lalu sempat dicubit.Melalak suara Seokjin minta dirinya dilepaskan.

"Banyak kau punya sedap.Sengsara ni!Ahh!"Mahu menangis berguling-guling pun ada.Lengan kirinya ditenung.Timbul kesan merah akibat 'hadiah' istimewa daripada Hana.

"Sudah,bangun.Aku malas nak angkat.Kau berat."

"Tolong aku.Tak larat nak bangun ni."Belas kasihan cuba dipinta.Malangnya,gadis itu masih tidak melayan karenahnya yang dianggap mengada-ngada.

"Nak kata kau mabuk,cakap masih benda waras lagi.Bangun!"

"Bawa aku pergi tan.."Lelaki pantas berlari ke arah tandas lalu masuk ke dalam tanpa menutup pintu.Nampak sangat dia terdesak masa tu.

"Woi!Woi!Nak pergi mana tu??"Hana segera melangkah ke tandas yang dimasuki lelaki itu.Suara orang seakan muntah menyebabkan dia mula menolong lelaki itu mengeluarkan isi perutnya di dalam singki.Belakang leher Seokjin turut diusapnya.

Uwek!Uwek!

"Aahh..Hana.."Sudah tidak berdaya dirinya untuk berjalan kembali,bahu Hana mula dipaut sebagai sokongan dia cuba berjalan.Hana segera membantu lelaki itu untuk melangkah perlahan.

"Mari,aku tolong kau jalan."

"Aku..larat."Bibir pucatnya mula dikesat perlahan oleh Hana.Seokjin mula tersenyum nipis ketika Hana seakan khuatir dengan dirinya.

"Jangan degil.Kira untung aku nak tolong kau.Jalan perlahan-lahan.Tersungkur aku tak tanggung."

"Eung.Sofa,pergi sana."Jarinya mula menuju ke arah sofa.Kemahuan lelaki itu Hana turutkan sahaja.Perlahan Seokjin membaringkan dirinya di atas kerusi yang empuk itu.

"Ya,aku tahu.Kau baring dekat sini dulu.Aku pergi dapur sekejap."Penyapu serta penyodok sampah diambil dari stor di bawah tangga untuk membersihkan sisa kaca yang berteraburan di atas lantai.Setelah siap mengemas,dia segera ke ruang tamu semula sambil membawa dulang.

"Hah,duduk diam-diam.Yup!Empat puluh,beb.Panas wuih."Mulut lelaki disumbat termometer digital bagi mengukur suhu badan.Kerana dirinya masih lemah,Seokjin hanya diam.

"Kenapa?Terkejut ke?"

"Tak adalah.Aku nak ambil telur dekat dapur."Pelik juga mengapa perlu telur yang diambil oleh Hana bukan benda lain.

"Buat apa?Bomohkan aku ke apa ni?"

"Nak letak atas dahi kau.Mana tahu,boleh jadi telur rebus.Hehe."

"Sengal.Lawak sangat.Hambar tahu tak?"Terhinjut bahu Hana menahan gelak tawanya di depan Seokjin yang masih terbaring lemah.

"Tak tahu~"Diperlekehkan teguran lelaki itu olehnya.Besen yang berisi air diletakkan semula di dapur.Dia segera menyuakan sudu pada bibir lelaki itu.Mulalah Seokjin dengan perangai mengada-ngadanya.

"Herm.Argh!Tangan aku sakit!Ah!!"Dikibas-kibas tangannya dengan riak wajah seakan mahu menangis.Hana sekadar menjeling manakala dalam hatinya perasaan menyampah dengan lelaki itu bertambah banyak.

"Mengada."

"Betul ni.Aku tak main-main."Beria-ria lelaki itu mengiya-iyakan akan kesakitannya.

"Buka mulut.Ahh~"Dia pantas menerima suapan gadis itu sambil sempat mengeyitkan sebelah matanya pada gadis itu.Hana mula tidak merasa selesa dengan lelaki itu.

"Macam manalah hidup kita lepas kahwin nanti?"Hana terkejut kerana dia tiba-tiba diserang dengan pertanyaan itu.Buntu untuknya menjawab apa.Beberapa papan pil merangkumi demam,muntah,batuk dan antibiotik diambil Hana mengikut dos yang sesuai.

"Entah.Tengoklah nanti.Kita makan ubat pula ya pakcik."

"Yelah,makcik."Kerana letih untuk melayan sikap Seokjin yang semakin pelik,Hanya hanya menggangguk.

********************************

Jam analog pada dinding dicat warna biru laut sudah menunjukkan pukul lapan malam.Sepasang kekasih tak berapa mesra masih diulit mimpi.Waktu senja sudah melabuhkan tirainya.

Seokjin mula membuka kelopak matanya secara perlahan.Suasana ruang tamu yang tampak sepi dipandang seketika sehingga pandangannya jatuh pada Hana yang tertidur lena dalam keadaan duduk bersimpuh.

Kepalanya pula dibaringkan di sebelah Seokjin yang sedang merenung gadis itu.Mata Seokjin mula memandang lama wajah Hana yang masih tidur.Begitu teliti gadis itu menjaga dirinya yang terbaring lemah disebabkan demam panas.Dia cuba mengangkat tangan kanannya lalu mengusap perlahan rambut Hana.

"Sayang juga kau pada aku.Aku pun,sayang kau."Bisiknya sambil jari-jemari mula menyentuh wajah Hana.Gadis itu mula tergerak sedikit.Seokjin mula tersentak lalu tangannya pantas diturunkan.

"Fuhh.Selamat aku.Ingatkan dia bangun tadi."Hatinya mula berdetak sedikit laju,takut Hana terdengar percakapannya sebentar tadi.Dia mula mendekatnya dirinya sedikit dengan gadis itu.Matanya terpejam buat seketika.

"Hadiah aku untuk kau.Terima kasih sebab jaga aku."

Sebuah kucupan pada pipi kanan serta dahi.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now