42=마흔 둘-Kembar seiras

65 1 0
                                    

"Puan Yoon Hana."

"Puan."Dirinya mengecam seolah-olah ia adalah suara milik seorang perempuan.Apabila dia membuka mata,berdiri figura seorang doktor perempuan iaitu Yang Siyeon,sahabat rapat Hana.

"Saya..kat mana ni?Siyeon?"

"Hana,tak sangka aku jumpa kau dekat sini.Nanti kita berbual ye."Siyeon hanya berbisik di tepi cuping telinga Hana.Anggukan hanya mampu terbalas buat masa ini.

"Kalau sempat."Hatinya terasa sebak dengan keadaan yang berlaku pada sebelum ini.Pelbagai peristiwa tidak diduga turut berlaku.

"Puan Hana larat tak kalau nak bersalin sekarang?"

Doktor Siyeon berubah kembali menjadi seorang yang serius di depan semua jururawat yang ditugaskan menjadi pembantunya.

"Kalau tak kuat,saya gunakan kaedah pembedahan sahaja."

"Eh.Tak.Saya boleh."

"Suami puan ada di luar ke?Atau dia ada hal lain.Kalau puan nak,saya boleh buat panggilan."

"Saya tak nak ganggu dia."Dia hanya sekadar membuat alasan yang direka sendiri untuk mengelakkan dirinya bersemuka dengan Seokjin.Rasa sakit hati masih tersisa dalam jiwa.

Pada masa yang sama,saat terindah dalam kehidupan mereka turut terlayar dalam mindanya.

"Mesti bestkan kalau dapat anak perempuan.Senang sikit kalau saya suruh dia uruskan restoran mummy.Kan sayang?"Seokjin segera meluahkan pendapatnya kepada Hana.

"Mana-mana pun boleh awak.Saya berharap pada rezeki.Kalau kita dapat lelaki lagi senang,saya boleh daftarkan dia kelas taekwando.Kalau awak menggatal ke apa,dia boleh patahkan hidung awak."

Riak wajah Seokjin terus berubah takut sebaik sahaja Hana cuba mengugut dirinya.

"Ada hati awak nak suruh dia taekwando saya?Saya ada skill kickboxing selama 10 tahun tau."

"Berani ke awak berlawan dengan anak sendiri?"Hidung Hana segera dicuit manja.Isterinya hanya tersenyum manis.

"Lagi berani kalau dia cari masalah dengan awak.Hehe."

"Awak,saya kuat.Demi awak,Jin."Tubir mata Hana sudah digenangi air mata.Dia juga berasa takut jika nyawanya terhenti sebaik sahaja dia bersalin.

"Puan,sedia.Satu,dua,tiga.Teran!"

Hanya jeritan kuat dari kotak suara Hana memenuhi suasana getir ketika melahirkan anak mereka.

Sudah tidak terkira banyaknya mengalir air mata Hana ketika ini.Selimut yang membaluti dirinya dicengkam kuat.Urat di leher dirasakan seakan ingin terputus.

"Puan sikit lagi.Nurse,pegang tangan kiri dia."Jururawat yang berada di sisi katil segera menggenggam tangan kiri Hana.Nafas Hana sudah tidak teratur.

"Si..yeon.Aku..dah tak larat."

"Sikit saja,Hana.Kita cuba ye.Satu,dua,tiga!"

Setelah beberapa jam,

"Ergh."Cahaya lampu yang menerangi wad yang dihuni Hana membuatkan mata gadis itu berkelip beberapa kali.Siling putih di dalam wad hospital ditenung sunyi.

"Kalau ada awak,mesti saya tak kesunyian dalam wad ni."

Hampir menitis air mata Hana apabila dirinya turut memikirkan Seokjin ketika ini.

Pintu bilik ditolak mempamerkan wajah Siyeon.Sahabatnya terus berjalan ke arah Hana.Kerusi di sisi katil ditarik.Siyeon terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Siyeon."Panggil Hana lemah sambil tersenyum manis.Siyeon segera mencapai tangan kanan Hana.

"Hana,lama tak jumpa kau.Hidup kau sekarang mesti bahagia dengan Jin kan?Wah,bestnya.Tak sangka,sombong-sombong dia pun sweet."

"Sekarang tak.Kau masih dengan Byungchan ke?"Senyuman Hana mula mengendur apabila memikirkan nasib rumah tangganya.

"Yup.Dah kahwin pun,Hana.Aku baru mengandung 4 minggu ni.Dia sekarang bekerja sebagai pakar fisiologi.Tuk-tuk aku pula dapat kerja dalam satu hospital yang sama.Jadi doktor pakar sakit puan."Panjang lebar penerangan yang Siyeon berikan sebagai penjelasan.

"Oh.Kisah cinta korang lagi best daripada aku."

"Weih,kenapa ni?Sedih je tadi aku pandang kau.Cerciter sikit dekat aku."

Hana mula meluahkan rasa yang tersemat di jiwanya sebelum ini.Siyeon pula hanya mampu memberi semangat dan nasihat agar semuanya kembali pulih.

"Hah!Hampir terlupa aku pasal anak kau pula.Kau dapat anak kembar lelaki dan perempuan.Comel tau."

"Syukur ya tuhan.Aku harap sangat Jin dapat terima diorang."

"Kau sabar dulu.Aku janji aku akan tolong kau apa yang patut."

Tangan Hana diramas lembut oleh Siyeon.Hana pula hanya mempamerkan senyuman ikhlas.Dia merasakan dirinya cukup bertuah kerana mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Siyeon.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now