Hana terus bergegas menuruni tangga sebaik sahaja mendengar panggilan daripada ibunya.
"Yoon Hana!Cepat turun!Nanti kamu lambat ke sekolah!"
"Kejap mama.Hana nak turun ni."
Pipi kiri dan kanan serta dahi ibunya dikucup sebelum dia mengatur langkahnya ke arah pintu utama.Sekeping roti bakar yang disapu marjerin segera dicapai lalu digigit Hana.
"Bye,mama.Love you."
"Me too."
Wanita tua itu hanya tersenyum bahagia di hadapan anak perempuannya.
"Abang?Hana tak nak cium?"Yoon Dojoon yang khusyuk menikmati sarapan di atas meja sempat mencelah.Reaksi menyampah mula ditunjukkan di depan abangnya.
"Tak hingin Hana.Suruh lah kakak Jihyun yang buat."Adiknya segera menyarung kasut lalu keluar dari kawasan kediaman rumah mereka.
"Yoon Dojoon~"Seakan mengerti akan maksud Puan Yoon,Dojoon segera melarikan pandangan matanya daripada melihat ibunya.
"Eh?Hurm.Ehem!Mana ada,mama."
Bersungguh-sungguh dirinya menidakkan kenyataan yang diberikan adiknya.Namun apakan daya,telinga kirinya dipiat dengan kuat.Dia pula hanya menjerit kesakitan.
********************************
"Aku rehat dulu tau.Kau okay ke kalau duduk sorang-sorang di sini?"Siyeon yang sedang berdiri segera mengatur langkahnya keluar dari kelas.
"Tak mati lah kalau aku duduk sorang pun."
Hana pula fokus dengan mengulangkaji pelajarannya.
"Untung tau dapat kawan macam aku ni."Sempat pula dia memuji sikapnya yang prihatin.Hana hanya melayan kerenah rakannya.
"Kalau rajin,belanja eh."Anggukan daripada Siyeon diterima sebagai jawapan.Kini,tinggal dia seorang diri di dalam kelas.
"Budak!"Hana terus memandang di sekitar kelasnya dan dia menyedari bahawa bukan dia seorang sahaja di dalam kelas.
Rupa-rupanya Kim Seokjin turut berada di dalam kelas itu.
Teriakan daripada Seokjin hanya dibiarkan tidak berbalas.Hana segera menyambung pekerjaannya.
"Aku panggil ni.Pekak ke?"Sekali lagi Seokjin memanggilnya tetapi dengan nada yang geram.
"Kau nak apa??Tak puas hati dengan aku lagi ke?Aku benci kau."Tersenyum sinis Seokjin ketika mendengar luahan hati Hana.Bertambah sakit hati Hana dibuatnya.
"Herm.Orang tua kata kalau kita benci seseorang itu,lama-lama boleh jadi sayang tau."
"Itu orang tua yang kata.Kau kan orang tua.Sebab itu percaya benda macam itu."
"Nasib kau lah.Aku cakap benda betul.Untuk kau.Mummy bagi."Sepanjang Seokjin berbicara panjang,dia sudah berdiri di tepi meja Hana.Bekal makanan diserahkan kepada Hana dengan riak muka tidak bersalah.
"Tak tanya pun."Hana mula berlagak menyampah.Seokjin segera beredar dari kelas tanpa menghiraukan Hana.
Penutup makanan segera dipegang lalu diletakkan di sebelah bekal makanan.Nota kecil sebesar tapak tangan dibaca di dalam hati.
'Jangan marah lama-lama.Nanti cepat tua.Btw,sorry pasal hari itu.Aku rasa melampau sangat sebab cakap macam itu pada kau.
-Jin,jiran kesayangan kau.-
"Ceih,kesayangan sangat."Nota yang sudah dibaca diletakkan ke dalam buku nota seakan diari.
********************************
"Macam mana?Sedap tak makanan tadi?"
"Makanan mana?"Sengaja Hana ingin menduga Seokjin yang gayanya seperti orang yang baru putus cinta.
"Buat-buat lupa pula minah ni."
"Aku tahu lah.Herm.Sedap.Kau masak ke?"Seokjin hanya menggangguk laju.Hana hanya tersenyum nipis.
"Pandai kau hias makanan dalam bekal itu."Tak putus-putus Hana memuji masakan Seokjin.Dari pandangan memang seakan Seokjin memandang dingin seseorang,namun hatinya sedang bercambah bunga-bunga cinta.
Sedang sibuk gadis itu berleter tentang rasa ketidakpuashatiannya(?) tentang Seokjin,lelaki itu mendapati bahawa ada sebuah kereta datang dari arah bertentangan menghampiri Yoon Hana.
PIN!PIN!
"Hana!Hati-hati!"
Dengan segera tubuh Hana ditarik kuat oleh Seokjin.Nasib menyebelahi mereka kerana Seokjin pantas bertindak.
Tubuh mereka berdua terdorong kebelakang sehingga kedua-duanya terus terbaring di atas jalan tar.Hembusan nafas antara mereka turut dapat dirasai.Hana mula terasa janggal dengan posisi mereka kini.
Seokjin menyedari bahawa Hana yang dipeluknya sudah berwajah pucat.Terkejut mungkin.
Idea nakal Seokjin muncul apabila dia terfikir untuk dia mendekatkan wajahnya dengan Hana sehingga menyebabkan hidung mereka bersentuhan.
"Amboi dekatnya cik abang oii.Jauhkan lah muka kau yang berminyak itu dari aku.Fikir aku melting dengan kau."Dalam posisi sebegitu,sempat lagi dirinya mengumpat Seokjin.Walhal nyawanya boleh melayang jika tidak diselamatkan oleh lelaki itu.
"T..Thanks.Nasib kau ada tadi."
"Err.Ehem!Oh.Ye."Seokjin daripada tadi tidak henti-henti menggosok belakang lehernya bagi menghilangkan rasa malu.Dia sendiri dapat merasai bahawa telinga sudah kemerahan.
********************************
Kotak first aid yang terletak di atas almari baju segera dicapai.Seokjin mula membuka lalu mengambil pembalut luka serta iodin yang terdapat di dalam kotak tersebut.
"Aduhai,Hana.Merah betul muka kau tadi.Serupa tomato dekat pasar."
Tersengih sedikit Seokjin ketika membayangkan kembali wajah Hana yang dekat dengan dirinya dalam jarak beberapa meter sahaja.
Luka di tapak tangan kanan masih hanya tinggal kesan calar yang tersisa darah kering.Cecair iodin disapu dengan berhati-hati.Pembalut luka ditampal dengan kemas.
Hana sebenarnya ada melontarkan pertanyaan tentang keadaan Seokjin.Kerana tidak mahu Hana bertambah risau,Seokjin hanya berkata bahawa dirinya dalam keadaan baik sedia kala.
"Makin terbayang-bayang lah aku pada muka kau cik Hana."
ⓣⓑⓒ
Vote
&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...