47=마흔 일곱-Tolong

53 2 0
                                    

"Kau nak apa?!"

"Ahaha!"Ketawa gila terhambur dari mulut penculik yang bertopeng di hadapan Hana.Gadis itu sudah menggigil ketakutan daripada tadi.

Badan Hana dililit dengan tali kapal yang agak kuat ikatannya.Dia dapat merasakan dirinya nyaris mati atau pengsan akibat ikatan yang kuat.Lelaki yang disangka orang asing yang tidak dikenalinya terus menarik topeng serta topi yang dipakainya.

Terkejut Hana buat seketika.Matanya automatik berubah menjadi bulat ketika dia melihat wajah sebenar di sebalik topeng tersebut.

"Kau tak kenal aku?Hai,sayang.Lama tak jumpa you.Hahaha!"

Makin seram Hana ketika melihat lelaki tersebut ketawa suka.Entah apa yang digelakkannya,Hana sendiri tidak pasti.

"Awak,Tolong..lepaskan,saya.Jinho."

"Kau ingat senang ke aku nak lepaskan kau macam itu saja.Kau tahu perasaan aku masa kau tinggalkan aku?Hati ni!Sakit tahu tak!Tahu tak?!"Hana mengiyakan segala kata-kata daripada Jinho tanpa berkata apa-apa.Dia sudah tidak larat untuk bersua muka dengan lelaki itu.Mukanya sudah berubah pucat kerana tidak bersarapan lagi.

"Muka kau nampak pucat.Kau dah makan ke belum?

Hana menggeleng perlahan.Jinho segera bangun.

"Aku masak tau.Kau tunggu.Hehe."Jo Jinho hanya tersenyum sinis selepas cengakaman tangannya pada leher Hana dilepaskan.Hana pula menggangguk lemah.Pandangannya sudah mula kabur.

"Awak.Tolong..saya.Saya tak kuat."Sebelum ini,Hana sering menasihati dirinya supaya terus menjadi seorang yang kuat dan tabah seperti dulu.Namun segalanya gagal apabila muncul pelbagai masalah yang dia tidak sangka akan berlaku.Seokjin sahaja harapannya ketika ini.

"Awak..tolong,saya."Air mata di kelopak matanya sudah bercucuran.Hati?Usah di kata.Jika perlu,dia juga ingin menggantikan hatinya dengan orang lain.Memadam segala perasaan sedih yang berbuku di jiwa.

"Makan.Ah,dah lama kita tak main suap-suapkan?Biar aku suap kau tau.Aaa~~"

Kerana takut Jinho mengamuk seperti tadi,Hana terus membuka sedikit mulutnya.Makanan yang disuakan kepadanya dikunyah perlahan.

Walaupun nasinya sedikit hangus,namun Hana turut bersyukur bahawa lelaki itu sanggup memberinya makan dan minum untuk dia terus bernafas.

"Sedap tak?"

"Hei!Aku tanya ni.Sedap tak?!"

"Herm."Hana hanya berdehem perlahan.

"Jinho."

"Aa~~Kenapa?"Sedang sibuk lelaki itu menyuap nasi dengan perasaan suka,Hana berasa takut untuk bertanya sesuatu.

"Kau nak lepaskan diri kan?Tak boleh."Pantas sahaja jawapan yang diterima Hana.Hana mula berpasrah.

"Tapi saya..Saya rindukan keluarga saya,anak saya."Luahan hati Hana dengan suaranya yang tidak bermaya.

"Kau tak mention Jin pula?"

"Saya baru.."

Belum sempat dia menyambung penjelasannya,Jinho sudah mula menyibuk.

"Nampak sangat kau dah tak sayang dia.Kau sayang aku kan?"Jinho mula menduga Hana.

"Jinho itu dulu.Sekarang,semuanya sudah berubah."

"Kau diam boleh tak?!"Baju Hana dicekak geram.Berang Jinho dibuatnya ketika Hana sedang mula menerangkan sesuatu.

"Dulu,Namjoon nak kau!Sekarang!Jin pun nak kau!APA NI?!"

Deretan botol minuman kaca ditolak serta ada sebahangiannya dibaling sehingga kacanya jatuh berderai.Bersepah serpihan kaca di atas lantai simen.

"Saya tak tahu.Saya patut mati agaknya."

Berlinang air matanya ketika mengucapkan kata-kata tersebut.Nampak seakan mengarut,namun dia sedang meluahkan apa yang dirasakan.

"Mati?Kau sebut lagi perkataan itu,memang aku betul-betul buat dekat kau nanti."

"Aku nak pergi.Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku.Faham?"

"Herm."

"Ya tuhan,apa lagi yang aku kena tempuhi selepas ini?"

Kaca yang tajam akibat balingan Jinho menyebabkan lengan kiri Hana turut terkena tempiasnya.Darah yang mengalir hanya dibiarkan.

Hana mula membayangkan wajah anak kembar kesayangannya yang baru berumur empat bulan.

"Eunmin dengan Eunhwa.Tunggu mama tau.Mama sayang korang."

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now