10=열-Ganjaran

99 5 0
                                    

"Jo Jinho?"Hampir seluruh gelanggang dicarinya,Jinho masih tidak ditemui oleh Hana.Gadis itu mula berputus asa dengan usahanya.Lelaki itu sebenarnya sudah berada di belakangnya daripada tadi dengan melangkah kaki tanpa sebarang bunyi terhasil.Hana segera dipeluk daripada belakang dengan erat sehingga menyebabkan gadis itu terkejut.

"Awak buat apa datang sini?Rindu saya ya sayang?"Dia berbisik perlahan di telinga kiri Hana dengan tersenyum lebar.Dipalingkan tubuh gadis itu menghadap dirinya.Hana mula berasa malu dengan Jinho yang rapat dengannya.

"Aaa..Mana ada!Saja je saya datang sini."Dia segera mencari alasan yang munasabah bagi menyembunyikan tujuan asal dia ke tempat itu.Jinho kembali mendekatkan wajahnya dengan Hana lalu berkata sesuatu.

"Alahai,cakap sahaja yang awak rindukan saya.Hehe."

Tertawa halus lelaki itu sambil matanya terpejam.Jinho mula menyedari bahawa pipi milik Yoon Hana sudah berubah menjadi merah padam.Gadis itu juga sudah dapat merasakan pipinya mula membahang menahan malu sendirian.

"Awak ni~Buat saya malu sajalah."Dia hanya tertunduk malu.

"Eh??Saya nampak tomato lah.Haha."Jari telunjuknya mula mencucuk lembut pipi Hana yang masih kemerahan.Seokjin yang sudah terpacak di depan pintu depan bilik latihan segera berjalan masuk.

"Jinho!Lama tak jumpa kau!Ahaha!"Dia segera memeluk kuat tubuh Jinho walhal dalam hati sudah cemburu habis melihat Hana dan Jinho bahagia.Pelukan antara mereka mula dileraikan.

"Seokjin!Aku sibuk sikit bila dah nak competition ni.Kenapa kau datang sini?"Hana hanya mendiamkan diri sambil membelek peralatan yang sering digunakan dalam perlawanan bagi sukan taekwando.Seokjin segera membisikkan sesuatu kepada Jinho.

"Bagus soalan kau!Aku sebenarnya nak lawan kau..tapi dengan ada ganjaran."

"Apa?"Lelaki yang berpakaian sukan itu mula memikirkan sesuatu yang bakal ditaruhkannya.Seokjin mula tersenyum sinis.

"Kalau..kau menang,aku akan bagi kau PS4 aku yang dekat rumah tu sebagai hadiah.Kalau aku yang menang,kau.."

Seokjin terus menyapu perlahan bahu kiri serta kanan Jinho dengan perlahan lalu meniupnya seakan membersihkan habuk tebal.Kening Jinho berkerut ketika memandang perbuatan Seokjin terhadap dirinya.

"..kena putus dengan Hana start hari esok.Deal?"

Tidak tahu kenapa,Jinho merasakan dirinya seolah-olah dirinya tercabar dan sudah berada di atas gelanggang perlawanan yang sebenar.Rasa geram mula memuncak apabila nama Hana mula disebut.

"Awak,saya pergi kelas sekarang!Siyeon panggil."Jinho hanya menggangguk laju lalu tersenyum buat seketika.Dia kembali memandang bengis wajah Seokjin.

"Tak guna!Berani kau jadikan Hana sebagai taruhan?!Siap kau,aku kerjakan!"Penumbuk mula dikepalkan Jinho secara tersembunyi di belakang badannya.

"Okay,aku setuju."

Dia segera mengajak Seokjin memakai peralatan sukan yang tersedia di rak berhampiran gelanggang.Setelah mereka lengkap berpakaian baju putih,Jinho yang memakai tali pinggang hitam segera menundukkan dirinya di depan Seokjin sebelum perlawanan bermula.Dia kembali memandang lawannya dengan tenang.

Coach Yoo Hakyeon yang datang sambil ditemani tiga orang pelajar yang lain mula terpana ketika mendengar suara seperti orang sedang berlawan.Dia mula berdiri di depan gelanggang dan duduk di atas kerusi pengadil.

"Kenapa tak hentikan mereka berdua,coach?"Park Jimin mula menegur jurulatihnya yang hanya duduk menyaksikan perlawanan antara dua pelajar yang begitu serius.Dia mengganggap bahawa ini sebagai latihan persiapan untuk Jinho sebelum memasuki perlawanan nanti.

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now