3=셋-Pemberian

224 12 0
                                    

"Puas dating tadi?Untung lah orang itu.Ada boyfriend.Aku yang solo dah lama pun orang tak nak pandang."

Siyeon pandang Hana pelik.Ligat tangan Hana menyelak nota poket yang sering dibawanya ke mana sahaja.

"Herm,solo lah sangat.Habis cinta hati kau si Kim Namjoon itu nak campak mana cik kak."

Kim Namjoon,Sahabat Yoon Hana yang hampir menjadi teman lelaki kepada gadis itu.

Namun,takdir tak menyebelahi mereka.Namjoon terpaksa berpindah ke Sweden kerana urusan keluarga.

Beberapa minggu kemudian,Yoon Hana mendapat berita bahawa Kim Namjoon mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan jejaka itu hilang ingatan serta-merta.

Semenjak daripada itu,Hana hanya pasrah dan cuba melupakan Kim Namjoon sedikit demi sedikit.

"Aku faham.Kau dah lama move on kan?"

"Whut~~Ehem!Actually aku dalam proses untuk melupakan segala kenangan manis dengan dia.Aku tak nak letak satu pun harapan pada dia.Sebab aku yakin ada ramai lagi perempuan yang baik untuk dia."

Tergamam Siyeon ketika mendengar balasan daripada Hana.Diam saja lah.Tak diduga bahawa Hana pandai berfalsafah.Siyeon terus menepuk tangannya tanpa segan silu.

"Wow~Professor Madya Yoon Hana.Sungguh kompleks penerangan anda."Tak henti-henti pujian yang diberikan terhadap rakan baiknya.

"Aku ada bau orang minta belanja aiskrim lepas balik sekolah nanti.Kau ke orang itu?"

Siyeon hanya mengangguk laju.Tersenyum Hana ketika melihatnya.

"Call?"

"Call."Belum sempat Hana meneruskan ayatnya,dia sudah dipeluk kuat oleh Siyeon.Hampir lemas Hana dibuatnya.

********************************

Ting!Tong!Ting!

"Kejap!Siapa agaknya yang tak reti sabar ni.Sabar!"Hana yang baru sahaja keluar daripada biliknya terus berjalan ke arah pintu utama rumahnya.

Apabila pintu rumah ditarik,terpacul wajah seorang yang dia benci.

Kim.Seok.Jin.

"Oh,kau.Nak apa datang rumah aku ni?Penumbuk?Ke belalang kunyit tempoh hari?"

"Uih.Aku tak berminat dengan serangga belaan kau itu.Kau tahukan aku tak suka benda macam itu."Sebelum soalan lain menyusul daripada Hana,Seokjin pantas menunjukkan mangkuk tingkat yang dijinjingnya.

"Mummy kesayangan kau yang suruh aku bagi kau ni.Mummy aku kata ayah kau pergi outstation di Malaysia.Itu yang dia suruh aku hantarkan kau semua ni."

Hana terus menyambut pemberian Seokjin sambil membuat muka cemberut.

"Jangan buat muka macam itu.Aku tak suka."Tegur Seokjin sambil merenung tajam muka Hana.

"Kenapa?Suka hati aku lah nak buat muka macam mana pun."

"Kau ni,kalau tak cari gaduh dengan aku tak sah kan?"Seokjin hanya menunjukkan riak wajah tidak puas hati.Raut wajah Hana dipandang menyampah.

"Apa?Sebab aku terlalu comel ke bila buat muka macam itu?"Pose seakan bunga ditunjukkan pada jejaka tersebut.

Berdecit perlahan Seokjin dibuatnya.Dia terus meminta diri untuk pulang ke rumah.

Hana hanya memandang Seokjin yang berlalu pergi setapak demi setapak.

"Apa?Cakap saja lah yang aku ni comel.Tak payah nak control macho sangat lah,Kim Seokjin."

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ

Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now