"Hana."Sudahlah dia macam orang gila mencari gadis itu di merata tempat.Masuk hari ini,sudah dua minggu Seokjin mencari isterinya.Sekarang,sahabatnya mula menyebut tentang Hana lagi.
"Kenapa dengan dia?!"Tidak sabar dia ingin tahu apa yang Yoongi ingin katakan.
"Aku rasa dia.."
"..kena culik."Telefonnya mahu sahaja terlucut dari pegangan tangan namun sempat ditahan.
"Siapa yang culik dia?!"
"Jinho.Jo Jinho."Sah!Bekas kekasih Hana yang cukup membenci dirinya dulu menjadi orang yang dia sangka adalah tepat.Dia cuba menenangkan diri sendiri.
"Kau tahu di mana Jinho sembunyikan Hana??"
"Tak.Tapi,pihak polis akan cuba pastikan dekat mana Jinho sorokkan Hana."Titisan air mata mula mengalir turun di pipi Seokjin.Untung tiada siapa yang perasan.
"Hana.."Sebak apabila apa yang dia lakukan terhadap Hana agak kejam.Tidak termasuk dirinya menuduh bahawa Eunmin dan Eunhwa bukan darah dagingnya.
"Jin,kau jangan risau.Aku yakin Hana akan selamat."Kalau ada Seokjin di depan mata,mahu sahaja Yoongi mahu menepuk bahu lelaki itu memberi sedikit kekuatan.
"Aku takut jadi apa-apa pada dia."
"Sejak bila..kau terima dia balik."
"Yoongi.."Sebutnya dengan lemah.
"Ya?"
"Aku dah tahu pasal semua tu."
"Pasal apa ni??"Agak berminat juga ingin Yoongi tahu apa yang Seokjin ingin ceritakan.Terbatal niatnya ingin menamatkan panggilan telefon ini di telefon tadi.
"Kwangjin ada jumpa aku tadi.Dia kata,gambar yang dia bagi hari tu,adalah gambar yang sengaja dia bagi kenyataan palsu.Aku..rasa bersalah sangat pada Hana,Yoongi."Menyesal sekarang baginya tiada guna.Kalaulah masa boleh berputar kembali.
"Jadi kau sebenarnya nak minta maaf pada dia ke?"
"Ya.Aku takut tak sempat,Yoongi."
"Sempat kalau kau sendiri ikut dan kita cuba aturkan plan nak tangkap Jinho."Cerdik sungguh daya pemikirannya tidak usah dikata.Yoongi tahu setiap cara untuk selesaikan masalah dengan mudah kerana dia sendiri merupakan bekas detektif upahan milik sebuah syarikat swasta dua tahun dulu
"Dengan bantuan polis?"
"Yup.Kau okay kan?"
"Eung.Aku setuju dengan cadangan kau.Sekarang."
Dimasukkan semula gadjet nipis itu dalam poket dalam jaket kulitnya.Yoongi mula memakai kaca mata hitam miliknya kembali.
********************************
"Jin."Muncul juga akhirnya insan yang dirinduinya buat sekian lama.Seokjin terus melangkah secara senyap ke arah Hana.
"Tolong saya."
Ikatan yang melilit tubuh badan Hana segera dibuka.Hana yang sudah terlepas daripada diikat terus dipeluk kuat.Dahi isterinya dikucup lembut.
"Jom kita keluar dari sini.Cepat."Tangan Hana segera ditarik.Hana pula terus mengikuti Seokjin yang menarik tangannya.
"Wow.Kim Seokjin sudah datang.Welcome,bro."
Belum sempat mereka berdua melarikan diri,muncul Jinho daripada belakang.Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil tangannya sudah memegang sesuatu yang tajam.
Iaitu pisau dapur.
"Kepala senduk kau Bro!Bila masa kita kawan rapat?!"
"Haih?Bukan kalau aku kawan Hana,automatik jadi kawan kau juga ke?"Lelaki itu terus meneka akan fakta yang dibuat-buat oleh dirinya sendiri.
"Banyak cakaplah kau ni!"
Gedebuk!
Tumbukan kuat terus dilayangkan tepat pada pipi kiri Jinho yang khusyuk berleter sendirian.
"Kurang ajar kau!"
Jinho pula bangun dari duduknya lalu mula menghadiahkan tumbukan kuat.
Bibir yang sudah berdarah dikesat kasar dengan belakang tangannya.Seokjin mula terduduk secara tiba-tiba.
Dengan tempoh masa yang singkat,pisau dapur pada pegangan tangan kanannya mula diacukan pada Seokjin.
"Tak gentleman langsung.Ada ke gaduh pakai barang."Perlian daripada Seokjin dibiarkan tidak dijawab.Jinho mula bertindak kasar.
"Ada aku kisah!"
Tangannya terus menikam tepat seseorang.Mereka bertiga kelihatan kaget.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...