"Hana.."Hana yang masih kaget dengan kedatangan kedua-dua wanita yang dikenalinya,seakan ingin mendengar sesuatu yang agak serius.Pulang dari cuti panjang,wajah ibunya ditenung dengan perasaan gementar.
"Ya,mama?"
"Habis je konvokesyen ni..mama dan mummy nak Hana dan Jin kahwin.Kami dah tak nak menunggu lama."
"Tapi kenapa?Hana belum sempat nak enjoy dengan hidup Hana sekarang ni.Tiga tahun,mama..mummy.Tiga tahun ni,Hana habiskan masa Hana dengan belajar.Hana tak sempat nak cari kerja lagi."Rungutan Hana dibalas dengan pandangan kecewa oleh dua orang wanita bergelar ibu itu.
"Mama tahu.Hana jumpa Namjoon.Mama tahu Hana masih tak boleh nak lupakan Namjoon dengan Jinho.Mereka tu masa lampau Hana,sayang.Masa depan Hana adalah Seokjin,tunang Hana.Ikut cakap mama ya sayang?"
Puan Yoon mula memujuk Hana dengan mengusap bahu kiri anaknya dengan lembut.Hana tampak kecewa kerana dia merasakan seakan kebebasannya mula terbatas.
"Ni mesti Jin beritahu ni."Dia seakan menyampah dengan sikap lelaki itu yang sering mengambil berat tentang hidupnya walaupun dia tidak selesa untuk hal peribadinya didedahkan kepada lelaki itu.
"Baiklah kalau mama cakap macam tu."Anak perempuannya segera meminta izin untuk masuk ke bilik tidurnya semula.Bahu Puan Kim ditepuk perlahan kemudian dia tersenyum.
"Tak lama lagi kita berbesanlah awaknya."
"Saya pun tak sabar nak ada cucu."Begitu tinggi Puan Kim memasang impian ingin mempunyai ahli baru dalam keluarganya.Dia sudah membayangkan hidup anak serta menantu kesayangan nanti.Mahu menunggu Himchan?Entah bila anak lelaki sulungnya itu mahu mendirikan rumah tangga.
******************************
Sudah hampir tiga jam mereka berdua berjalan mengelilingi pusat membeli-belah di bandar metropolitan,Seoul semata-semata ingin mencari butik yang disebut oleh Puan Yoon.Tujuan mereka ke situ hanya untuk mencuba gaun pengantin yang ditempah ibunya.
Ketika mereka berbual sambil kaki masih berjalan menuju ke butik tersebut,mata Seokjin mula tertatap pada sebuah kedai pakaian.Dia mula menarik Hana untuk mengikutinya sekali.Lengannya mula dipaut oleh gadis itu.
"Kenapa kita berhenti dekat sini?"
"Saja tengok-tengok.Mana tahu,ada yang kau berkenan nak beli."Baju tidur saiz bayi dibelek-belek dengan gembira oleh Seokjin.Sepasang baju bercorak bunga berwarna merah jambu diletakkan pada dadanya.
"Okay tak?"Hana segera mengangguk setuju.Hana sekarang cuba menerima Seokjin dalam hidupnya.Ini pun kerana nasihat daripada ibunya juga.
"Kau nak bagi siapa?"Seokjin hanya tersenyum lebar sehingga menampakkan telinga lelaki itu berubah kemarahan.Malu mungkin.Selalunya Seokjin begitu ketika malu atau segan dengan sesuatu perkara.
"Anak kita.Tak boleh?"Ternganga Hana dibuatnya.Hilang kata-kata sementara fikirannya melayang entah ke mana.Tidak sangka lelaki terlampau maju pemikirannya.
"Kau..biar betik??Betik pun tak macam ni tau.Kita kahwin pun belum lagi."Sukar Hana untuk menelan liurnya melihat tingkah laku Seokjin yang sibuk memilih baju dari tadi.Kini,dia berjalan pula ke arah ruangan kasut.
"Miss..saya nak yang ni."Sepasang kasut berjenama timberland bersaiz kecil diambil oleh pekerja kedai tersebut lalu dibawa ke kaunter pembayaran.Hana tidak lepas memandang wajah lelaki itu dengan riak muka tidak percaya.
"Baik,Encik."
*******************************
Hana sudah siap memakai gaun pengantin labuh selepas keluar dari bilik persalinan dalam butik tersebut.Seokjin pula masih membetulkan tali leher kupu-kupunya di depan cermin yang tergantung di depan pintu bilik persalinan.Hana tanpa sangsi terus mendekati lelaki itu.
"Mari sini.Susah sangat aku tengok kau buat."Kerana dirinya berpengalaman sedikit melihat ayahnya memakai tali leher,tangannya cekap memperkemaskan tali leher itu.Sedang leka dia membetulkan tali leher yang dipakai oleh Seokjin,lelaki itu tidak lepas daripada merenung sehingga dalam wajah mulus Hana.Pekerja butik itu tidak perasan dengan tindakan mereka berdua kerana sibuk seketika dengan hal lain.
"Siap.Hensem dah suami aku."
"Thanks,Hana.Love you."Tanpa sempat dia berjalan keluar dari bilik persalinan,bibirnya mula dipagut pantas.Hana tidak membalas kerana masih ragu-ragu ketika ini.Lelaki itu mula melepaskan sentuhannya pada kedua-dua belah pipi gadis itu lalu menundukkan kepalanya ke bawah kerana hampa.
"Err..No problem."
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romantik~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...