31=삼십일-Patah

47 3 0
                                    

+011-3136-6889

Jumpa aku dekat Sanctuary Cafe.Ada benda aku nak bagi kau tengok.

"Siapa ni?"Jari jemarinya mula menaip laju pad kekunci yang tersedia di skrin telefon.

Kau siapa?

Aku?Kau tak perlu tahu.

Macam mana aku nak jumpa kau kalau kau sendiri tak bagitahu kau siapa.

Kwangjin.Jumpa tengahari esok.

Ok.

"Siapa agaknya?Aku kenal ke?Lantaklah."Telefon pintar mula disimpan semula dengan diletakkan di atas meja kecil sebelah katil.

"Hubby,mesej siapa?"

Isterinya yang baru sahaja keluar dari tandas mula mendekati dirinya dengan tuala masih dililit di kepala bagi mengeringkan rambutnya yang basah.

"Mummy.Dia tanya sayang sihat tak.Dia kata dia rindu nak jumpa Hana."Bohong Seokjin.

"Oh.Cakap pasal mummy,Hana rindukan mama juga.Susah kalau ada dua mak ni.Kasih berbelah bahagi."

Hana mula tersenyum gembira apabila mengenangkan kedua-kedua ibu yang amat disayangi oleh dirinya sejak kecil lagi.

"Alah,hubby relaks je ada dua mak.Baru kasih sayang tu bertambah.Makin kenyang bila sayang ada.Haha!"Lega hati Seokjin kerana Hana sudah tidak bertanya tentang perkara tadi.Dia mula melayan sikap isterinya.

"Memang patut perut yang kecil ni jadi buncit.Terlebih kasih sayang."Perut suaminya dicubit manja manakala lelaki itu sudah tertawa bahagia angkara gurauan isterinya.

"Haah lah!Hubby paling bahagia bila gadis yang bernama Kim Hana bagi kasih sayang dia.Terlampau banyak daripada air di lautan."

"Wow..Nak Hana tepuk tangan?"Tergamam Hana ketika mendengar ayat yang keluar dari mulut Seokjin.

"Memang dialu-alukan pun."Selesai mengeringkan rambut,Hana segera berbaring di sebelah Seokjin sambil dirinya dipeluk oleh lelaki tersebut.

********************************

+011-3136-6889

Kau yang mana?

Baju hijau lumut.Pakai hood.

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now