Kakinya dijengketkan sedikit untuk mencapai tepung di atas almari.Dari tadi,Hana tak dapat capai.
"Macam mana nak ambil tepung tu?Aishh!"
Ahh!!
Sedang dia matanya fokus memandang ke arah tepung gandum itu,Hana mula tidak dapat mengawal keseimbangan badannya sendiri.
"Awak tahukan bahaya?Kenapa tak panggil saya tadi?
Kim Mingyu yang lengkap berkemeja serta berjaket tebal muncul di depan matanya.Tanpa sengaja,tangan gadis itu mula menyentuh dada bidang milik Mingyu.
"Err..maaf.Saya ingatkan awak pergi kerja awal tadi."Malu tak usah diungkap.Hana pantas berdehem lalu meleraikan pelukan antara dirinya dengan jejaka tinggi lampai itu.
"Saya terima maaf awak.Mak yang pergi awal hari ni.Saya lambat sedikit hari ni.Ada meeting dengan pembeli."
Tepung gandum dipegangan tangan kirinya mula diberi kepada Hana.
"Kedai ikan pun ada meeting?Maju betul."
"Yelah.Baru boleh berkembang bisnes tu.Tahu?"Kunci lori putih miliknya pantas dicapai lalu di mula memakai kasut.
"Herm.Terima kasih sebab tolong saya tadi."Hana mula berasa segan dengan Mingyu.Mingyu mula mengusap lembut rambut Hana.
"Jangan buat lagi macam tadi.Saya sayang awak."Senyuman manis turut terukir di bibir lelaki itu.
"Herm.Huh?"
"Sayang sebagai seorang abang."Bertindak tenang di luar tetapi di dalam hati mahu sahaja jantungnya meletup.
"Oh."Hana meng'oh'kan saja apa yang Mingyu katakan.Mingyu mula curiga.
"Awak ingatkan apa tadi?"
"Tak ada apa-apa."Hana pantas menggeleng.
"Pergi dulu.Selamat tinggal."
"Hah.Selamat jalan."Mingyu mula menekan hon kenderaannya.
********************************
"Encik Kim.."Jejaka yang lengkap memakai kemeja putih di mana lengannya disinsingkan sehingga paras siku mula disentuh bahunya.
"Seokjin."Lelaki itu segera menjemput Mingyu duduk menghadapnya.Seokjin mula bersalaman tangan bersama Mingyu.
"Ah~Saya,Kim Mingyu."
"Tak sangka kita ada persamaan dari segi nama keluarga.
"Ye.Saya pun terkejut.Baik.Boleh kita mulakan perbincangan kita sekarang?"
"Silakan."Seokjin mula mengangguk perlahan.
********************************
"Awak dah kahwin?"
"Saya belum.Gadis mana yang nakkan tauke ikan macam saya ni,Encik Kim?Saya tahu saya siapa."
"Amboi,sedihnya bunyi.Takkan ada yang berkenan di hati?"Telinga cawan dipegang lalu digilapkan bagi menghilangkan perasaan bosan.
"Ada.Tapi.."
"Tapi,apa?"Seokjin terus memandang Mingyu kembali.
"Dia..isteri orang.Saya pasrah jika dia dah berpunya.Tapi,sifat dia yang lemah-lembut membuatkan saya boleh jatuh cinta pada dia tanpa sengaja."
"Parah tu.Nak tak nak,awak terpaksa juga padam perasaan cinta pada dia."
"Saya cuba."
"Okay,saya ada hal penting yang perlu diuruskan.Pergi dulu."
"Baik.Terima kasih kerana telah berurusan dengan saya.Gembira bertemu dengan encik."
"Saya pun."
Seokjin mula meminta izin untuk pulang terlebih dahulu.Manakala Mingyu baru sahaja selesai membayar bil.
"Muda-muda pun dah ada banyak cawangan restoran.Aku ni?"
"Aku lupa pula nak tanya dia dah kahwin ke belum.Tapi,nampak gaya..macam dah kahwin."
********************************
Setelah beberapa tahun kemudian,hampir seluruh kehidupan Seokjin berubah dengan sekelip mata.Nama Yoon Hana sedaya upaya cuba dipadam namun sukar untuk dilupakan.
Kim Mingyu yang berkaca mata dipandang dengan senyuman lebar di bibir Hana turut terukir.Seorang suami kini sedang sibuk menyusun hasil laut yang baru sahaja naik ke darat.
Seokjin berniat untuk mengunjungi kedai perusahaan milik suami pada bekas isterinya,Hana.Seokjin cuba memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Hana.
"Hah,ya encik?Encik..Seokjin kan?"
"Ya.Saya datang tengok-tengok sahaja.Boleh kan?"
"Boleh."
Deringan telefon menyebabkan Mingyu terus berlari anak ke arahnya.Panggilan dijawab lalu dirinya terus ke hadapan kembali.
"Hana.Sayang!Awak tolong saya jagakan kedai ini sekejap boleh kan?Ada orang nak jumpa saya.Saya keluar sebentar ya."
"Nama isteri dia pun..Hana ke?Aku harap bukan Yoon Hana sudah."Udang galah di dalam akuarium ditenungnya.Hana segera berjalan ke ruangan depan kedai.
"Ya,saya.Balik cepat tau."
"Baik,sayang.Jaga diri.Nak kiss."Pipi sengaja dikembungkan oleh Mingyu.Hana mula mencubit pipinya manja.
"Mengada."
"Ye,encik.Boleh.."Dia mula menegur sapa lelaki yang masih berdiri di depan kedainya dari tadi.Hana mula hilang kata-kata.
"Seokjin."
"Hana.Saya..saya rindu awak."Dia segera berlari ke arah Hana.Gadis itu mula mengundurkan dirinya sedikit demi sedikit.Dilihat lelaki itu seakan mahu memeluknya.
"Apa awak nak?Saya isteri Mingyu.Nanti orang ingat apa pula bila awak buat macam ni."
"Maafkan saya."
"Saya pergi dulu."Dia terus melarikan diri.
"Uih.Menakutkan betul dia tu."
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...