46=마흔 여섯-Terakhir

60 2 0
                                    

"Awak.Tolong bancuhkan susu untuk Eunmin boleh tak?Dia haus."Cuba ditenangkan bayi lelaki di dalam dukungannya.Hana yang terduduk lemah di atas tilam nipis memanggil suaminya.

"..."Lelaki itu masih terdiam.Malah hanya mampu melihat sahaja tanpa membantu apa-apa.

"Tak apa.Saya..buat."Seakan memahami keadaan Seokjin,Hana terus bertekad melakukannya sendiri.

Dengan pergerakan yang terbatas,Hana cuba untuk bangun dari duduknya.Dia perlahan-perlahan melangkah ke arah dapur.

********************************

Pulang sahaja Hana daripada dapur bersama botol susu di tangannya,dia mula melihat anaknya,Eunmin sedang disusukan oleh Seokjin.

"Shush,shush."Didodoikan sehingga bayi itu mula mengantuk.

"Kau kenapa?"

Dipandang Hana yang masih berdiri tegak di depannya.Gadis hanya terdiam sepi.

"A..aku nampak si Eunmin ni.Dia lapar.Jadi aku buat persiapan awal.Tak payah susahkan diri pergi dapur.Kau ambil susu yang dah bancuh lepas itu kau rendam dalam air panas semula.Senang kan?"

"Eung."Balas gadis itu ringkas.Eunhwa yang masih diulit mimpi dipandangnya.Nampak begitu comel di matanya.Dikucup pipi anaknya dengan kasih.

********************************

Seokjin yang sibuk menyembur minyak wangi pada pakaian sendiri disoal lembut.

"Awak dah makan ke belum?"

"Dah.Kau?"Hana tidak putus berfikir bahawa Seokjin mahu keluar berjalan-jalan pada waktu malam.Dia pula tidak mampu menghalang.Takut jika mereka mula bertengkar.

"Saya nak masak kejap lagi.Terpaksa juga saya bangun.Selalu mama hantarkan makanan untuk saya."

"Kau tunggu sini.Aku pergi masak sekejap."Lelaki itu segera membatalkan niatnya untuk keluar bersama Taehyung,Jimin dan Jungkook.

"Terima kasih,awak."

"Eung.Meh sini bagi aku sudu itu."Dirampas sudu dalam genggaman isterinya.

"Lek-lek lah dia ni.Takkan nak aku makan pakai tangan kut."Tanpa sudu,Hana cuba untuk bangun semula tetapi lengannya pantas ditarik Seokjin.

"Tak payah!Kau dah macam ini pun,degil lagi.Meh aku suapkan."Sudu besi diambil lalu disuapkan ke dalam mulut Hana.Gadis itu berasa terharu kerana dirinya masih dilayan dengan baik.

"Aku risaukan kau sebab aku fikir pesanan Namjoon.Bukan sebab aku dah maafkan kau."Terhenti seleranya ketika nama Namjoon pula dibangkitkannya.

"Hati aku masih sakit tentang perkara itu.Faham?"

"Eunmin dengan Eunhwa?"

"Makcik Kim jaga mereka tadi.Dua-dua dah tidur."Untung Hana kerana Makcik Kim datang melawat

"Terima kasih sebab jaga saya hari ni."

"Awak?"

"Ya?"Jawab lelaki itu dengan gaya yang malas.

"Boleh kan kalau saya tinggal dengan makcik Kim nanti?"

"Ikut kau.Tinggal terus pun tak apa.Bukan aku kisah pun pasal kau."

"Hurm.Jadi awak izinkan ke?"

"Kau ni,banyak tanyalah.Kau nak,kau pergi.Aku tak kisah pun."Tidak menyangka bahawa gaya Seokjin seakan mahu menghalau dirinya.

"Awak,jangan marah-marah.Saya tanya je.Saya sedar saya siapa di mata awak."

"Tahu pun.Tak perlulah aku jelaskan lagi.Kau ni,bukan boleh percaya pun.."

"..depan baik,belakang macam syaitan."Tersentak dirinya apabila dihina sebegitu rupa.

"Err..saya dah ngantuk.Selamat malam."

"Haish.Pantang aku cakap sikit,sentaplah tu."Seokjin segera beredar meninggalkan Hana lalu dia lelaki itu mula keluar dari rumah.

"Jin..saya rindu awak yang dulu.Saya tak tahan dengar semua benda yang awak cakapkan tu.Semuanya tak betul.Saya nak tahu,betul ke awak curang dengan saya?Saya tak sempat nak tanya semua benda tu sebelum ni."

"Hana..kau kuat."Setiap kali dia berasa lemah,ayat itu yang mampu mengubat luka walaupun sementara.

Bunyi hentakan di gerila pintu mengejutkan Hana yang nyenyak tidur bersama Eunmin dan Eunhwa.Baru sahaja dia ingin bangun dari katil,mulutnya segera ditekup dengan kain yang disapu kloroform.

"Urm!Urm!Urm.."

Seorang lelaki yang bertopeng kain mengendong Hana yang pengsan di atas bahu kirinya.Eunmin dan Eunhwa dibiarkan tidur nyenyak tanpa sebarang tangisan.

********************************

Setelah pulang dari berjumpa seseorang,Seokjin terus berbaring di atas sofa.Matanya mula meliar ke semua ruangan di dalam rumah.

"Mana Hana??Hana!Hoi,Hana!Yoon Hana!"

Berdengkut jalannya mencari Hana di tingkat atas.Tapi,masih tiada balasan.

"Dia ni..Eh?"Baby couch yang menempatkan Eunmin serta Eunhwa dipandangnya.Dua orang bayi itu masih ada namun bayangan Hana masih tidak kelihatan.Telefon Hana juga ada di atas meja solek di dalam bilik.Almari dibuka menunjukkan pakaian gadis itu masih ada.

Hatinya mula risau seperti sesuatu perkara buruk telah berlaku.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now