Hari yang ditunggu telah tiba.Berdebar sungguh Seokjin dibuatnya.Mana tidaknya,sebentar lagi dia bakal bergelar suami kepada Yoon Hana.
"Jin.Kamu sudah bersedia?"Pintu terbuka sedikit lalu terpacul wajah ayahnya,Encik Kim yang tersenyum manis.
"Boleh lah.Cuma jantung ni,berdegup laju betul."
Dadanya disentuh perlahan.Bunyi degupan jantung yang berdetak amat laju dapat dirasakan sama seakan kereta lumba di litar.
"Sekejap saja itu.Bila kamu dah lepas semua ni,hati kamu akan tenang kembali."
"Herm.Harap-harap ya pa."
"Dah kita dah nak mula ni."Seokjin terus mengikuti belakang bapanya yang sudah dari bilik persediaan di belakang dewan.
"Oh,okay."
********************************
Hana yang diiringi bapanya terus menyambut huluran tangan Seokjin.
"Yeon Hana."
"Sudikah awak menjadi isteri yang setia pada Kim Seokjin?"
"Ya,saya."Hana kelihatan agak gugup pada masa ini.Kini giliran Seokjin pula untuk menjawab.
"Kim Seokjin."
"Sudikah awak untuk menjadi suami kepada Yoon Hana?"
"Iya."Kenangan manis mula tercipta di depan seluruh tetamu di dalam dewan.Ibu bapa mereka turut tersenyum lebar.
********************************
"Aduh,mana tuala dengan sabun ni?"Habis bersepah baju serta barangan milik Yoon Hana di dalam bilik.Begitu juga,dengan Hana.Berserabut mindanya memikirkan barang yang tidak dijumpai daripada tadi.
"Penat aku cari satu beg.Tak jumpa juga.Haish!"
Hampir terbaling baju tidur di tangannya.Dia pasti yang dia sudah mengemas beg tanpa ada barang yang tercicir.Dia hanya terduduk lemah di atas lantai.
"Kau cari apa?"Seokjin yang baru sahaja muncul terus bertanya pada Hana.Gadis itu hanya membalas dengan lirikan mata yang tajam menyebabkan lelaki itu agak takut dengannya.
"Aku cari sabun lah.Takkan batang mop pula dalam beg ni."Rungut Hana sambil mulutnya mencebik ke depan.Seokjin terus membaringkan dirinya di atas tilam dengan helaan nafas yang berat.
"Mana tahu,beg kau serupa poket Doraemon.Boleh sumbat macam-macam."
"Ha!Itulah.Sebab itu malas nak tanya kau."Lelaki itu segera didekati lalu dihadiahkan suatu tamparan kuat pada lengan kiri lelaki itu.
Tiada balasan daripada Seokjin kerana dirinya sendiri sudah kepenatan kerana melayan tetamu yang hadir.
"Alahai..mana ni?"Berleter gadis itu keseorangan sambil tangannya masih ligat mencari barang yang dikatakannya sebentar tadi.
"Kau..mandi esok jelah.Sama-sama.Kau.."
Tanpa disedari,sepasang tangan milik Seokjin sudah melingkari pinggang milik Hana.Hembusan nafas yang menyapa belakang lehernya menjadikan gadis itu berubah takut.
"..aku."Dengan segala kudrat yang ada,tubuh Seokjin ditolak dengan kasar.Terkebelakang sedikit tubuh lelaki itu dibuatnya.Seokjin terus diherdik oleh Hana.
"Hoi!"
Sambil mempamerkan muka tidak bersalah,lelaki itu bertindak mendekati semula Hana.Butang kemeja putih pada pergelangan tangan mula dibuka.
"Apa?"
"Sempat lagi eh kau nak kacau anak dara orang."Muka Hana mula berubah pucat.Tangannya sudah menggeletar ketakutan.Tanpa segan silu,butang pada kolar baju turut dibukanya.
"Anak dara apa?"Dengan langkah yang perlahan,belakang badan Hana sudah melekat pada dinding bilik.Dahi Seokjin sudah bertemu rapat dengan dahi milik Hana.
"Isteri orang.Kau,aku punya.Hehe."Terangnya lagi.Gadis itu masih mendiamkan dirinya daripada berkata serta berbuat sesuatu.
"Kau jangan macam-macam.Aku panggil papa nanti,tak pun mummy."
Hana berbisik perlahan sambil matanya merenung tepat mata Seokjin yang terlalu rapat dengannya.
"Pergi panggil sana,sayang.Diorang tak akan dapat dengar pun."Seokjin turut memberikan kebenaran untuk Hana melakukan tindakannya.
"Hah?Apa..maksud kau?"
"Tak ada orang.Habis majlis tadi,papa dengan mummy terus berlepas ke Jepun.Honeymoon orang tua.Kita pun boleh buat juga.."Seokjin mula mengetatkan pelukannya supaya tubuh Hana semakin rapat dengannya.
"..dalam rumah ni."
"Jin.Aku minta ampun."Hana terus meminta maaf kepada suaminya yang sudah tersenyum sinis.
"Haha.Yeon Hana~"
Seokjin mula memanggil nama penuh Hana sambil tersenyum nakal.Tanpa sempat gadis itu membuka langkah untuk melarikan diri,tubuhnya sudah didukung.
ⓣⓑⓒ
Vote
&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...