Pulang dari rumah Makcik Kim serta mengucapkan tanda terima kasih yang tak terhingga pada keluarganya sekali.Kim Mingyu awalnya seakan berat ingin melepaskan Eunmin dan Eunhwa.Tapi,apa boleh buat?Lainlah kalau dia kahwin dengan Hana.
Hana kini menetap bersama ibu bapanya kembali.Seokjin?Entah kemana lelaki itu menghilangkan diri.Rasanya dia di rumah melayan perasaan benci sendirian.Mereputlah kau.
"Shuh,shuh,anak mama.Kenapa menangis ni?Sekejap tau."Susu badan disumbat ke dalam mulut anak lelakinya.Terkontang-kanting hidupnya sendirian.Dia kini hanya bergantung harap pada ibu bapanya.
Puan Yoon segera merapati Hana yang sedang menyusukan anaknya.Anak perempuan Hana terus didukung.
"Eunhwa-ah.."
"Kim Eunmin.Cucu nenek sorang ni.Comelnya kamu berdua.Hana dah makan ke belum?"
"Sudah."
Ting!Tong!Ting!Tong!
"Sekejap ya.Siapa yang datang petang-petang ni?Abang Hana agaknya."
Tombol pintu ditarik lalu menunjukkan wajah seorang wanita serta lelaki dalam usia 50-an.Tidak lain tidak bukan..
"Puan Kim,Encik Kim.Selamat datang,masuklah.Jangan malu-malu."
Agak terkejut Puan Yoon dibuatnya namun reaksi muka beliau sempat dikawal.Pasangan Kim terus dijemput untuk duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.
"Saya pergi buat air dulu.Kalau nak tengok Hana,dia ada di bilik bawah ni."
Puan Kim dan Encik Kim segera menggangguk dan terus berjalan ke arah bilik di tingkat bawah.
"Hana."Hana yang sibuk melipat kain serta baju anaknya segera tersenyum dan bersuara.Dia kini tidak banyak bergerak berikutan dirinya yang masih berpantang.
"Mummy?Baru sampai ke?Rindunya Hana pada mummy."Wajah ibu mentuanya segera dikucup laju.Encik Kim hanya memerhati keadaan menantunya.
Dia hanya tersenyum gembira.Siapa tak suka bila dapat cucu kan?
"Wah.Anak-anak kamu.Cucu mummy.Siapa nama diorang berdua ni?"
"Abang dia,nama Eunmin.Adik perempuan dia pula,Eunhwa."
"Eunhwa."Bayi perempuan yang sedang nyenyak tidur didukung.Puan Kim hanya tertawa kecil ketika dia mendapati bayi itu mengeliat sedikit.
Eunmin pula diserahkan kepada Encik Kim.Wajah bayi lelaki yang masih tidur dipandang dengan perasaan teruja.
"Cucu atuk,Kim Eunmin.Ehehe."
Dicuit sedikit pipi Eunmin.
"Mummy,muka Eunmin serupa Jin masa dia bayi dulu.Tembamnya pipi dia."
Senyuman nipis terukir di bibir Hana yang masih duduk di atas katil.Terus dia terbayang wajah Seokjin ketika menghalau dirinya keluar dari rumah.
Perasaan sedih segera ditepis.Dia tidak mahu dirinya terlalu tertekan buat masa ini.
********************************
"Kami minta maaf tentang sikap Seokjin,Puan Yoon."
"Kami faham.Buat apa kita nak bergaduh kalau bukti sudah ada depan mata kita."
Encik Yoon yang baru pulang daripada tempat kerja segera mencelah.
"Tapi,anak kami masih tidak tahu-menahu tentang hal sebenar lagi."Jelas Puan Kim.
"Saya bukan bercadang nak rosakkan rumah tangga diaorang.Tapi,kita perlu buat sesuatu untuk menyedarkan Jin dengan sikap dia."
"Macam mana pula itu,Encik Kim?"Berkerut dahi Encik Yoon dibuatnya.
"Begini caranya."
Perbincangan antara dua keluarga terus berjalan sehingga Puan Kim dan Encik Kim mula meminta kebenaran untuk pulang.
********************************
"Muka dia nampak sama dengan Jin kan?"Aplikasi galeri di telefon pintar dibuka lalu Encik Kim segera menunjukkan muka anak lelaki serta perempuan Seokjin.
Lelaki itu tampak tidak berminat dengan penerangan bapanya.
"Sama sangat.Tak pun,sebab mak dia selalu pandang muka Jin.Itu yang muka anak dia serupa macam muka Jin."
"Kamu tak nak tengok muka dia?"Diberi peluang untuk memandang gambar itu buat seketika tetapi sengaja dia lengahkan.
"Comel kan,anak kamu?"Sudah jelas di mata,Seokjin sedikit pun tidak melayan apa yang ibu bapanya kata.
Dia segera berdiri.
"Anak Jin?Sorry to say.Diorang anak Namjoon lah mummy."
"Jin takkan percaya selagi tak ada bukti kukuh."Sambungnya lagi.Mahu saja ditampar-tampar pipinya di situ kalau ikutkan hati bapanya yang sudah geram.
"Nasib kamulah antara percaya ataupun tak."Jawab ibunya.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romantik~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...