13=열셋-Bodyguard

83 5 0
                                    

"Seokjin.."Anak lelakinya yang tampak letih mula menyahut tegurannya.Kasut sukan diletakkan di bahagian rak kasut lalu dia membawa dirinya pergi duduk di atas sofa di ruang tamu.Wajah ibunya mula dipandang seketika.

"Kamu pergi mana tadi?Banyak kali mummy call tak angkat pun."

Telefon bimbit di dalam genggaman Puan Kim dipandang malas.Dia sendiri sudah penat untuk mendengar ibunya berleter mengenangkan perangai anaknya seperti orang putus cinta.Ketika dia mengemas bilik tidur anaknya,dilihat keadaan bilik tersebut turut bersepah.Baju ke mana,seluar ke mana.

"Iya ke?Ah~"Seokjin hanya menyoal pendek.Dia kemudiannya meletakkan belakang tangannya di atas dahi sendiri.Dia kini cuba untuk melupakan peristiwa di mana setiap kali dia ingin memujuk gadis tersebut,gadis itu akan melarikan diri daripada berjumpa dengannya.

"Kamu keluar pergi mana?"Sekali lagi Puan Kim bertanya kepada Seokjin.

"Jumpa Hana."

"Macam mana dengan dia sekarang?"

"Mummy..Jin tak rasa yang Hana boleh cintakan Jin dengan mudah.Lagipun,Jin dapat tahu yang baru saja putus dengan Jinho."Dia sudah mengganggap dirinya kalah dalam misi memujuk Yoon Hana yang masih bersedih dengan Jinho yang sudah membenci gadis itu.

"Kamu kena bersabar sikit.Fikirkanlah seribu satu cara untuk kamu pikat hati dia seperti lelaki lain.Mana tahu,suatu hari nanti dia akan balas cinta kamu balik."Ibunya cuba memberi semangat kepada anak lelakinya yang masih sedih.

"Hurm..Jin naik dulu."

"Yelah.Pergi rehatkan diri dulu.Kesian anak mummy."Kepala anaknya diusap lembut.

********************************

Pagi hari ini tampak cerah lagi-lagi dengan berita gembira yang diterima oleh pasangan Yoon.

"Hana dapat tawaran belajarlah,sayang!"Puan Yoon segera memeluk lengan suaminya dengan erat.Sungguh dia gembira dengan keputusan peperiksaan anaknya yang cemerlang.

"Hana!"Pintu bilik anaknya diketuk.Muncul anaknya yang masih dalam keadaan tidak terurus seperti Seokjin.Hana mula pelik dengan sikap ibu bapanya gembira tanpa sebab.

"Mama dengan papa dah kenapa terjerit pagi-pagi ni?"Serabut otaknya ketika melihat Encik serta Puan Kim terkinja-kinja di depan matanya.

"Kamu dapat tawaran belajar ke U!Wah~anak mama!"

"Ya??Meh,Hana nak tengok.Wah~"Dia mula berbangga dengan dirinya.Siap cium lagi surat tawaran tu.Kenalan tertera nama Siyeon didailnya.

"Hana!Kau dapat U mana weih??"

"Universiti Seoul.Kau,Yeon?"

"Aku..Hanyang.Alah~Lain tempat dengan kau.Tak syok ah."

"Tak apa.Senang-senang kita boleh jumpa lagi."Telefon mula dimatikan setelah dia menamatkan perbualannya bersama Siyeon.

Hana mendapati bahawa Siyeon akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan memandang gadis itu begitu minat dalam pembedahan.Lagi mengejutkan,Choi Byungchan turut berpeluang untuk menyambung pelajaran di universiti yang sama dengan Yang Siyeon.Jodoh kuat betul budak berdua ni!

***************************

Tuk!Tuk!

"Selama..kau.Buat apa kau datang sini?"Bunyi ketukan pintu yang kuat memaksa Hana untuk berlari anak lalu membukanya.

"Aku datang sini sebab nak tumpangkan kau pergi U sekali.Tak boleh?"

Muncul Seokjin lengkap berpakaian kasual.Lelaki turut memandang Hana dengan senyuman manis di bibir.

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now