Sebagai hadiah perkahwinan mereka,Encik Kim telah menempah tiket percutian untuk Hana dan Seokjin untuk berbulan madu ke Jepun selama dua minggu.Macam-macam dia tempah tapi semuanya rahsia.Sebelum anak lelakinya pergi ke sana,dia sempat berpesan supaya berusaha sedaya upaya untuk menawan hati Hana sepanjang tempoh itu.Dapat ke dia buat?Tengok sajalah.
"Wah,seronoknya!Hai,Jepun!Aku datang!Hahaha!"Gembira hati Hana setelah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.Seokjin di belakangnya hanya menepuk dahi sambil menahan malu.Isteri siapalah ni?
"Lawaklah kau ni.Buat malu saja kalau orang dengar kau memekik macam orang gila."Lengan kiri Hana disambar laju terus dipegangnya erat.Gadis itu serta-merta menutup mulut.
"Kau pun sama kan?Time kita pergi rombongan dekat Pulau Nami.Ranting yang jatuh atas kepala,tapi menjerit macam ular telan kepala.Sepuluh ganda teruk daripada aku."Sengaja dia ingin mengimbau kenangan lama.Biar suaminya malu mengingatkan aib sendiri.Nasib Hana tak pernah cerita pada sesiapa kerana tiada orang yang perasan masa itu.Hanya mereka berdua.
"Itu cerita lama.Aku dah insaf.Diam,diam."Gadis itu hanya tersengih.Bagasi yang sederhana besar ditarik ke dalam kereta sewa yang sudah tersedia di ruangan meletak kenderaan.Maklumlah,ayah sendiri yang belanja,memanglah untung.
"Hehe.Malu pula orang tu.Ahaha."
"Pergi check-in hotel dulu.Jom."Lepas siap masukkan beg ke dalam but belakang kereta,stereng kereta mula dipusing dengan mengikut arah tuju yang patut diikuti menggunakan GPS yang sudah terpasang di dalam kereta tersebut.
"Ya.Baru ada feeling nak berzumba tadi.Kacaulah."
"Kau buatlah sensorang.Tak nak aku join."
********************************
"YAH!"Pantas saja Hana mendarat di atas katil yang terdapat di dalam hotel.Seokjin sekadar insaf dengan perangai Hana yang boleh dianggap kebudak-budakkan.
"Memang takdir agaknya dapat isteri jenis masuk air macam ni.Ya,tuhan.tolong aku."Ditadah tangan meminta hajat supaya semuanya dalam keadaan baik.
"Empuknya katil dia.Ini kalau tidur,bangun esok tengahari ni."
"Macam first time kita tidur sama-sama.Best kan?"Perangai ulat bulu dia tiba-tiba saja terserlah di depan Hana.Seokjin mula memandang Hana dengan suatu pandang yang lain.Tak tahu kenapa,Hana terasa tiba-tiba jantung dia berdegup laju.
"Kau cakap lagi,aku cili mulut tu nanti.Kotor otak aku bila difikirkan balik."
"Kau yang goda aku.Ahaha.Hana~Sayang~"
"Jin!Otak senget!Janganlah."Ditarik kaki Hana yang cuba melarikan diri darinya.Lelaki itu mula tergelak kuat.
"Hana~Hehe."
"Argh!Aku ketuk nanti kang!"Telefon di tangan dijadikan sebagai alat perlindungan.Lantaklah,skrin pecah ke,telefon kemik ke,asal dia selamat.Hana mula dilepaskan dari dikepung oleh Seokjin.
"Aku nak kacau sikit pun tak boleh.Relakslah,kita dah kahwin pun."
"Kau pergi mandi dulu.Lepas itu,baru aku."Tuala muka segera dibaling tepat ke muka Hana.Makin berapi Hana dengan Seokjin.Nasib suami,kalau kawan dah lama dia smackdown.
"Kenapa tak kau dulu??Aku tak puas nak tenung apa yang ada dekat luar tingkap tu."Pemandangan di Okinawa sangat indah walaupun gadis itu hanya melihatnya dari luar tingkap sahaja.
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...