25=이십오-Kari Hijau

37 4 0
                                    

"Apa awak merepek ni Hana?"Disarungkan t-shirt hitam pada tubuh menghadap cermin.Hana pula tak henti merungut dengan permintaannya.

"Saya nak makan kari.Awak masakkan boleh tak?Saya tak larat."

Hana yang sedang berbaring di atas katil direnungnya tidak percaya.Kalau dulu,bukan main lagi rajin masak untuk suami,sekarang makin malas pula dia tengok.

Dahi Hana segera disentuh dengan tapak tangannya.

"Demam ke?Bukan hari itu awak baru sembuh daripada pening kepala ke?Tak sihat lagi?"Hana hanya mengiyakan sambil matanya terpejam rapat.

"Awak nak saya masak kari apa?Ayam?Ikan?Sayur?"Semua yang disebut Seokjin,semua digelengnya.

"Kari hijau."Sebutnya pendek.

"Oh,o..APA?!"

Hampir terbaling telefon yang dipegang Hana.

"Sayang.Mana ada kari hijau.Saya tak pernah dengar pun."Terlopong lelaki itu ketika mendengar perkataan itu.

"Ada.Hari itu saya ada tengok rancangan memasak.Dia pergi Thailand."

"Okay,Kalau macam itu,saya tak payah masak kari itu.Kita pergi ke Thailand minggu depan.Esok,kita tempah tiket pergi Phuket pula.Boleh honeymoon kali kedua.Haha."

"Apa ni?Main-main pula.Hana tak nak esok nak malam ni juga.Emm."Ditampar bahu Seokjin dengan kuat.Sempat suaminya mengaduh kesakitan dan pura-pura pengsan di atas katil.

"Malam ni juga??Alah,sayang.Bukan ke Hana tak suka makan kari ke selama ni?"

Memang benar.Itulah makanan kalau setiap kali disumbat,banyak ragam dan alasannya.Tak sedap,bau rempah kuat sangat.Baru satu suap terus muntah.Peninglah juga jika diingatkan kembali.

"Herm..Kalau awak tak nak,saya boleh cari sendiri."Kunci dalam genggaman suaminya cuba dirampas.

"Nak pergi mana tu?"Hana segera ditarik di dalam pelukan.Dia mula berbicara dengan nada lembut.

"Thailand!"Tubuh Seokjin segera ditolak sehingga tubuh lelaki itu beranjak ke belakang sedikit.

"Sayang!Tunggu dulu."Sekali lagi,isterinya ditahan.Ditenung muka Hana yang mula menangis.

"Apa??Hana minta satu je,tak lebih pun.Sorry kalau Hana mengada-ada tadi."Makin deras air mata gadis itu turun.Sebak sungguh ketika dipandang.

"Sayang,kalau awak nak..jom!Saya bawa awak ke satu tempat ni.Dekat sana,dia boleh masak lebih baik dari saya."

"Betul ni?"

Seokjin sekadar membalas dengan senyuman sambil matanya terpejam.

"Jom!Saya tak sabar nak rasa masakan dia."Tidak tahu siapakah gerangan 'dia' yang disebutkan,Hana segera bersetuju.

********************************

"Dashi run,run,run!Woah!!!"Khusyuk menyanyi sampai senduk pun menjadi mikrofonnya.

Youngmin yang sibuk mengemas perkakas memasak selepas mencucinya terkejut ketika mendengar bunyi desiran seperti bahan ditumis.

Churr!!

Hampir tercampak kunci di atas lantai.Wajah majikannya dipandang dengan dirinya tersengih seperti kerang busuk.

"Eh..Boss??Kenapa datang malam ni?"Keluhan berat dilepaskan dengan lelah.

"Isteri saya,teringin nak makan kari hijau."

"Kari..kari hijau??Wah..apa susah??"Lawak hambar terimbas dalam minda.Dia mula menyakat Seokjin.

"Awak..tahu?"Pelik juga.Takkanlah Youngmin tahu dengan kari itu sedangkan otaknya mahu bengkak memikirkannya.

"Senanglah,boss.Rebus air,letak rempah kari.Selepas tu,masukkan perwarna hijau.Easy.."Didepakan tangannya seakan bangga.Belakang kepala Younmin dicepuk geram.

"Yah!Awak ingat lawak??Tolong saya.Bacakan cara memasaknya."

"Boss..saya dah tutup kedai tadi."Muka macam terdesak untuk pulang awal,tapi bila dah sampai rumah,keluar balik.Penting sungguh hal si Youngmin ni.

"Awak membantah,saya potong gaji nanti.Cepatlah,isteri saya lama tunggu dekat depan."Ugutan Seokjin dibalas dengan gelengan laju.

"Depan??Sekarang??Nak saya jadi waiter tak berbayar?"Tawarannya untuk membantu Seokjin makin memudahkan tugas lelaki itu yang berada di dapur.

"Kalau awak rajin,nanti saya upah."

"Thanks,boss!"Tubuh Seokjin dipeluk erat sehingga Hana seakan terpandang akan perbuatan mereka.

"Wooh!!Wooh!Bini aku nampak weih!"

Segera dilepaskan pelukan mereka dan Seokjin berdehem kuat.

********************************

"Sayang...nah."

Sepinggan nasi serta kari hijau hasil air tangannya terhidang di atas meja.Dihiasi meja itu dengan lilin yang menyala terang serta pasu kecil yang diisi sekuntum mawar merah.

Semua itu idea Lee Youngmin.

Tada!

"Wah~sedap.Hana makan?"Dia terus mengangguk sambil tersenyum bahagia melihat isterinya begitu selera menikmati hidangan tersebut.

Disuakan sudu pada Seokjin.Lelaki sekadar menggeleng dan membuat alasan sudah kekenyangan.

Tepi bibir isterinya mula comot.Sisa kuah kari dipandangnya.

"Sayang??"Hana mula tersenyum apabila bibirnya dikesat dengan ibu jari milik lelaki itu.

"Comot.Hehe."Dalam senyap-senyap,Seokjin mencium ibu jarinya yang mempunyai kesan bibir Hana.

"Hubby,mana chef yang awak cakap tadi.Sedaplah dia masak kari ni."

"Sayang..nak jumpa dia?"

"Eung."

"Okay,jangan terkejut."Seokjin mula pergi ke dapur semula.

"Dia dah sampai."Sekarang,lelaki di depan Hana lengkap berpakaian ala chef.Semuanya serba putih.

"Saya yang masak.Kim Seokjin.Suami kepada gadis jelita,Yoon Hana."Hana menekup mulutnya seakan tidak percaya.Dipeluk suaminya dengan erat.

"Terima kasih!"

"Sama-sama,sayang."

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊


[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now