8=여덟-Jinho

102 8 0
                                    

⬆⬆⬆
Jo Jinho sebagai kawan baik Yoon Hana yang sudah lama terpisah.

Long lost childhood friend guys!

*************************

Cikgu Rowoon selaku guru kelas 6A-1 melangkah masuk dengan bergaya.

Mana tidaknya,beliau sering memenangi anugerah dalam kategori 'Guru paling kemas' pada majlis hari guru setiap tahun.

Sebaik sahaja beliau berdiri di hadapan pelajarnya,dia segera diberi penghormatan yang diketuai presiden,Choi Wonshik.

"Bangun semua.Selamat pagi,Sir!"

Cikgu Rowoon segera mengganguk dan membuat isyarat tangan membenarkan semua pelajar duduk semula.

"Hana?"

"Eung?Apa dia?Hana pantas menyahut teguran Siyeon yang gayanya seperti ingin bertanyakan sesuatu yang serius.

"Aku ada perasan orang dekat luar kelas kitalah.

Daripada tadi,Siyeon senyap-senyap menjengukkan kepalanya sedikit di luar tingkap kelas melihat kelibat pelajar yang dimaksudkannya.

"Kau ni.Sah-sah itu budak yang kena denda."

"Yelah kan.Apa lah aku ni."Hana hanya menggelengkan kepalanya ketika memikirkan sikap sahabatnya.

"Sebelum saya mulakan pembelajaran hari ini,saya nak perkenalkan seorang pelajar baru."Semua pelajar terus berbisik sesama sendiri.Mungkin tengah memikirkan sama ada ia adalah lelaki atau perempuan.

"Jinho.Silakan masuk.Perkenalkan diri sekali ye."

Pelajar lelaki tersebut membongkokkan sedikit badannya buat seketika sebelum memandang ke hadapan semula dan memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya.

"Hai,nama saya,Jo Jinho.Panggil Jinho.Saya harap saya dapat berkawan baik dengan awak semua."

"Baik,Jinho.Awak duduk sebelah..Hana?"Hana segera menggangkat tangannya beserta mempamerkan wajah yang amat ceria.

Jinho terus berjalan ke arah meja kosong di sebelah kiri Hana.Mengikut posisi di dalam kelas,di sebelah kanan Hana pula adalah Siyeon yang membelakangi Hoseok.

Yoongi duduk di depan tempat duduk yang bakal diduduki oleh Jinho.

Seokjin?Sudah tentu dirinya membelakangi Hana.

"Hai,Hana.Tak silap saya ni anak Puan Yoon yang ada bakery itu kan?"Dengan muka masih bingung,dia sekadar mampu menggangguk.

Dia sendiri masih keliru seolah-olah dia mengenali Jinho.Untuk beberapa saat dia diam,sebelum dia bersuara semula.

"Nana!"

"JinJin!"

Terhambur ketawa dua pelajar itu dibuatnya.Mana tidaknya,mereka berdua serentak menyebut nama panggilan yang digunakan semasa belajar di sebuah tadika yang sama.

"Wuu~Hana.Baru jumpa terus rapat.Nak aku ship tak?Siyeon yang dari tadi memerhatikan mereka mula menyelit dalam perbualan.

"Tak payah.Dia kawan aku jelah.Kitaorang tak ada apa-apa hubungan pun."

"Iye ke?"Siyeon mula ragu-ragu dengan pengakuan Hana.

"Haah."Mulut Siyeon hanya membuat bentuk seakan 'o' sebagai tanda faham.

Lain pula,dengan situasi di belakang mereka bertiga,tiga orang pelajar lelaki mula membincangkan sesuatu.

"Lelaki ke?Aku ingatkan perempuan tadi.Mana tahu aku boleh masuk jarum."Hoseok masih memandang ke arah Jinho di depannya.

"Miang buluh lemang rupanya kau ni.Terkinja-kinja serupa kuda pun ada hati nak ada girlfriend."

Berdecit perlahan Yoongi dibuatnya.

"Aku manusia apa?Makan nasi."Mulut Hoseok terus berubah menjadi 'ㅅ' apabila mendengar kenyataan daripada Yoongi.

"Ada aku cakap kau makan besi?Tak ada kan?"Perlian Yoongi dibalas dengan jelingan tajam yang dihadiahkan khas oleh Hoseok.Geram dibuatnya.

"Hah,Jin.Kau kenapa pula?Pandang Hana macam nak telan kenapa?Korang gaduh ek?"Bahu Seokjin ditujah perlahan Oleh Yoongi.

"Bukan Hana.Budak baru itu."

Seokjin terus menggeleng laju sambil membuat muka seakan tengah menyimpan dendam.Muka Jinho dipandang sakit hati.

"Banyak-banyak budak perempuan,Hana juga kau nak rapat daripada dulu."Bisik hati Seokjin.Seingat dirinya,mereka bertiga merupakan kawan rapat.

Namun semasa mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama,Jinho tidak berpeluang untuk meluahkan perasaannya pada Hana.

Jadi,dia hanya berpasrah ketika Namjoon mula hadir dalam hidup Hana.

********************************

"Lepas aku bagi makanan ni pada Hana,baru aku pergi perpustakaan."Sedang kakinya laju berjalan ke arah kelas,dia terdengar perbualan pendek antara Jinho dengan seseorang di dalam kelas.

"Kau nak makan ke tidak,makcik?"Jinho cuba menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut Hana sambil bergurau senda.

"Makcik?Kakak okay.Selagi abang aku tak kahwin,jangan berani nak panggil aku makcik.Kalau tak makan kasut saiz sembilan nanti."

Hana segera mencebik.Nak suap pun,boleh bergurau lagi si Jinho ni.

Seokjin yang bersembunyi di sebalik pintu kelas memandang benci situasi tersebut.Roti kegemaran Hana dicengkam geram.Terbantut hasratnya untuk memberikan roti tersebut kepada Hana.

"Saya benci awak,Hana."

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now