Diletakkan pinggan di singki.Hana cuba berjalan perlahan ke arah ruang tamu.
"Awak,mari makan.Saya dah masakkan awak bubur ayam."Semangkuk bubur yang masih berasap tipis diambilnya.
"Nak saya tolong?"
"Tak perlu!Kau sendiri terkontang-kanting nak bawa perut,ada hati nak tolong aku berjalan."Ditolak mentah-mentah pelawaan Hana.
"Makanlah.Nanti awak lapar.Saya juga yang susah kalau awak jatuh sakit."Ditiup bubur di atas sudu besi itu lalu disuakan kepada Seokjin.Lelaki itu terus memandang ke arah lain.
"Aku pun tak teringin nak susahkan kau dengan keadaan aku macam ni."Hatinya sungguh keras untuk dilembutkan.Marahnya susah untuk dipadamkan.
"Tak nak."Gadis itu masih tidak berputus asa.
"Awak.."
"Aku kata,tak nak!"
"Aah.."Sudu yang panas terpelanting sehingga terkena tepat pada pipi putih milik Hana.Dia terasa seakan pedih namun ditahan.
"Aku cakap tak nak.Kau faham?"Hana terus menunduk faham dengan air matanya sudah jatuh ke lantai.
"Fa..ham.Tak apa,saya kemas semua ni."
"Ya tuhan,berikanlah aku kekuatan supaya dapat menghadapi dugaan ini untuk masa yang lama."Tangisnya mula terluah jua di dapur sambil dia mencuci mangkuk dan cawan tadi.
"Aduh.Pedihnya."Direnung kesan merah pada pipi kirinya di cermin.
"Hana!"Laung Seokjin dari tingkat bawah.Dia segera turun lalu berdiri di depan suaminya.
"Ya?Kenapa awak?"
"Ambilkan aku remote tv tu.Aku tak larat."
"Kenapa pipi dia,nampak merah?"Ditepis jua rasa kasihan di dalam jiwanya.
"Nah,awak..boleh saya keluar pergi kedai sekejap?"
"Kau nak pergi mana pun,bukan aku kisah.Sampai tengah malam pun tak apa.Tak payah balik rumah lagi bagus!"
"Terima kasih."Walaupun sekadar kebenaran,Hana masih bersyukur kerana lelaki itu tidak mengongkongnya.
"Buang tabiat ke cakap terima kasih?"Ditukar-tukar siaran di televisyen.
********************************
"Selamat datang ke Farmasi U,Cik.Nak cari apa?"Hana yang sarat mengandung tujuh bulan mengunjungi farmasi di kawasan bandar.
"Ada tak..ubat yang sesuai untuk rawat sakit ini?"Pipi kiri dicucuk lembut sebagai bukti.Mengah untuk bercakap panjang.
"Melecur ke?Sekejap ya."Seakan memahami,pekerja perempuan itu segera pergi ke ruangan lain untuk mencari ubat yang dicari Hana.
"Hana?"Seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna hijau epal mula memandang Hana dengan senyuman.
"Abang Joon??"
"Matilah aku kalau abang nampak pipi aku."Dojoon hanya mengangkat keningnya.
"Adik abang,beli ubat apa dekat sini?"
"Hana..sakit badan.Hah..Abang,cari ubat apa pula dekat sini?"Mula dia berbohong yang bukan-bukan.Berharap abangnya percaya dengan mudah.
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...