"Uitt!Pssitt!"Bunyi seakan berdesis membuatkan Mingyu terus menoleh ke kiri dan ke kanan.Apabila dia sedar,dia mula memandang.
"Apa kau nak?"
"Siapa tu?Girlfriend kau eh?Lawa."
Hana yang duduk di atas bangku plastik sambil memerhati sekeliling pasar dipandang dengan gembira oleh Chanyeol.
Mingyu yang mula sakit hati pantas mencampakkan mangkuk yang sering digunakan untuk mencedok kerang.Leher Chanyeol mula ditarik.
"Woi!Cuba..kau tenung perut dia."Terkebil-kebil mata Chanyeol memandang tubuh gadis itu.
"Gatal kau eh."Kepalanya mula dihempuk kuat dengan mangkuk tadi.
"Gila.Aku suruh pandang bukan fikir benda lain.Otak kotor."Chanyeol mula mengangguk faham.Salah pandang,lain dia fikir nanti.
"Oh,okay.Aku faham.Isteri orang."Dia juga mengerti jika melihat Hana yang hamil itu,sudah tentu gadis itu sudah berkahwin dalam tempoh yang agak lama.
"Kau kenapa?Berkenan?"Chanyeol mula tersedar dari memandang Hana.
"Ahaha!Aku?Tauke ikan,mana orang nak."Dia sendiri mengaku dirinya tidak layak untuk bertakhta di hati Hana memandangkan gadis itu berkerjaya lebih lumayan gajinya daripada dirinya.
"Sedar pun."Chanyeol mula menarik rambut Mingyu dengan sengaja.Kalau cakap dengan dia,apa yang didengarinya menyakitkan hati je.
"Kau ni.."
"A..ah!Ye,pakcik.Udang kara ni.."Mingyu mula melarikan diri apabila tersedar ada pelanggan yang datang di kedainya.
"Ada pelanggan,tak sempat nak gaduh.Hehe."
"Esok.Deal?"
"Deal."Mingyu terus bersetuju tanpa perasaan gementar sedikit pun.
********************************
"Hana.Meh,duduk sini.Kamu itu,bukan larat mana nak berdiri lama sangat."Hana yang sibuk mengira baki bayaran serta nilai keuntungan hasil jualan pada hari ni dipanggil oleh Makcik Kim.
"Ye,makcik."Hana terus menghenyakkan punggungnya di atas bangku plastik yang disediakan di depan kedai.
"Tengahari nanti,makcik belanja kamu makan dekat kedai hujung sana itu ya.Sedap tau."Hana yang sudah kelaparan hanya mengangguk sahaja.Dia juga malu untuk meminta apa-apa daripada wanita itu.
"Makcik.."
"Ye,Hana?"Makcik Kim yang sedang mengesat peluh di dahi mula memandang gadis itu.
"Saya nak ucap terima kasih pada makcik sebab sudi tumpangkan saya tinggal di rumah makcik selama tiga hari ni.Saya tak tahu nak balas apa."Tangan Hana mula digenggam erat oleh Makcik Kim.
"Orang susah,kita tolong.Betul tak?Makcik tak mengharapkan balasan dari kamu pun,Hana."
"Kalau kamu nak duduk lama dekat sini,makcik lagi suka.Tak adalah makcik bosan kalau anak-anak makcik keluar pergi mana-mana."
"Jika waktu diizinkan,makcik.Mesti saya dapat tinggal lama bersama makcik."
Dia juga berharap agar impiannya termakbul.Mingyu mula mendapatkan ibunya.
"Mak~Pakcik Kim telefon tadi.Dia dah tanya tentang penghantaran bekalan ikan serta udang di kedai anak dia.Macam mana ni?"
"Terpaksalah kamu kena berjumpa dengan anak dia.Esok ya Mingyu."
"Hah?Baik,mak.Semua ditanggung beres."
"Bagus,anak mak."
********************************
"Seronok sangat ke lepak dekat luar ni?"
"Eung.Langit pun cantik."
"Ceih,bintang pun tak ada.Pelik.Sejuk pula itu."Tangannya mula memeluk kuat tubuh sendiri bagi mendapatkan haba.
"Saya dah biasa.Setiap kali saya sedih,saya selalu duduk luar,lepaskan segala masalah."Nada percakapan Hana mula perlahan.
"Muka bahagia macam ni pun,banyak masalah ke?"
Mingyu mula membaringkan dirinya di atas pangkin kayu itu.Mahu saja dia melelapkan matanya dan tidur di situ sehingga pagi menjelma.
"Herm.Semua orang ada masalah mereka sendiri.Cuma besar atau kecil masalah yang mereka perlu hadapi."Pasir di tanah dikuis dengan hujung selipar yang dipakai gadis itu.
"Mak awak dulu cikgu sastera ke?"
"Tak,usahawan.Kenapa?"
"Kuat betul awak berfalsafah.Tergamam saya dibuatnya."
Senang cerita,Mingyu mahu menggambarkan bahawa jika siapa mendengar kata-kata tersebut,boleh terkesima sampai mulut sukar untuk ditutup semula.
"Awak buat lawak ke?"
"Tak.Silakan gelak kalau awak sudi."
"Tak nak.Nampak fake sangat bila saya gelak nanti."
"Baru nak tengok awak ketawa.Saya suka tengok awak tersenyum."Dicuit hujung hidung mancung Yoon Hana tanpa segan.Gadis itu agak terkejut juga kerana Mingyu berani berbuat sedemikian padanya.
"Macam-macamlah awak ni,Mingyu."Hana mula menunduk malu.
"Hana,saya jujur ni."
Hana tertawa halus namun tawanya hilang apabila pandangan Mingyu mula serius terhadapnya.Direnung dalam-dalam wajah Hana yang putih pucat.
"Mingyu,awak.."
"Hana.Awak dah buat saya jatuh cinta pada awak."Muka Mingyu semakin lama-lama semakin dekat dengan Hana.
"Mingyu."Hana mula risau dengan Mingyu.Adakalanya di terfikir bahawa Mingyu kurang sihat ataupun lupa makan ubat.
"Apa yang saya mengarut ni?Awak..lupakan saja yang saya cakap tadi ya.Maafkan saya."Tanpa sedar dia tertarik dengan kecantikan serta budi pekerti gadis itu,namun cuba dia sedar dalam mimpinya.
"Kim Mingyu."
Mingyu tidak mengendahkan dirinya.Lelaki itu terus menaiki tangga ke tingkat dua tanpa memandang belakang semula.
"Selamat malam,Hana.Mimpi yang indah."Laung lelaki itu.
"Awak pun."
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...