Aah~~
"Malulah.Orang pandang."Satu suapan yang cuba disuakan Hana pandang dengan pelik.Seokjin pula tidak putus-putus ingin memujuk Hana menerima suapannya.
Hidangan roti bakar serta kopi latte sudah cukup untuk mengenyangkan perut sebelum meneruskan aktiviti sepanjang percutian sempena bulan madu mereka berdua di Jepun.
"Tak apalah.Biar diorang tahu yang kita ni pasangan paling sweet dalam dunia ni.Hehe.Sayang,aah~"
Hana mula membuka mulutnya perlahan lalu menerima sesuap roti bakar yang berintikan kaya.Suaminya berasa sungguh gembira ketika melihat isterinya mula mengunyah roti pemberiannya.
"Eung~Malu."Bicara Hana sambil kedua-dua tangannya menekup mukanya.Pipinya kini terasa panas tanpa sebab.
"Ceih!Padahal dalam hati suka.Lagi-lagi pasal semalam.Hehe."
Seokjin mula mengusik Hana dengan sangkaan yang difikirkannya secara spontan.Entah betul,ataupun tidak.Gadis itu terus memandang muka Seokjin sementara mindanya mula membayangkan peristiwa yang terjadi antara mereka berdua yang tak akan pernah terpadam dalam kotak memori.
"Yang itu lagi malu.Awak punya pasal kita bangun pukul sembilan.Nasib saya tengok jam tadi pagi."Hana mula berleter tentang perkara yang mula membosankan bagi suaminya.Jari telunjuk kanan lelaki itu terus diletakkan pada bibir gadis itu.Hana terus kelu dengan perbuatannya.
"Dah jangan bising-bising.Kita makan dulu.Nah.."Roti bakar yang disuakannya mula digigit tanpa bantahan.Gadis itu sudah terdiam.Hana tersenyum nipis sambil tangan kanannya mula mengusap perlahan lengan kiri Seokjin.
"Nasib pandai pujuk saya."Senyuman manis hanya terbalas untuk Hana.
"Awak perlu kenal Kim Seokjin yang sebenar,sayang.Baru awak tahu isi hati dia."Jelas Seokjin dengan tangan kanan Hana yang mengusap lengannya mula diletakkan pada dada bidangnya di mana tempat jantung berada serta berdegup bagi mengepam darah.
"Yelah.Lepas ni,kita nak pergi mana?"Soal isterinya dengan perasaan ingin tahu.
"Kita jalan-jalan."
"Bestnya!Woah,terima kasih awak."
"Terima kasih saja?"
"Kiss??Unavailable."
"Alah,sayang.Pagi ni,takkan morning kiss tak ada?"
"No way.Except,kalau awak minta."Satu kucupan pada pipi kanan serta satu lagi kucupan pada pipi kiri dihadiahkan pada suaminya yang pura-pura merajuk.
Lelaki itu sedikit terkejut malah bahagia apabila permintaannya ditunaikan.Riak wajah masam mencuka terus hilang.Seokjin mula tersenyum lebar dengan barisan gigi yang putih berseri mula terserlah.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...