"Aah.."Bayangan putih cuba dipandang walaupun agak kabur.Mata Hana mula terbuka setelah lama terpejam lena dalam tidur yang panjang.Kepalanya terasa berdenyut-denyut sedikit.
"Hana?"
Seorang lelaki di depannya mula dipandang dengan senyuman nipis namun tidak terdaya kerana dia masih lemah.Bibir pucatnya cuba menyebut sesuatu.
"Jin."
"Awak nak apa-apa tak?Saya boleh ambilkan."Tangan lelaki itu mula diraihnya lalu dia menggeleng perlahan.
"Tak apa."
Lelaki itu segera duduk kembali di sebelah Hana.Tangan isterinya digenggam perlahan.
"Berapa lama saya dekat sini?"
"Lebih kurang..empat minggu."
"Hana.Terima kasih sebab selamatkan saya.Saya tak tahu nak cakap apa lagi."Dia segera berterima kasih pada Hana.Namun gadis itu mula menunduk sambil bermain jarinya.
"Awak,suami saya.Saya tak nak awak tercedera buat kali kedua.Cukup dengan kaki awak patah sekali.Saya tak nak awak pergi."
"Tapi,Hana..buah pinggang awak."
"Saya tahu..hanya tinggal satu.Kan?"Bertambah sedih dan derita Hana namun sedikit pun tidak menghalang gadis itu menjalani hidup seperti dulu.
"Kalau awak nak..saya boleh derma."Diselak t-shirt biru dipakainya sehingga menampakkan perutnya.
"Tak mengapa.Saya pasrah.Saya dah tak sempurna seperti dulu."Menunduk lemah ke bawah memandang balutan pada pinggang yang masih terasa pedihnya.
"Hana.Awak buat saya makin rasa bersalah."
"Saya maafkan awak,Jin."Tersenyum nipis Hana di depan Seokjin.
"Saya nak kita bina hidup baru..dengan Eunmin dan Eunhwa,semua orang."Anggukan daripada Hana dibalas dengan dahi gadis itu dikucup lama.
********************************
Dua tahun berlalu,segalanya berubah."Hubby."
"Hurm."Bayi perempuan yang sudah kekenyangan segera dibaringkan di atas katil yang berserta kelambu.Usai disusukan,Hana terus mendodoikan dengan perlahan.Di ruangan ampaian baju,seorang lelaki 20-an sibuk menyidai pakaian yang sudah siap dicuci.
"Baju dengan kain dalam bakul itu,biar Hana jelah yang lipatkan."Longgokkan pakaian di dalam bakul plastik dipandang seketika.
"Eh,tak payah!Biar hubby yang buat.Sayang duduk diam je."
"Insan yang bernama Kim Seokjin ni daripada saya mengandung sampai bersalin memang tak pernah bagi saya bergerak walaupun sedikit.Kenapa ya?"
"Sebab saya terlalu sayangkan seseorang yang bernama Kim Hana dengan sepenuh hati.Tapi kan,saya tak tahu lipat kain lah,sayang."
"Apa ni?Lipat kain pun boleh gagal??"Lengan kanan Seokjin dicubit geram.Lelaki itu hanya mengosok pantas meredakan kesakitan.
"Tapi,ada satu benda je yang tak pernah saya gagal."Hana hanya menjungkitkan kening kirinya sambil fikirannya menerawang mencari jawapan.Sengaja penjelasan digantungkan.Seokjin perlahan-lahan mendekatkan bibirnya di telinga kiri isterinya.
"Saya tak pernah gagal dalam mencuri hati isteri saya."Disebalik jawapan,terdapat selingan senyuman yang cukup ikhlas.Pantas pipi Hana dikucup berkali-kali.
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...