24=스물 넷-Kim Himchan

45 2 0
                                    

"Awak siapa?"Seorang lelaki yang duduk di atas sofa sambil bermain telefon mula memandangnya.

"Dan..kau siapa pula?"Kaca mata hitam dipakainya mula ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.

"Er..Saya Hana.Yoon Hana.Awak?"

"Kim Himchan.Panggil saya Himchan.Cantik nama,macam orangnya."Huluran tangan dibalas tundukan dari Hana.Terkilan kerana tidak disambut.Tangan disimpan di belakang semula.

"Mana ada.Saya tak adalah cantik mana."Dia mula menunduk malu.Sengaja buat macam itu depan Himchan.

"Siapa kata tak?Beruntung tau siapa yang dapat kahwin dengan awak.Lagi-lagi,lelaki.."

"..macam saya ni.Kaya pun kaya.Hensem,tak boleh nak kata apa."Dipuji melambung-lambung diri sendiri.Hana sedikit pun tidak berminat dengan lelaki ini.

"Berlagaknya.Meluat pula aku."Mahu ditonyoh-tonyoh saja lelaki ini dengan kasut yang dipakainya.Riak tak bertempat.

"Kenapa awak datang sini?"

"Saya nak jumpa mummy."

"Mummy?"Kening Himchan mula berkerut.

"Takkan dia tak tahu aku siapa?Mummy tak pernah bagitahu pada dia ni ke?"Hati Hana mula terfikir siapakah Himchan sebenarnya pada keluarga mentuanya.

"Boleh saya tanya?"

"Tanya saja apa yang awak nak tanya.Untuk awak,saya bagi peluang yang banyak.Silakan,Cik Hana."Diberi peluang sebanyak mana gadis itu mahu.Di kesempatan itu,Himchan tidak henti merenung wajah putih pucat Hana.

"Apa..apa kaitan awak dengan.."Himchan tidak sempat menjawab,muncul suara dari tingkat atas.

"Dia abang saya."Seokjin yang sedang turun dari tangga muncul dengan wajah yang memerah.Hana perasan lelaki itu seakan mahu melepaskan marahnya di situ.

"Betul?"Dipandang wajah Himchan.Lelaki itu sekadar mengangguk setuju sambil tersenyum manis.

"Tapi,saya tak pernah nak mengaku yang dia ni abang sendiri.Sebab apa?"

"Sebab dia ni abang tiri hubby.Dia ni banyak muslihat.Sekali Hana kenal dia,Hana kena tipu sampai bila-bila.Jom!Kita balik!"

Disuruh isterinya balik.Takut jika abangnya sempat mengurat isteri sendiri.Mana tak cemburu?

"Hei,Hei,kau terlalu kasar bila layan perempuan.Sejahat-jahat aku pun.."Himchan mula datang dekat pada Seokjin.

"..tak pernah layan perempuan macam ni,tahu tak?Kau kena sayang dia,belai dia,bagi dia kasih sayang yang cukup.Faham?"Bisik Himchan di telinga kanannya.Seokjin pantas menolak abangnya supaya berada jauh darinya.

"Kau siapa nak ajar aku semua tu??Kau tak tahu apa-apa pasal dia.Plus,kau tak kenal dia.Jadi,kau.diam.Jom!"

"Awak,saya.."

"Sayang nak apa??"Jeritnya perlahan berserta renungan tajam.Jelas bahawa lelaki itu sudah mula marah.

"Sayang nak jumpa mummy."Pinta Hana.Seokjin mula mengikut kehendaknya sendiri.Tangan Hana segera disambar laju.

"Lepaskan boleh tak?Sakit."Cengakaman kuat pada pergelangan tangan diminta dilonggarkan.

"Esok-esok kan boleh.Awak dengar cakap saya walaupun sekali boleh tak?Pedulikan syaitan dekat atas sofa tu.Menyemak je datang sini.Nak apa pun aku.."Ditarik tangan Hana supaya berada dalam pegangannya.

Buk!

"KAU KENAPA?!GILA?!"Melenting adiknya apabila pipi kirinya tiba-tiba menerima tumbukan kuat dari Himchan.

"Kau yang gila.Layan perempuan pun kasar.Cakap dengan aku apa tah lagi,bertambah kurang ajar pula.Haih,agaknya pendidikan moral dulu gagal."Himchan tidak membantu Seokjin berdiri semula malah ditolak terus baring di atas lantai.

"Diam ah!"Makin panas hatinya pada sikap Himchan.

"Heh!Aku pun malas nak layan kau.Buang tenaga."

Belum sempat Himchan meninggalkan Seokjin,bahunya segera ditarik lalu Seokjin duduk di atas perutnya.Ditumbuk wajah Himchan beberapa kali sehingga hatinya puas.

Buk!Buk!

"Awak okay?Ada apa-apa luka tak?"Hana yang takut mula menarik tangan Himchan lalu ditilik seluruh wajah Himchan yang sedikit bengkak.

"Terima kasih."

"Dah memang patut pun saya tolong awak."Hana dipandangnya dengam senyuman lebar.Seokjin pula dibalas dengan jelingan.

"Beruntungnya diri saya kalau dapat memiliki awak..untuk selamanya."

"Saya rasa tak mungkin.Saya dah jadi adik ipar awak."Hana mula memusnahkan harapan lelaki itu.

"Awak tak patut tanya dia,Hana.Awak patut tanya saya,sayang."Seokjin yang bibirnya sedikit luka tidak terlayan.

"Hubby,awak dengar sini.."

"Walaupun saya selalu cari gaduh dengan abang sendiri,tak pernah terdetik dalam hati saya untuk tumbuk atau dendam dengan dia,hubby.Tak kisahlah dia jahat ke baik ke,keluarga kandung ataupun tiri..kalau awak masih tak hormat dia,tak guna.Orang pandang awak baik,tapi perangai?Entah ke mana.Sikap awak,menunjukkan siapa diri awak sebenarnya.Hubby fikir sendiri apa yang Hana cakap dengan hubby masa nak tidur nanti."

Hana segera menarik beg tangan di atas sofa yang tersusun di ruang tamu.Terbatal niatnya mahu berjumpa Puan Kim,ibu mentuanya yang sudah berjanji menemankannya hari ini ke pasaraya.

"Hei,Hana!"Begitu kuat jeritannya namun Hana hanya mengendahkan akan teriakan Seokjin.Mulalah Seokjin dengan sikap marahnya yang tidak henti.

"Saya nak balik sorang!"Gadis itu bertindak untuk menghentikan pergaduhan pendeknya dengan pasangan adik-beradik itu.

"Haish!Kurang ajar punya Himchan!Hana pun satu!"Cawan kaca yang sudah pecah dibaling kuat untuk melepaskan geram.

Himchan?Lelaki itu sudah melepaskan diri daripada bergaduh besar dengan adik tirinya yang tampak bengang kini.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote
&
Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now