"Jin!Ke tepi!"
Tsukk!
Tubuh Seokjin terdorong ke tepi menyebabkan lelaki itu tersungkur di atas lantai.Tangan Hana menggeletar ketakutan ketika ini.Pandangan matanya jatuh pada tangan Jinho yang memegang pisau dapur.
"Hana!"Serta-merta Seokjin menjerit nama isterinya.
"Aa..."Sedikit ternganga mulut Hana ketika menahan kesakitan.Pinggang Hana sudah dibasahi darah yang mengalir deras akibat tikaman yang diterimanya.Kelopak matanya hampir layu disamping air matanya mengalir perlahan.
Jinho juga terkejut kerana tikamannya tersalah sasaran.
"SAYANG!"
"A..awak."Ucap Hana perlahan.Gadis itu sudah berniat untuk menyelamatkan suaminya yang hampir ditikam.Hana tersenyum lemah sambil matanya terpejam buat seketika.Sakit di pinggang di sebelah kanan cuba dilupakan buat seketika.
"Apa awak buat ni?!Sayang."
"Saya,nak tebus salah..saya pada..awak,Jin."Terbatuk seketika Hana.Mulutnya mula mengeluarkan sedikit darah pekat.Tangan kirinya diangkat lemah kemudian mengesat perlahan darah di tepi bibir lalu menangis perlahan.
"Tak,Hana.Saya yang banyak buat salah pada awak.Halau awak,tak pedulikan perasaan awak."
"Hei,ingat aku patung ke dekat sini?!Jin,aku nak kau pula.."
"Letakkan senjata awak,Encik Jo!"Pihak polis sudah bertindak mengepung seluruh kawasan kediaman Jinho dengan cepat.
Jinho hanya menyerah diri lalu pisau yang dipegangnya diletakkan perlahan-lahan di atas lantai.Kedua-dua tangan diangkat ke atas.Tangan Jinho segera digari lalu dia dibawa masuk ke dalam kereta peronda.Sebelum dia beredar,dia sempat berkata sesuatu.
"Ehehe.Haha!Syabas Jin!Makin 'best' drama ni."Tertawa puas Jinho sambil berjalan di depan Seokjin.Ambulans turut sampai ke tempat kejadian.Tubuh Hana segera dibawa masuk ke dalam ambulans.Seokjin turut ikut masuk.Hana terus membisikkan sesuatu.
"Eunmin dengan Eunhwa..anak,kita."
"Awak jaga.Kesian diaorang..menangis setiap hari.Rindukan awak...teringin betul nak tengok muka papa diaorang."Hana masih boleh tersenyum nipis manakala Seokjin sudah mengalirkan air mata untuk keberapa kalinya.
Tangan kanan Hana digenggam lembut kemudian diletakkan pada dadanya.Seokjin memejamkan matanya seketika.Dia kemudian menggangguk perlahan.Alat bantuan pernafasan dipakaikan semula.
Sampai sahaja di hospital,Seokjin hanya menunggu di luar bilik pembedahan.Kaca pada tingkap bilik segera dipandang.Isterinya hanya terbaring kaku sementara para doktor sedang berusaha keras menyelamatkan Hana.
"Awak kuat,Hana.Bertahanlah."Tidak putus-putus dia berdoa supaya keadaan Hana baik seperti sedia kala.
********************************
Waktu pada jam dinding hospital sudah menunjukkan pukul 7.00 malam.Berikutan pembedahan mula sekitar pukul lima petang.Tersengguk-sengguk kepala Seokjin menahan rasa menggantuk.
"Seokjin.Kamu baliklah dulu.Kesian Eunmin dengan Eunhwa."Puan Yoon yang berada di belakang Encik Yoon mula risau tentang keadaan menantunya yang kelihatan penat.
"Mama.Jin banyak buat salah pada Hana."
"Masa ini lah untuknya kamu betulkan kesilapan kamu.Baliklah."Seokjin segera menggangguk lemah di depan ibu bapa isterinya.
********************************
Pintu bilik tidur ditolak perlahan agar tidak mengganggu anaknya yang sedang nyenyak tidur.
"Eunmin."Katil bayi bercorakkan kereta dipandang seketika.Bayi lelaki didukung buat seketika.Wajahnya yang comel serta pipinya yang tembam dicuit seketika oleh Seokjin.Bapanya berhati-hati meletakkan semula anaknya di atas katil.Terimbas kembali kata-kata yang dilemparkannya sebelum ini.
"Sama sangat.Tak pun,sebab mak dia selalu pandang muka Jin.Itu yang muka anak dia serupa macam muka Jin."
"Papa salah.Kamu memang anak papa."
Bayi perempuan mereka,Eunhwa dipandang lama.Secara tiba-tiba,Eunhwa menangis kuat di depan Seokjin.Akibat kaget,Seokjin bertindak mendukung Eunhwa dan cuba untuk mendodoikan anaknya.
Serba sedikit tangisnya berkurang.Eunhwa tidur nyenyak kembali.Ibu Seokjin yang hanya melihat tingkah laku anaknya disebalik pintu bilik segera masuk.
"Comel kan anak kamu.Bertuahnya mummy dapat cucu seperti mereka."
"Kuat merajuk macam Hana juga Eunhwa ni kan,mummy?"
"Dah namanya anak kamu berdua.Perangai pun serupa mama dan papa dia lah jawabnya."Seokjin tersenyum nipis sambil matanya memandang ke luar tingkap bilik.Puan Kim pula sudah keluar daripada bilik tidur yang dihuni cucu kembarnya.
ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ
Vote
&
Comment
감사합니다!😊
YOU ARE READING
[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•
Romance~Credit to the owner~ "나는 너를 친구 이상으로 생각해." "I think of you as more than a friend." Ada sebab kenapa aku tak luahkan perasaan pada dia. Sebab aku ego. Sebab aku sibuk control macho. Sebab aku sombong. Sebab aku pengecut. Sebab aku benc...