37=서른 일곱-Kahwin

58 2 0
                                    

"Mak~Kami dah balik."Muncul figura seorang lelaki dan perempuan di depan Makcik Kim.

"Aduh.Anak mak dua orang ini."Ibu mereka pantas memeluk kedua-dua anaknya.

"Minjoo.Minguk."

"Rindu mak."Mereka berdua mula bersuara.Puas ibunya mencium wajah mereka kerana terlalu merindukan anaknya yang baru sahaja pulang daripada kem perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

"Abang Mingyu mana,mak?"Minjoo mula mencaei bayangan abang sulungnya.

"Dekat kedai.Mana lagi dia nak pergi malam-malam ini."

Makcik hanya mengeluh perlahan.Pandangan Minguk mula terarah kepada Hana yang baru sahaja selesai mencuci pinggan.

"Mak,nak tanya.Kakak dekat sebelah mak ni..siapa?Girlfriend abang eh?"Hana hanya memandang pelik mereka dan hanya mampu mendiamkan diri.

"Ceih!Kamu ni..taklah.Buat kenduri kesyukuran mak kalau abang kamu itu ada teman wanita."

Mingyu yang baru menjejakkan kaki ke dalam rumah mula terpandang ke arah ruang tamu.Dia mula terpinga-pinga lalu tersenyum gembira.

"Apa bising-bising ini?Min bersaudara dah balik.Meh,peluk abang."Tangannya segera didepakan meminta dirinya dipeluk.Adiknya mula menggeleng laju.

"Tak nak~Abang busuk.Baru balik kerja kan?"Hidung dipicit dengan jari seakan benar-benar tubuh abangnya berbau busuk.Mingyu mula merajuk.

"Kau ni..aku baru nak jadi sweet.Jadi sour terus."

Hana mula mengambil tempat di sebelah Makcik Kim yang duduk menghadap Minjoo dan Minguk.

"Hana.Kenalkan.Ini Minjoo,anak perempuan makcik yang kedua."

"Hai,kakak."Senyuman manis mula terukir di bibir Hana.

"Yang ini,anak bongsu makcik,Minguk."

"Hai,kakak cantik."Kenyitan mata mula diberikan kepada Hana.Mingyu mula berbisik perlahan.

"Ceih,nak menguratlah itu."

"Biarlah.Apa abang kisah?"Segera Minguk memeluk tubuh.Nampak sangat mereka suka mengusik antara satu sama lain.

"Malas aku nak gaduh dengan kau.Aku nak mandi."Tuala mandi di belakang pintu bilik tidurnya ditarik lalu disangkutkan di bahu kiri.

"Mandi pun nak bagitahu ke?"Minjoo terus menyampuk.Makin bengang pula Mingyu dengan adiknya.

"Saja.Nak bagi lekat lagi dalam otak.Nanti lupa pula."

********************************

"Umur Minjoo berapa?"Remaja perempuan yang sibuk menyumbat kerepek ubi bersalut madu ke dalam mulutnya cuba disapa.

"Enam belas.Minguk pula.."Belum sempat Minjoo bercakap lebih lanjut,Minguk mula menyibuk.

"Dari umur,lima belas.Dari perwatakan.."

"Lima puluh satu."Sampuk Minjoo.

"Haha.Serius?"Hana mula tergelak tapi sedaya upaya cuba ditahan.

"Orang tua yang bertopengkan muka budak muda."Minjoo pula memulangkan paku buah keras.Itulah balasannya jika selalu mengganggu kakaknya belajar.

"Gaya dia cakap pun serupa dengan abang Mingyu.Lapuk."

"WHUT?!Kakak panggil saya apa??"Terjerit perlahan dia di depan Minjoo.

"Kau..bujang.lapuk."Sungguh Minguk tidak sangka dia bakal dibalas seperti ini.

"Guk komplot dengan Abang Gyu nanti.Tunggu."Minguk pura-pura mengesat air mata invisible daripada tadi.

"Cakap je macam tu.Takkan jadi punya."

"Tak takut ke?"Hana terkesima kerana Minjoo ambil mudah dengan amaran Minguk.

"Buat apa nak takut kak?Nanti Abang Gyu memang layan,tapi bila bangun mula lupa.Membazir air liur je mengadu dekat dia."

********************************

"Abang."Bersungguh-sungguh lelaki yang berkaca mata ini mengira duit yang tersusun di atas meja kecil.Lelaki itu hanya duduk bersila sambil terdapat lampu meja sebagai sumber cahaya.

"Ya?"

"Abang..tak suka Kak Hana?"Tekaan Minjoo membuatkan lelaki terus berhenti dari mengira wang yang masih berada di tapak tangannya.Mingyu mula memandang wajah adiknya.

"Korang berdua tanya soalan seposen pada abang ni kenapa?No comment."Mingyu terus menggelengkan laju kepalanya dan pantas menyuruh dua orang adiknya keluar dari biliknya.

"Ceih.Betul tak ada?Walaupun sikit?"Minguk mula melemparkan bara pada abangnya.

"Korang gila?Dia dah kahwin lah.Abang tak ada masa nak kacau rumah tangga orang."

"Lah~Yeke?Baru nak ship-ship bagai.Mana tahu,ada jodoh boleh jadi kakak ipar kitaorang.Hehe."Abangnya mula menyampah dengan angan adiknya yang sudah pasti tidak termakbul.

Ttak!

Ttak!

Dahi Minjoo dan Minguk dijentik kuat.Nasiblah,dahi merah ke..bengkak ke,siapa suruh cari pasal dengan abangnya.

"Pergi sana,belajar.Abang tengah sibuk ni."Duit yang sudah selesai dikira dimasukkan ke dalam peti besi yang dilengkapi nombor kod yang sudah ditetapkan.

"Alah,abang."Rungutan Minjoo dibuat-buat tidak dengar sahaja oleh Mingyu.

"Yang korang beria sangat nak tengok abang kahwin ni kenapa?"

"Saja nak tahu,siapa yang sanggup terima abang kami yang tak berapa sweet ni."Minjoo mula tergelak kuat sambil ditemani oleh Minguk yang sibuk melihat Mingyu mengira duit.

"Hei,aku pahit di luar,manis di dalam tau.Korang mana tahu?"

"Nak mengaku diri sendiri tsundere lah itu.Dah,Guk.Jom keluar."Mereka mula berjalan keluar dari bilik tidur abangnya.Minguk sempat mengecek duit daripada Mingyu.

"Eung.Abang Gyu,ada lebih nanti kita share-share tau."

"Nasi sedang ditanak,tak nak."Minguk pura-pura merajuk di depan Mingyu.Mereka berdua sudah meninggalkan Mingyu keseorangan di dalam bilik itu.

"Apa ke jenis pantun aku buat ni?"

"Tapi..Hana.Cantik juga."Dia mula memandang ke arah luar tingkap.

"Untung suami dia."

"Kalaulah,aku dapat kahwin dengan gadis serupa dia."

Senyumannya mula pudar tiap kali memikirkan Hana yang sudah menjadi milik orang lain.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now