9=아홉-Maaf

85 8 2
                                    

Suasana luar dipandang ceria.Dipendekkan cerita Hana sedang termenung sendirian.Teringat siapalah agaknya?

"Hana?"

"Hoi!Makcik!"Bahu kiri sahabatnya ditepuk dengan kuat.Hana mula berasa bengang dengan sikap Siyeon yang suka menerjah orang lain dengan cara kasar.Siyeon hanya mempamerkan muka comel sambil memejam mata beberapa kali.

"Aha!Hah!Apa?"Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.Wajah putih pucat milik Yoon Hana ditenung dalam-dalam.

"Kau ni..kenapa?Gila?Termenung pula lepastu senyum sorang-sorang."

Hana mula membalas jelingan terhadap sahabatnya.Siyeon yang seakan memahami sesuatu segera memandang ke arah kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.Dia mula menggangguk faham.

"Jinho?Rindu dia ek?"Riak wajah Hana mula muram ketika nama kawan baiknya mula disebut.Hana kemudiannya menggangguk perlahan sambil mencebikkan bibirnya.Sahabatnya seakan pelik dengan sahabatnya.

"Relakslah.Byungchan pergi kem jati diri masa tu,aku dekat sekolah wa lek wa pis saja."Keningnya mula dinaikkan beberapa kali menunjukkan dia seorang yang cukup hebat.Hana mula berdecit perlahan sambil melambaikan tangan kanannya di depan Siyeon.

"Kau lupa?Kau lagi teruk daripada aku.Baru ucap selamat tinggal,balik rumah terus banjir bilik kau buat.Kau jangan ingat yang aku tak ada simpan dalam otak pula.Sampai tua aku ingat benda tu."Yoon Hana mula mengungkit kembali peristiwa di mana Yang Siyeon terlampau sedih dengan teman lelakinya yang terpilih untuk mewakili bola tampar peringkat kebangsaan selama dua bulan.

Bertambah parah jadinya apabila Hana pula terpaksa bermalam untuk beberapa minggu di rumah Siyeon kerana diminta untuk menenangkan sahabatnya yang masih sedih.Sabar ya Siyeon,tinggalkan sekejap saja bukan selamanya.Betul tak?

Hana mahu tergelak semula dengan mindanya masih terbayang akan peristiwa yang agak lucu baginya.Sekarang,Siyeon pula memberikan jelingan tajam kepada Hana.

"Gelak,gelak."

Jo Jinho mula mengikat cintanya bersama Yoon Hana pada beberapa bulan yang lalu.Lelaki itu sudah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Hana sebagai pasangan hidupnya berikutan mereka sudahpun berada pada penghujung alam persekolahan.Mereka juga tidak pernah mengalami perselisihan faham sebelum ini.Jinho juga begitu mengambil berat akan kekasihnya setiap masa.Bak kata orang tua-tua,cinta matilah si Jinho ni.

Untuk empat minggu ini,Jinho perlu menjalani latihan untuk temasya sukan yang bakal berlangsung pada bulan depan.Dia telah dipilih bagi mewakili negeri dalam acara taekwando.Disebabkan jadual latihan yang padat,Hana tidak berpeluang untuk bertemu dengan teman lelakinya sepanjang latihan itu dijalankan.Rasa rindunya pada Jinho sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Hui!Hana!Cikgu Lee dah masuk dok.Bangun cepat!"Guru bertag nama Lee Wongeun berjalan laju lalu berdiri menghadap semua pelajar di dalam kelas tersebut.Presiden kelas segera bangun lalu mengucapkan tanda hormat.

"Selamat pagi,cikgu!"

********************************

Langkah kakinya bersama seseorang mula menapak seirama.Tangan kanan Hana mula ditarik lalu jari-jemarinya bertaut erat.Senyuman mula terukir ketika gadis itu mula membalas pandangan Jinho yang turut tersenyum.Tinggal beberapa ratus meter lagi untuk mereka sampai ke rumah masing-masing.

"Awak,apa kata saya belanja awak makan dekat convenient store dekat depan tu.Awak cakap saja apa yang awak nak,saya bayar."

Seokjin yang berjalan membelakangi pasangan tersebut cuba mencuri dengar perbualan mereka.Tanpa perasaan segan,dia segera menyampuk ketika Jinho sedang berbual tentang sesuatu.Pegangan tangan antara mereka berdua mula terlerai ketika Seokjin muncul.

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now